Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << March 2006 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04
    05 06 07 08 09 10 11
    12 13 14 15 16 17 18
    19 20 21 22 23 24 25
    26 27 28 29 30 31




    Tuesday, March 14, 2006
    Najwa Aiman

                    

    Pertamakali aku mengenal tulisan Najwa Aiman(melalui hasutan Antu Buku) dalam novelnya; Untuk Kau Dan Aku. Saat mula aku membaca cerita awalnya aku sudah mula jatuh hati pada tulisannya. Memang betul kata Cik Antu, gaya bahasa beliau ala-ala Matt Romeo. Santai, eksplisit, lucu dan intelek. Seperti juga Cik Antu aku juga dapat merasakan yang Najwa Aiman itu melahirkan suara hati lelaki dalam UKDA. Bahasa kelakian(oooops ade ker dalam kamus nih) begitu terselah sekali. Apa kah benar dia seorang lelaki??? Tapi nama itu; Najwa Aiman??? Tak mungkin. Mungkin. Tak mungkin. Tak mungkin. Tidak mustahil dia lelaki. Titik.

    Akhirnya teka-teki itu terjawab jua bilamana seorang lelaki ku lihat sedang duduk dikaunter penulis CESB berlebelkan nama Najwa Aiman dipesta buku PWTC tahun lalu. Aku tak tahu apa motif beliau menggunakan nama pena seorang wanita. Mungkinkah disebabkan kebanyakan pembaca kaum perempuan lebih cenderung memilih penulis wanita??? Atau ada sebab yang lebih konkrit dari andaian ku ini. Hanya Najwa Aiman saja dapat merungkaikan misteri pemilihan nama beliau.

                  Image hosting by TinyPic

    Danur Kasih, Najwa Aiman tidak pulak menggunakan nama pena wanitanya. Dia begitu gagah berdiri dengan nama lelakinya Mohammad Adzam Khodzin dengan tidak dibayangi nama pena wanita. Memang sesuai dengan jodol novelnya itu.

    Dan yang terbaru novel beliau. Kasih Kita membawakan cerita yang tidak banyak berbeza dari novelnya yang terdahulu; Untuk Kau dan Aku dan Danur Kasih. Bagi sesiapa yang telah membaca Danur kasih ini adalah hadiah untuk kamu dari beliau. Rupanya Kasih Kita ini adalah sambungan dari Danur Kasih dan rentetan cereta Untuk Kau Dan Dia. 

    Perjalanan ceritanya agak lambat dan bertaburan. Tapi gaya bahasanya yang masih santai dan kadang-kadang lucu itu dapat jua menarik mood aku untuk menghabiskan novelnya . Ku rasa beliau seolah-olah ketandusan ilham. Diawal Kasih Kita beliau menceritakan percubaan Anis Suziana ingin meleraikan  misteri ibu kandungnya(yang mana kita sudah mengetahui siapa sebenar  ibu kandungnya didalam Danur Kasih). Ditengah-tengah ceritanya pulak timbul dua watak baru; Farhana dan Amir. Mereka dijadikan focal point menyebakan watak Anis dan Syareena tenggelam sekejap dibayangi oleh dua watak ini. Yang mana telah mengucarkacirkan cerita Kasih Kita. Ditambah lagi dengan menyisipkan rentetan novelnya dipenghujung cerita kisah cinta Azhar dan Miza(yang ku kira tidak penting untuk disisipkan dalam Kasih Kita ini); Untuk Kau dan Dia. Membuatkan cerita; Kasih Kita agak bertabur dan tidak kemas. Dan dalam pada itu jua terbayang dimata ku wajah seorang Penulis yang selalu mengaitkan watak-wataknya diantara satu novel kesatu novelnya yang lain. Semakin kehujung cerita semakin terasa kehambarannya dan dengan begitu rakus beliau cuba menamatkan cerita itu dengan simpulan misteri yang telah dirungkaikan.

    Kesimpulannya Danur Kasih adalah yang terhebat diantara keempat-empat novelnya. Beliau pintar memutarbelitkan pemikiran kita sehingga aku tidak bisa mengesan apa yang akan terjadi didepan. Klimaks yang begitu menarik meninggalkan kita beberapa persoalan dan misteri yang tidak terjawab. Dibiarkannya kita sebagai pembaca mencari, menilai dan menjawab sendiri akan kesudahan cerita itu. Akhirnya perasaan marah geram kecewa sakit hati berbaur menjadi satu. Disinilah aku meletakan beliau sebagai seorang penulis yang hebat.

    Aku kira Najwa Aiman boleh membuat cerita Kasih Kita ini lebih baik lagi. Tapi walau apa-apa pun Kasih Kita ini tetap termasuk dalam senarai mesti miliki. Lebih-lebih lagi pada sesiapa yang sudah memiliki Danur Kasih dan Untuk Kau dan Dia. Kalau nak tahu jalan cerita Kasih Kita lebih lanjut lagi silalah ke rumah Cik Antu. Selamat membaca

    foto Najwa Aiman(kanan) aku pinjam dari blog khayal-khayal

    ~Sekapur Sireh~

    Aku terjaga tika jam sudah menunjukan angka 6:15pagi. Aku melompat dari katil. Rupa-rupanya hujan lebat diluar. Aku mandi dengan keadaan terketar-ketar kesejukan. Sebab water heater dikamar mandi kami tidak berfungsi lagi. Aku bergegas bersiap untuk kekantor tanpa mengisi perut yang berkeroncong.

    Hujan yang begitu lebat membuatkan perjalanan ku menghantar anak-anak lambat satu jam dari biasa. Mengakibatkan pagi ku menjadi sedikit kucar kacir. Ditambah lagi dengan persedian presentation untuk kerani-kerani dijabatan kami belum lagi aku siapkan. Inilah akibat melayan kerenah ayam kuloq-kuloq dan burung tiong hendak pergi kerumah Nini Buing. Akhirnya presentation yang sepatutnya ku sediakan semalam langsung tidak ku tangani. Adussssss 

    Posted at 11:13 am by ninasuria

    sis blue elli funt
    March 14, 2006   12:26 PM PST
     
    nin,
    kalau kamu asyik mengulas novel... antubuku tak dapat cari makan...tau
    Pacah Talor
    March 14, 2006   12:40 PM PST
     
    sis blue elli funt kenapalah kak mon ni tabur paku kat jalan cik Antu yah, kena ketuk cik Antu baru padan muka kak mon :P
    kLavu
    March 14, 2006   04:18 PM PST
     
    sis ellie funt, biar ler si popcorn ni mengulas, dah boring baca ulasan antu yang pemalas nak update tu
    hehehe

    kak mon, pas ni revu bara lak, pas tu kkk pas tu lafazkanlah cinta pas tu pas tree ngeh ngeh ngeh

    kak ellie funt, habaq kat seroja, kalo dia nyer gedung ilmu tu tak update gak, aku nak cat dinding umah dia jadi klavu muahahaha
    Najwa Aiman
    March 14, 2006   05:35 PM PST
     
    huh???? adakomen kat sini gak??? tengkiyu... tengkiyu... tengkiyu i luv u too.... :D
    tulip
    March 14, 2006   08:06 PM PST
     
    dpt jugak tatap muka si bang wawa ni... thanks kak mon!
    pinkbiru da Seroja
    March 15, 2006   08:55 AM PST
     
    abang wawa, hati-hati say "i luv u" kat kak mon, sebab abang mat suka sekodeng kat sini... tengok aktiviti wife dia ahaks
    kakmon
    March 15, 2006   12:22 PM PST
     
    klavu
    ko jgn nak sendey2 kakmon.. BARA tu msh dara tau, lom sempat nak terokai. 3K tu pon kakmon msh simpan bawah bantal..

    btw pesan kat Cik Antu tuh kalo malas kirim kunci umah kakmon tolong cat kan dinding dier warna pacahtalor. kasi tau kat dia ek

    Najwa Aiman
    kalo cuma kasi tengkiyu tu kakmon tak leh terima koman2 pon kena antaq satu kapal coin emas kepala sutan tuh

    Tulip
    ko jgn tenung lama muka najwa tu, kang juling bijik mata

    pinkBiru da seroja
    hikhikhikhik *merona pipi celak limapohsen* I LAP U 2... abang wawa I LAP U 3... *selongkar laci bawah sinki dapor* mana towel good morning kakmon nih

    Apple_Hijau
    April 1, 2010   05:29 PM PDT
     
    Assalamualikum En Najwa Aiman,

    Sy sj aje semak web, tetibe muncul blog nie plak...x sangka dah poplar skang yee...

    Harap chat2 & happy d samping keluarga tercinta..

    & terima kasih atas segala tunjuk ajar yg di berikan sepanjang perkenalan kite...Sy hargai sgt2..

    Semoga berjaya ngan karya2 yg best2!!

    Wasalam, AppleHijau
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive