Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << January 2006 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30 31




    Saturday, January 21, 2006
    Janji Kasih

    Rasa emosi yang sarat membuatkan Saliwati sedih. Dia teramat pilu mengenangkan perjalanan cintanya yang lurus terbentang tetapi masih belum bertemu penghujungnya. Bayangkan, dia masih terkial-kial mudik ke tepian. Pendayung sudah basah malah hampir patah di tangan. Dia sudah keletihan, tenaganya sudah habis. Dia juga sudah dahaga dengan tekak yang kering kontang! Sedangkan orang lain sudah pun bersorak gembira di hujung sana. Mereka sedang meneguk madu dan sedang menyedut wangi syurga! Jari jemarinya yang kesejukan diramasnya dengan kuat, sekuat semangatnya... Oh, aku tak mahu jadi seperti kiambang, di mana bayu berpuput, kononnya di situ aku berpaut!

    Teks ini diambil dari Blog Sri Diah.


    Bahagia bagaikan sebutir berlian yang jatuh kelaut. Dan laut itu pula penuh dengan tipu muslihat... ke dasar mana hendak digapai? Ia sama juga dengan trajedi Saliwati ditangkap khalwat dibilik profesornya.

    Perkahwinan yang berkecai ditengah perjalan usia ke hari tua antara emak dan bapanya menimbulkan tragedi. Emaknya bernikah dengan lelaki yang lebih muda usianya. Lalu Saliwati terperangkap insiden dicabul bapa tirinya yang bagai singa Afrika mahu menerkam mangsanya.

    Zahim kekasih lamanya yang baik budi dan prihatin, berdepan dengan dilema apabila isterinya menyuruh berpoligami. Pekerti santun Silawati telah menjadi galang ganti antara rimbun kasih mereka suami isteri. Dimatanya ada cinta, dihatinya ada setia. Namun Huzairi yang kematian bapa angkara Tsunami terlebih dahulu telah mengumpan cinta Saliwati.

    Bagaimanapun wasiat seorang isteri akhirnya telah menghadiahkan gerbang bahagia untuk Zahim dan Saliwati. Apakah Huzairi juga turut menikmati kemuncak janji itu? Jika hak untuk bahagia menjadi milik semua, kasih yang ada biarlah menjadi janji setia bersama...



    Aku baru habis menyelusuri Janji Kasih buah tangan Sri Diah(yang telah dikeluarkan dibulan Ramadan yang lepas). Yang terlintas didalam benak ku bila membaca Janji Kasih ini ialah "Keluarga 69"(filem melayu P.Ramlee). Dan seperti novelnya yang sudah-sudah, Sri Diah  tetap membawakan cerita realiti yang berpijak dialam nyata.

     

    Jalan ceritanya tidak lah berat sangat, ianya pantas bergerak dan bisa dijangkakan. Gaya bahasanya tetap simple tapi padat dan mudah dicerna.Terdapat dibeberapa bab, bahasanya sedikit melankolik. Mungkin juga untuk mendapatkan hasil yang dramatik.

     

    Sebenarnya ceritanya biasa-biasa saja. Kita selalu disajikan cerita ini dikaca TV dan dimedia cetak. Tapi beliau pintar menambah pelbagai bumbu menjadikan cerita biasa menjadi luar biasa. Dan cukup memberi kita iktibar atas kejadian-kejadian yang di lakarkan.

     

    Watak-watak kontras sengaja dihasilkan untuk pembaca mudah menilai buruk baiknya.. Konflik jiwa yang pelabagai. Kecewa dan dendam kesumat yang membawa padah.

     

    Untuk memberi kelainan cerita ini Sri Diah cuba mengenalkan kepada kita satu penyakit yang jarang kita ambil peduli atau langsung kita tidak sedari akan keujudannya; Sindrom Menopause. Tapi sayang watak Puan Junaidah(yang mengalami Sindrom Menopause) ini dibuang dipertengahan cerita. Dengan mengolah satu tragedi yang menggerunkan dan meranggut nyawa watak tersebut. Jika Sri Diah mengupas lebih dalam watak ini aku mungkin lebih terkesan dengan tuntutan Janji Kasih ini. Kerna aku percaya Sri Diah boleh membuat yang lebih baik. Sebagaimana dia berjaya membuat watak Hanim Hanani dalam Selamat Malam Tan Sri. Atau yang lebih dekat lagi dengan watak Saliwati dalam Janji Kasih ini.

     

    Sri Diah juga berjaya menyisisipkan satu kejadian yang tak mungkin akan dapat kita lupakan; tragedi ombak besar(Tsunami). Digarap begitu rupa hingga kita tak perasan yang sebenarnya Sri Diah ingin menyampaikan info semasa. Begitu juga info kesihatan  iaitu Sindrom Menopause. Tidak ketinggalan juga petua orang tua-tua yang berfaedah untuk kita praktikan..

     

    Dan satu yang paling ketara disini, bumbu panas Sri Diah kali ini cuba diminimalkan.  Dan aku tidak lagi risau bilamana novel ini akan jatuh ketangan anak bujang atau anak dara sunti ku yang sudah sudah pandai mencuribaca novel-novel koleksi ku.. 

     


    ~Sekapur sireh~

     

    N3 diatas ini sudah beberapa hari tersimpan didalam savedraft ku, disebabkan tuntutan kerja yang meminta 100% komitmen ku. Ditambah lagi urusan rumah tangga yang tak pernah sepi,  membuatkan aku melupakannya sementara waktu. Kerja berkat, duit gaji lekat. Betul tak Kak Sri???

     

    Dan akhirnya ku hadiahkan sekalung tahniah kepada Sri Diah, kerna berjaya membawa aku masuk kedalam watak Saliwati, Ayumi, Zahim, Delly, Rohaizat dan Huzairi. Hinggakan bangun dari tidur esok paginya, mata ku masih lagi sembap dik terikut menuntut Janji Kasih. Dan aku terpaksa mengikut petua Janji Kasih menyimpan bekas tea bag diatas kelopak mata ku.

     

    KERANA KITA

     

    Dedikasi untuk suamiku, Zahim.

    Kerana dia telah ku panggil suami;

    Masa lalu tenggelam bersama bulan

    bersama matahari

    Masa depan adalah hidangan

    kasih nan luas tak terperi

    Entah hiba, entah ceria,

    entah tak ada, ia misteri

    Kerana aku telah dipanggil isteri;

    Nescaya kusongsong hari dengan erti

    Kentalnya semangat, mimpi bukan ilusi

    Mercu cinta ini tidak lunyai menemani hari

    Perkahwinan adalah kota maaf

    gerbangnya setia

    Simpanlah aib kerana ia adalah rahsia

    Sanggulkan wangi jujur pada hati

    kutiplah bunga damai disisi hari

    Dalam belantara cinta yang menyala

    Perkahwinan ini anugerah

    Kita terus melangkah tanpa curiga malah siaga

    Menyandang restu-MU Illahi, Rabbul Izzati

     

    Kerana kita;

    Suami adalah nafas hidup

    Isteri adalah nadi jiwa

     

    ~Janji Kasih/Sri Diah~

    Posted at 12:18 pm by ninasuria

    Nur
    January 21, 2006   06:55 PM PST
     
    kanda,Nur dah datang melawat......rindu sama kanda jugak...dah byk resepi yg Nur tertinggal....dan sebenarnya dah takde masa nak mencuba apa2 resepi pun sekarang ni. :(
    JiD
    January 22, 2006   09:01 AM PST
     
    wah!!!tak sia2 dtg umh kaknina arinih..ada hidangan baru..walaupun buku yg dihidangkan..."telan" jerla...uwaaaaaaaaaa....."hidupku sentiasa dieklilingi buku..kat opis buku..kat umah buku..dtg umh kaknina pun ada buku juga.."uwaaaaaaaaa...
    dang amai
    January 23, 2006   06:28 AM PST
     
    dinda inoi tak pe lah.. lagi pula dinda dah stable kan..??? bolehlh amik pembantu suruh jd tukang masak *wink*

    nina
    January 23, 2006   06:32 AM PST
     
    jid akak paksa gomol JK nih sebelum housemate balik dr outstation.. kalo tak...abis lah.. satu page pun susah nak baca kalo dia balik.. :P
    seriadriani
    January 25, 2006   11:25 AM PST
     
    ingatkan blog antubuku tadi... :P
    kenapa dgn hosmate tu, tak kasik nina baca buku? hehhehe
    kLavu
    January 26, 2006   02:25 PM PST
     
    housemate dia jeles tgk s3 dia asyik peluk buku :D yelah, dah seminggu tk jumpa nak gak s3 tu peluk dia, kan kakmon hehehehe
    nina
    February 20, 2006   12:56 PM PST
     
    makacih klavu tolong jawabkan akak :P
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive