Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << March 2006 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04
    05 06 07 08 09 10 11
    12 13 14 15 16 17 18
    19 20 21 22 23 24 25
    26 27 28 29 30 31




    Monday, March 20, 2006
    BARA

     
    Di lembah yang penuh dosa dan noda ini, terhidang dendam kesumat yang disembunyikan dalam longgokan nikmat yang membahang. Antara kebenaran dan nafsu yang tidak pernah mengenal Tuhan, keseronokan digandar... dijunjung bersama keegoan yang membuta tuli. Rezekinya daripada lendir yang hanyir, di pesta dunia yang beriramakan nafsu yang meloyakan. Diiringi gendang dan tarian gila yang mengkhayalkan. Kuasa menjadikan meraka leka di dalam memburu kekayaan dan keseronokan dunia. Rangkaian-rangkaian haram dijalankan... dan lorong-lorong hitam menjadi pilihan. Ranjang menjadi santapan nafsu yang tidak tahu memilih halal dan haram. Kepuasan menjadi sasaran. Lalu kematian mengakhiri dendam... dan pembelaan ini terbayar juga akhirnya.

    Harga Biasa: RM24.90
     
     

     

    BUKU I 
    TERISIK -
    Kerap kali..
    Nilai dan kepentingan sesuatu itu cuma disedari apabila ia tidak lagi dimiliki...
    ~~~~~~~~~~
     
    BUKU II
    DENDAM
    Cinta sejati
    Bukan sekadar ingin sentiasa hidup disampingnya, tetapi juga tidak boleh terus hidup tanpa kehadirannya
    ~~~~~~~~~~
     
    BUKU III
    TERISIK DENDAM
    Lazimnya...
    Pujukan dan dorongan lebih berkesan berbanding desakan dan paksaan
    ~~~~~~~~~~
     

    Abdul Rahim Awang membawakan sebuah cerita yang begitu telanjang sekali memaparkan kesah kerakusan manusia yang berhati binatang. Yang hanya mementingkan harta, kuasa dan nafsu semata. Keterbukaannya yang begitu berani ini terlalu menyentuh isu-isu yang sensitif; baik sosial, politik, budaya dan agama. Ku kira novel BARAnya ini bukan lah satu wadah untuk para remaja kita. Ia hanyalah sesuai untuk tatapan orang-orang yang benar-benar dewasa. Maksud ku dewasa disini adalah orang yang bisa melihat sesuatu perkara dari persepsi yang berbeza.

     

    Pada bahagian awal(BUKU I) membaca BARA ini seperti aku sedang menonoton cerita Hindustan. Aku tidak dapat merasakan bahang BARA yang cuba diangkat ARA dalam ceritanya ini. Walau terdapat aksi ala Ninja disitu. ARA gagal memaparkan dendam Hayati secara total. Mungkinkah akibat adengan Hindustan(semasa dipadang rugby dan dibilik rawatan Rosli) yang menggangu rasa sensitif ku.  Yang dapat ku rasakan hanyalah cerita-cerita fiksyen biasa yang selalu ku tonton difilem-filem hindustan.

     

    Tiba di BUKU II persepsi ku mula berubah. Rentak cerita bertukar nada. ARA dengan berani cuba memaparkan kelakuan sumbang dan taktik kotor yang biasa dimainkan oleh orang-orang berpengaruh untuk tampil lebih gagah dan berkuasa dipentas dunia. Dia dengan terang-terangan menghina orang-orang pilitik, bangsawan, elite dan celebrety yang gila JAWS(judi, arak, wang dan seks).

     

    Disini aku hanya dapat menyimpulkan yang BARA ini bukanlah satu wadah untuk mendidik anak remaja. Ianya hanyalah satu paparan ARA yang cukup berani untuk menghebahkan peri salahlaku dan kekejaman orang-orang koporat yang betul-betul kaparat.  Terlalu banyak adengan-adengan 'SERAM' yang melangkau batas-batas budaya dan iman kita sebagai orang melayu-islam. Betul-betul aib dan menjijikan. Hinggakan aku sendiri tidak dapat meneruskan bacaan ku pada baris-baris yang meloyakan tekak ku.

     

    ~Sekapur sireh~

    Penyakit gatal tangan ku datang lagi. Walau badan ku terasa letih tapi mata ku tidak mahu ditutup. Fikiran ku merawang jauh memikirkan rancangan taboo 'Orang Itu'.

     

    Aduh! sanggup kah aku meninggalkan dia???

    Dia yang menyara hidup ku selama 19 tahun.

    Dia yang membesarkan anak-anak ku.

    Dia yang menceriakan hari ku.

    Dia yang menghimpit aku.

    Dia yang mendidik aku.

    Tegakah aku???

    Posted at 11:54 pm by ninasuria

    Surijiwa
    March 21, 2006   04:10 PM PST
     
    Saya suka pada buku Orang Ke-3 karya Abdul Rahim Awang. Saya baca waktu kat kolej, tapi ceritanya saya masih ingat. Antara novel melayu yang menarik bagi saya. Hanya itu sahaja novel Abdul Rahim Awang yang pernah saya baca.
    kak mon
    March 21, 2006   06:21 PM PST
     
    Surijiwa
    memang tulisan ARA punya daya tarik yg tersendiri, gayabahasanya yang santai dan mantap sudah cukup membuat pembaca melekat pd novel2nya..
    kak mon
    March 21, 2006   06:46 PM PST
     
    Nak tahu lagi....??

    Novel ini dimulai dengan sebuah prolog yang mengambarkan dua wataknya yang penting; Hayati(doktor) dan Jun(artis dan model popular). Didalam novel ini penulis membahagikan novelnya kepada tiga bahagian; BUKU I, II dan III. Dimana dengan dua watak tadi dikembangkannya menjadi dua buah cerita besar yang berbeza jalan ceritanya tetapi punya hala tuju yang satu; dendam kesumat.

    ARA memberi tajuk khusus disetiap bahagian buku tersebut. Tajuk-tajuk dipilih ARA begitu teliti sekali. Dapat ku rasakan tajuk-tajuk tersebut cukup memberi maksud yang tersendiri untuk merungkaikan misteri BARAnya itu. Mungkin juga untuk memudahkan pembaca lebih memahami jalan ceritanya yang terlalu konflik. Lebih-lebih lagi dalam BUKU II ini watak-wataknya terlalu ramai dan begitu riuh.

    ARA menceritakan watak-wataknya itu dengan terperinci sekali membuatkan perjalananya agak lambat. Tp ini penting utk kita memahami cerita BARA ini.

    Kaedah flashback yg digunakannya dlm novel ini begitu cemerlang sekali. Pencantuman cerita Buku I, II dan III pon harmoni. Plotnya kemas. Walau ada sedikit kecacatan fakta masa disitu(umur Wan Adnan dgn tragedi Puan Sri Rosmah tidak tepat) tp dpt ditenggelamkan oleh keriuhan dan aksi2 watak-watak BARA yang dibena begitu hidup.
    AN
    March 22, 2006   08:01 AM PST
     
    Kak nina, sapa kah 'org itu' ???
    kak mon
    March 22, 2006   04:02 PM PST
     
    AN toksah lah ko tanya sapa 'orang itu' sedara sepupu spapat mu juaaaa adusssy *nangis sapu air mata kat ujung baju kabaya An*
    JiD
    March 28, 2006   08:31 PM PST
     
    ha?nape kakmon sedih2 nih?nape kakmon? kenapa?kenapa?jgn sedih2 yer..nanti masakn jadi masin nanti..jgn sedih2 tau...jgn nangis2 yer...nanti jid ikut nangis sama,..uwaaaaaaaaaaa...**ha!!kan dah nangis..**
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive