Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << March 2006 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04
    05 06 07 08 09 10 11
    12 13 14 15 16 17 18
    19 20 21 22 23 24 25
    26 27 28 29 30 31




    Friday, March 10, 2006
    Sejarah Pavlova...

    Entri kali ini mengenai sejenis penyuci mulut yang pernah Nina keluarkan 4hb februari 2006 yang lalu. Oleh kerana banyak sambutan daripada pengunjung-pengunjung blog ini lewat dari email menanyakan hal-hal yang serupa. Lalu beberapa minggu kebelakangan Nina membuat beberapa eksperimen untuk menghasilkan pemanis mulut yang menjadi isu hangat diantara dua negara iaitu New Zealand dan Australia pada satu waktu dulu.

    Anna Pavlova

    Sebelum itu Nina ingin berkongsi infomasi tentang sejarah pavlova ini dahulu. Sebenarnya tidak ada bukti yang jelas mengatakan asal usul pavlova ini lahir dari negara mana. Yang pasti nama pavlova ini terangkat setelah kedatangan Anna Matveyevna Pavlova(1881-1931) dalam world touring nya ke Australia dan New Zealand untuk mempersembahkan pertunjukan balletnya pada tahun 1926. Dia adalah seorang penari ballet berbangsa Russia yang tersohor dizaman itu. Dan lawatannya ke New Zealand itu dianggap sebagai "the chief event of 1926". Dimana persembahan menakjubkan beliau telah menambat beribu-ribu pasang mata yang menonton persembahannya ketika itu. Sehingga persembahannya malam itu diandaikan bahawa dia bukan lagi menari tetapi dia sedang terbang diawang-awangan; "She does not dance; she soars as though on wings." dan sekali gus beliau telah dinobatkan "The greatest ballerina" pada zaman itu.

    Di New Zealand -

    Dari sini lah terhasilnya nama Pavlova; Si pemanis mulut yang ringan, halus dan lembut yang direkacipta  oleh pakar-pakar masak New Zealand bersempena nama penari ballet Anna Matveyevna Pavlova yang dikagumi itu. Dikuatkan lagi dengan adanya catatan resipi meringue itu pada tahun 1919 sebelum kedatangan bellirina yang tersohor itu lagi. Sebuah buku masakan telah dikeluarkan pada tahun 1926 berjudul "Home Cookery for New Zealand" yang mengandungi resipi meringue with fruit filling ditulis oleh E.Futter. Walaupun nama Pavlova itu tidak disebutkan akan tetapi resipinya adalah serupa.Dan mereka menuduh orang Australia meniru resipi mereka dengan mengubah nama pemanis mulut meringue itu kepada Pavlova.

    Di Australia -

    Bertepatan dengan adanya satu catatan Paxton family legend pada tahun 1935 mengatakan nama pemanis mulut Pavlova itu diambil bersempena kedatangan the great Russian bellerina ke Australia iaitu Anna Pavlova. Menurut chef Herbert(Bert) Sachse dari Hotel Esplanade di Perth, pemanis mulut meringue ini dihidangkan waktu Anna Pavlova menjadi tetamu hotel mereka pada tahun 1929 semasa touring beliau ke Australia. Teksturnye yang ringan itu memberikan mereka ilham untuk menamakan meringue itu Pavlova; "It is as light as Pavlova." 

    Jadi disini kita dapat merumuskan bahawa Pavlova itu asalnya adalah Meringue yang telah lahir di negara New Zealand pada tahun 1919.

    TIPs

    • Pastikan alat-alat seperti mangkok dan electrical mixer bebas dari bahan minyak atau lemak. Kalau boleh cuci dengan lemon sebelom memukol telor.
    • Pastikan telur itu segar dan mempunyai suhu yang sama dengan bilik.
    • Pastikan anda memasukan gula setelah telur itu terbentuk seakan buih syampo.
    • Pastikan memasukan gula sedikit demi sedikit sehingga habis.
    • Bila adunan telur itu nampak sedikit berkilat matikan mesin itu dengan perlahan dari speed III ke O.
    • Bila anda ingin mengurangkan kandungan gula, lebihkan masa pembakaran meringue itu.
    • Untuk memastikan meringue itu sudah masak, rasa dengan hujung jari. Pastikan dia kering dan tidak melekit.
    • Biarkan meringue itu dalam oven dengan pintu tertutup sehingga suhu oven itu sejuk mengikut suhu bilik.
    • Hiaskan dengan filling fresh cream atau kastad bersama buah-buahan segar sebelum dihidangkan.
    • Masa penyediaannya sangatlah panjang. Pastikan anda ada 6 jam sebelum anda berhajat untuk menghidangkannya.
    • Fresh Cream anda bolih guna yang siap sedia atau buat sendiri.
    • Pukol 1litre pour n whip cream dari speed perlahan hingga sederhana tinggi.
    • Bila whip cream itu sudah kental matikan mesin pemukol dengan perlahan. Sebagaimana anda memukol mula-mula tadi.
    • Hiasilah crust(meringue) itu dengan freshcream seperti gambar dibawah

    ~Sekapur sireh~

    Entri ini khas untuk Seriadriani dan kepada yang menghantar email kepada Nina amnya. Nak tahu rasanya..??? Perasaan lembut dan ringan itu dapat dirasakan saat pavlova itu masuk ke mulut dan mencair diatas lidah. Pastikan anda membuat seperti arahan diatas. Anda tidak akan kecewa.

    Nina mendapati menghasilkan meringue yang besar bentuknya telah meleraikan rahsia yang banyak tersimpan didalam sebiji meringue ini. Ditengah-tengah ketebalannya itu terasa kita seakan memakan marshmallow yang lembut lagi chewy. Manakala diluarnya pulak terasa ranggup, halus dan ringan. Pernahkah anda merasa aiskrim astronaut? Kalau jawaban kamu YA, senang saja Nina nak jelaskan disini. Memang rasa meringue a.k.a pavlova ini menyerupai sebijik dengan aiskrim astronaut.

    Meena.. pemanis mulut Itali itu bukannya maroon. Nina baru aje teringat namanya macaroon sayang Wink  

    Posted at 08:44 am by ninasuria

    AN
    March 10, 2006   01:01 PM PST
     
    Kak nina, tq for the tips! Tak tahu lah bila boleh buat, nak kena cari cake mixer dulu baru boleh buat. Yg lama dah rosak :(
    ka tangah
    March 10, 2006   04:37 PM PST
     
    AN kalo dah ade mixer ko mesti buat, burung tiong ngan ayam kuloq2 pon suka banget :) cayalah
    halela
    March 11, 2006   06:55 AM PST
     
    Informative entry, barulah tahu pavlova and meringue adalah benda yg sama!
    kak biru
    March 11, 2006   07:09 AM PST
     
    nin,
    kak biru nak beri peringatan... sehingga kak seri selamat bersalin... hentikan hal masak-memasak ni... kecuali nin sedia ke rumahnya... hantar semua hidangan ni... sian 'baby' dan sian kak seri yang mengidam tu ahaks
    bunga
    March 11, 2006   01:47 PM PST
     
    waduh kayaknya sedap bgt sih cake nya! aku mau makan cakenya kak, tapi ga mau masaknya..:-D
    apa kabar nih?
    nina
    March 11, 2006   05:05 PM PST
     
    halela
    nina dl pon heran apsal meringue ngan pavlova ni sama ingridientnye. Selidik demi selidik rupanya mrk kembar siam :)

    untuk n4 kita soma, meringue ni kalo kita tak nak bakar lama boleh gak tp rasanya akan berbeza sikit, tidak crispy tp chewy mcm mashmallow.

    kak biru
    ni lah yg wat nina pening, sian tengok seri yg ngidam tu.. kalaulh betul fair abacus tu cuma RM$48 p KL, senang aje kan. Nina drop terus kat depan pintu rumh Seri. Nak wat camna :'(

    bunga
    senang aje caranya, cuma tinggal ode kat bakery ;)

    Akak sehat2 aje bunga, heran yah rumahnye kemarin pada kunci terus, ngapa sih.. ngak mau terima tamu yah ;)
    seriadriani
    March 12, 2006   02:50 PM PST
     
    hehehehe.. kesian akk nina kita yekk.. pening kepala pikir pasal org jauh yg mengidam bkan2 nih. Tak delah sampai melelh air liur. saja jek buat gembapk. kak biru pun dah naik risau. hehehee...
    btw, terima kasih baynak2 nina. nnt kita carik masa sesuai, 6 jam utk duduk kat dapur. huwaaaaa... hehehehee
    pinkJambu
    March 12, 2006   10:01 PM PST
     
    6jam..ermmm kalau tgk cd cite korea dah dekat 4 keping nih..bik tgk cd..yeyeyeye

    kakmOoooN *seru ngan mendayu0dayu* sambil pegang ujung kain dier, pinK tunggu kakmon je lah watkan tuk pinK eeehhhh
    kak mon
    March 13, 2006   06:58 AM PST
     
    seriadriani
    :O
    camni pagi2 seri bangun bancuh telor tu, masukan dlm oven, set 120c tinggalkan. Buatlh keja apa yg patut. 3jam pastu matikan oven. Biar sejuk sendiri. Tengahari dah siap sebijik pavlova kan. Petang leh makan ngan famili. Senangkan :)

    pinkjambu
    pink ko pon satu.. semelom ko bukak cd tu, ko buatlah mcm akak sarankan kat kak seeri, abis liat pilem korea pavlova dah siap nak ditelan. Tak membuang masa pon. Cuma buang karan jek :P

    psssttt kalo kak mon yg wat??? boleh! pink kena p bonai amik, amacam?????
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive