Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << February 2006 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04
    05 06 07 08 09 10 11
    12 13 14 15 16 17 18
    19 20 21 22 23 24 25
    26 27 28




    Wednesday, February 08, 2006
    Nyanyian Tanjung Sepi

    ~Anekdot Si Penulis~

    E-Novel
    Nyanyian Tanjung Sepi 
    ini sebenarnya, belum pernah diterbitkan di mana-mana.

    Cerita ini, ditulis beberapa tahun dulu (sebelum saya menulis ketiga-tiga novel saya: Biru Ungu Cinta, Tanah Andriyana & Keranamu Ain...)

    Manuskrip tulisan tangan yang sebelum ini saya malu-malu dan juga tak pernah pamer kepada sesiapa; lalu kini saya beri nafas baru untuk santapan tetamu-tetamu yang mengunjungi teratak kecil Nyanyian Tanjung Sepi ini

    Saya menulis novel ini, ketika saya masih bertugas sebagai guru di Sibu. Cerita ini, seusia dengan novel keempat saya; Rindunya Kian Membara.

    Sudah lama Nyanyian Tanjung Sepi ini (bukannya, manuskrip pertama saya) tinggal tersorok sunyi dan sepi dalam kotak kayu di rumah... lalu akhirnya beginilah jadinya....

    Image hosting by TinyPic

    Benarkah.. bila kita jatuh cinta, kita talah memberi hak kepada dia untuk melukakan kita?

    Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya...sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian? Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu?

    Aqmar: Senyuman itu membuat hutan rasanya terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatinya bisa cair.

    Zainur: Beku hatinya pernah 'sekali' cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar api renungan dia.

    Khalida: kekasih, akulah rusuk kirimu yang hilang itu!


    Bagaimana ya! nak ku ungkapkan rasa hati ku setelah usai(tiba-tiba aku sangat suka dengan perkataan satu ini) menyelusuri NTS buah tangan Noor Suraya kali ini. Orang disebelah sana semua pada sudah melahirkan rasa cinta mereka menyanyikan Nyanyian Tanjung Sepi ini bersama-sama. Malahan ada yang ku dengar sedang mengulang baca.

    Sebenarnya aku tak tahu nak mula dari mana. Plot ceritanya? Judulnya? Messagenya? atau apakah pada watak-wataknya??? Atau begini sajakah yang paling mudah..

    Membaca Nyanyian Tanjung Sepi ini rasanya seperti aku sedang duduk dibioskop menonton filem hebat Indonesia pada satu waktu dulu. Ceritanya bagus banget. Sehingga aku hanyut terbuai oleh watak-watak yang bermacam-macam ada. Dalam tangis ada tawa. Dalam suka ada duka. Dalam derita ada bahagia. Seperti rasa makan laksa asam pedas Penang. Masam.. manis.. pedas.. wangi.. semuanya ada.

    Dimulakan dengan kisah seorang perjaka(Aqmar Aziz) yang jatuh hati pada seorang dara jelita(Syarifah Nuur Khalida) yang polos. Tika dia bertemu diwad kanak-kanak untuk melakukan tugasan doktornya. Hatinya yang lama membeku dik kegagalan cinta pertamanya bersama seorang gadis kacukan Jerman(Tunku Dara Aida) yang berdarah bangsawan itu telah menjadi cair pabila pertama kali mata mereka bertentangan. Lalu bermulalah episod cinta bertepuk sebelah tangan. Mana mungkin dengan cuma renungannya itu bisa mengetuk hati Si dara jelita yang sudah terpasak hatinya pada Pensyarahnya(Zainur Arieff) sendiri. Kendati pun Aqmar Aziz itu punya tampang semacho Ruby Sugara(pelakon filem dari Seberang yang hangat diawal tahun 80an).

    Setiap watak digambarkan dengan detail dan teliti sekali. Beberapa wajah yang anggun, lembut, syahdu, kacak, macho, lucu terpapar dibenak ku. Begitu juga dengan masa, tempat dan fakta dipeta begitu terperinci. Membuat novel ini menghasilkan sebuah cerita seperti dialam realiti. Tidak seperti cerita novel cinta yang iseng-iseng yang tidak tentu apa messagenya. Yang cuma hanya ingin mengaut keuntungan saja.

    Walaupun perjalanan ceritanya sangat perlahan tetapi tidak membosankan aku untuk terus membacanya. Tidak seperti apa yang ditulis di e-novelnya. Dan aura tika membaca di e-novelnya juga berbeda sama sekali. Rasa benci dan jengkel ku pada watak Aqmar dulu di e-novel telah bertukar menjadi terlebih suka dan merasa amat belas akan nasib Aqmar yang kesepian. Anihkan???. Dan ku sarankan kepada pelayar-pelayar yang pernah singgah di pelabuhan Nyanyian Tanjung Sepi, dapatkanlah novel itu dan bacalah. Nikmatilah sendiri akan kehalusan bahasa klasik yang simple penulis itu, bisa membuai rasa dan menyejukan jiwa. Anda tak akan rugi untuk memilikinya.


    ~Sekapur Sireh~

    Pandainya penulis ini menata cerita begitu rapi sekali. Sehingga aku tidak menyedari yang dia sedang berdakwah. Nur Islam jelas terpancar dalam cerita ini. Dengan halus dia mengherit aku kekelas dakwahnya. Dengan berdikit-dikit dia menyuntik serum nur islamnya tatkala aku hanyut menghayati kisah cinta Aqmar dan Khalida ini.

    Dan aku merasa inisiatif penulis untuk menghidangkan satu wadah yang dapat mendidik mesyarakat yang semakin tipis iman ini bertepatan pada waktunya. Semoga Tuhan memberkati mu Noor Suraya Al Adnan.

    Yang pastinya Jika aku ahli juri akan ku nobatkan novel Noor Suraya ini sebaris dengan novel Ike Soepomo iaitu Kabut Sutera Unggu(1979). Atau paling kurang pun filem kesukaan ku "Busana Dalam Mimpi" (1980) yang dibintangi oleh Herman Felani dan Yenny Rachman yang meninggalkan kesan begitu dalam kepada ku. Ketarlaluan kah aku??? Aku peduli apa. Kita bebas untuk memilih.

    Jika ada yang tidak puas mengenai Nyanyian Tanjung Sepi ini, sila lah berkunjung ke blog Antu Buku. Disana Antu Buku membuat 'ulasan bukan selari' NTS terperinci sekali. Kerna Antu Buku punya pembaris kayu yang panjang yang boleh menyukat kain sari Asyawa Rai(betulkah yang aku eja ini) :P Ampun! :D :D :D

    ooopss ada lagi yang tertinggal yang ingin ku kongsi bersama dengan pelayar-pelayar yang selalu singgah di pelabuhan Nyanyian Tanjung Sepi itu; pembantu watak yang cuma 'lintas langsung' itu cukup membuat ku tersenyum panjang hingga ketelinga. Dan terima kasih Noor Suraya kerna membawa Nyanyian Tanjung Sepi keluar dari kotak kayu mu. Pelabuhan Nyanyian Tanjung Sepi betul-betul telah menajamkan tulisan mu. Semoga kejayaan NTS ini memberi inspirasi untuk mu menulis lebih hebat lagi. Syabas Noor Suraya.

    Jika penulis menggambarkan Dr.Zainur Arieff sebegitu. Lalu apa lagi aku... satu-satu wajah teman ku yang berketurunan Sharif melintas dikepala ku. Ampunkan hamba wahai Seridewi Malam. Tapi kan kita pernah buat MOU tentang membuka identitit siapa Seridewi Malam itu. Ampun!

    Posted at 10:42 pm by ninasuria

    nina
    February 9, 2006   03:42 PM PST
     
    Aku ingin membuat pengakuan disini, tatkala aku dpt NTS ini, hati ku bagai digaru2 nak menatapnya. Alhamdulillah pada petang minggu itu abang mat bawa rumah n lo. So dpt lah aku menyelusuri NTS dengan rangkulan angin sepoi2 sungai bonai(aku duduk disurambi rumah n lo di kg air). Aku hanyut sepertimana hanyutnya sampah sarap diperairan sg bonai dibawa air yang sedang surut itu. Sepetang itu aku betul2 aman dr kicauan burung tiong dan kokok ayam koloq2 aku. Kerna mrk juga sedang asik brmain air sungai digigi tangga rumah neneknya. dan abahnya pulak sibuk diatas lonteng membaiki cable yg putus dimkn klavu.

    Pada tika ati ku sedih diruntun cerita lida yg dikawin paksa itu, aku langkau beberapa muka surat takut tertangkap basah anak2 ku yg bermain air berhampiran dgn ku itu. Lalu ku baca lg tika lida sd menerima aqmar dan mengandungkan hannah. aku turut rasa bahagia dengan tersenyum sendirian. Tp aku tidak terselamat saat lida kehilangan hannahnya. Uwaaa airmata ku turun laju. Selaju air sungai yg sedang surut itu jugak. Hingga aku terpaksa menutup NTS memasukan ke bag sandang leynah. Nasib anak2 pada leka main air. Em'puk rupanya ko benar belaka... :(
    Em'puk
    February 9, 2006   05:46 PM PST
     
    nina, baca ulasanmu udah buat kusebak apatah lg kalo mengulang..musim hujan pula, takut tuala tak kering...

    Aqmar=Rudy Sugara ?waduh..waduh..
    noor suraya
    February 9, 2006   06:42 PM PST
     
    Nina,
    terima kasih =)

    kanda seperti ketandusan kata-kata usai membaca catatanmu.

    ~Dang Nila~
    nina
    February 9, 2006   10:41 PM PST
     
    Em
    tuala tak cukup, nina guna bedspred.. sedeh banget hingga hingus melilih :P

    Noor Suraya
    begitukah??? nanti nina tolong beri serum tiong leynah supaya kanda boleh berkata2 :P

    btw ada satu lg yg sgt meruntun hati nina.. saat leynah memanggil-manggil hannah(sd meninggal) tuk bermain, lutfan pulak menarik leynah balik.. hati nina benar2 runtuh kaksu.. realitinya memang leynah begitu suka memanggil2 anak jiran sebelah dan nina dpt merasakan perasaan lida tika itu.. :'(
    laidamit
    February 10, 2006   11:01 AM PST
     
    sabnyangku, ikut cakap kak Em, jgn bc tempat awam :D:D:D

    Em rudy/roby sugara??? tak de ke yg lebih hengsem??

    kanda nila, gimana sih... semua pompom girls NTS bisa nangis?? ngeh ngeh ngeh
    kikomon
    February 11, 2006   07:20 AM PST
     
    lai damit ade kut ehmmm cDonoooo hikhikhikhik
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive