Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << April 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02
    03 04 05 06 07 08 09
    10 11 12 13 14 15 16
    17 18 19 20 21 22 23
    24 25 26 27 28 29 30




    Monday, April 25, 2005
    Matt Romeo

    Entah gatal hati ku kan bejabir tengah hari ani. Keraja.. ehm malas ku kan cakap. Hilang satu tumbuh lagi sepuloh. Temutok ati ku kan nyiapkan keraja ku yang melonggok kan minta belaian kasih ku. Malas ku sudah kan lusir-lusir menguyong waktu. Pebaik tah ku laju belusir mengalahkan road runner, lakat jua ku ketinggalan inda cukup nafas.. ampus singap-singap ditengah jalan. Baik tah ku ambil angin dulu mangkali dapat menghilangkan virus M ku ani..

    Tadi aku masuk ke CESB websitenya, terpampang promo tawaran pracetak. Diantaranya novel Matt Romeo; Anak Dara Menteri 3. Dikatakan the creator of Matt Romeo ini akan menemui peminatnya di Pesta Buku yang telah bermula kelmarin dan berakhir 2hb mei ini. Bererti dia akan menanggalkan topeng Matt Romeonya. Seperti mana penulis kegemaran ku Noor Suraya Adnan yang juga telah melepaskan topeng spidergirlnya baru-baru ini.  Entah apa yang membuat aura pesta buku dinegara jiran sebelah terasa bahangnya sampai kemari.



    ISBN : 983-893-469-0
    Tahun : 2002
    Bil. Muka Surat : 310
    Harga : RM16.90

    Ditenungnya aku. Aku balas tenungan itu sekali lalu. Buat pertama kali aku dapat melihat wajahnya dari dekat dan secara cukup jelas. Dalam tirai hujan itu dia kelihatan terlalu cantik. Ohhh, terus terang cakaplah, demi untuk dia sanggup tolak kereta itu sehingga ke Kampuchea…
     

    ISBN : 983-893-562-X
    Tahun : 2004
    Bil. Muka Surat : 531
    Harga : RM24.90

    Seronoknya melihat rama-rama terbang tinggi... sesekali turun menggigit jari. Sesekali hinggap di bunga berduri. Ditangkap lari. Dikejar terbang tinggi. Seronok lagi bila anak dara menteri itu akhirnya meronta-ronta manja di dalam pelukan lagi gagah macam aku ini. Bahagianya usah ditanya. Gembiranya susah hendak dicerita... yang pasti aku tidak ingin terkejar-kejar macam dulu lagi. Dia sudah diam macam kucing Siam. Dan aku sudah tidak sabar hendak berbini.



    Judul: ANAK DARA MENTERI 3
    Penulis: MATT ROMEO
    Harga: RM 23.90 
               
    ISBN: 983-893-644-8

    "Yanggg... apa yang dimenungkan tu?" Lamunanku di tingkap itu terhenti. Aku menoleh... "Sorrylah, terlambat bangun..." katanya sambil bergerak turun dari katil dan menuju ke arahku. Waktu itu sekali lagi aku terperasan betapa besarnya isteri aku. Bila dia melangkah nampak saling tak tumpah macam almari berjalan. Tidak mengapalah, biar sebesar lori pun dia tetap isteriku. "Ayang dah siapkan breakfast?" Dia meletakkan tangannya yang macam pelapik rumah itu ke pinggangku. Tidak mengapalah, biar sebesar mana pun lengan dan tangannya, dia tetap perempuan yang banyak berjasa padaku. Dialah satu-satunya manusia yang benar-benar memahamiku dan yang sentiasa bersedia melindungiku. Tanpa dia, aku mungkin bukan setakat kehilangan Tini dan Maya, tetapi juga segala-galanya termasuk harga diri sebagai seorang usahawan. "Dah, nasi lemak, mihun, roti bakar, karipap, semuanya dah ready..." jawapku."Thanks, sayang..." Dia memeluk pinggangku.

    Bila membaca sinopsis novel diatas terasa gatal hati ku kan mengetahui cerita selanjutnya. Pertama kali aku mengenal Matt Romeo bila membaca novel beliau Joget Cinta Pertama. Dari muka surat pertama ku baca lenggok bahasanya mengambarkan beliau ada lah seorang penulis yang berkelibar dan antik. Ku bilang beliau antik adalah kerana aku malas nak cakap dia ini orang lama atau lebih kasar ku gelar orang tua. Maafkan aku jika terlalu lancang mengatakan mu tua!(dan aku sendiri pun juga bukan orang muda belia, tapi tidaklah juga terlalu tua. Maseh boleh dikatakan dalam kategori pertengahan dan maseh sedap mata memandang.. taklah macam cekodok sejuk hehe.. terikut gaya bahasa mu). Tapi tak apalah memang gaya bahasa itu lah menjadi trademark Matt Romeo; selamba dan tepat medefinasikan satu-satu objek yang diciptakannya, membuatkan aku kadang-kadang ketawa sendiri dan dalam waktu yang sama merasa 'bias'.

    Selepas itu aku baca lagi novelnya Anak Dara Menteri, Kerana Mu Ainon dan novelnya terakhir Anak Dara Menteri 2. Pun maseh menggunakan gaya bahasa yang sama, selamba dan betul-betul meluahkan suara hati lelaki; angkuh dan tak suka mengaku kalah.  Beliau begitu pintar mengadunkan emosi dan intelektual beliau dalam menghasilkan sebuah cerita yang bukan hanya untuk hiburan semata, tetapi cukup untuk memberi kita pengajaran. Message beliau sampaikan kepada kita begitu jelas sekali; ugama, sosial dan politik. Dan aku maseh terkesan dengan cerita ayahnya yang bekas ahli politik kampong sanggup menghulurkan wang derma atas nama anak lelakinya yang dibangga-banggakan dan diwar-warkan seorang tokoh perniagaan yang berjaya. Tetapi anak yang dibanggakan itu memang anak hantu. Begitu juga dia dengan lancangnya mengkritik Dato-Dato dan Tan Seri yang gila judi dan kaki perempuan.

    Dan 29hb ini nanti dapat kah aku menatap wajah beliau tanpa topeng Matt Romeo. Walaupun aku sudah tahu siapa sebenarnya diri beliau.


    ISBN : 983-893-463-1
    Tahun : 2002
    Bil. Muka Surat : 276
    Harga : RM16.90

      "Saya kata saya tak nak campur!" "Tolonglah..." "Saya tak mahu. Kalau orang lain mungkin saya tak kisah. Tapi kalau sepupu awak tu... eii ampun... saya tak sanggup!" "Awak mesti tolong, kalau tak..."


    Posted at 11:57 am by ninasuria

    Nic
    April 28, 2005   07:57 AM PDT
     
    Nina.. sapa sebenarnya matt romeo nie, nic mg suka baca tulisan dia sejak gila-gila lagi...
    nina suria
    May 3, 2005   02:37 PM PDT
     
    salam nic.. nak tahu orangnya.. cuba2 lah dtg kat CESB dia pasti ade disana.. Dia maseh guna topeng Digemon.. grrrrrrr

    Mat Romeo tak berani menghadapi kenyataan kut.. tu fasal dia tak nak tonjolkan muke dia kat pesta buku tu..
    Karim
    December 27, 2005   06:41 PM PST
     
    Sangat susah untuk mendapatkan koleksi novel Matt Romeo...
    nina
    December 28, 2005   12:28 PM PST
     
    Saudara Karim, coba waktu pesta buku bulan mac 2006(Kuala Lumpur). Mungkin kat sana saudara akan mendapatkannya.
    Nina
    March 25, 2006   07:36 AM PST
     
    Ijoy kalau nak beli Matt Romeo nye novel go to http://cesb.net.my awak boleh pesan secara pos.

    btw masa ni kan pesta buku di PWTC.. inilah masanya kalau nak korek novel2 beliau, seranan saya dapatkan novel kerana mu ainon.. it was d best of Matt Romeo.

    ooops MR nina dah advert tu.. jgn lupa wontong bg nina.. 25persennnn *wink*
    diriaku
    May 15, 2008   01:51 PM PDT
     
    yup. novel keranamu ainon adlh novel pertama yg aku baca.sangat2 menarik sehinggakan aku terjatuh hati utk membaca karya matt romeo yg selainnya. tapi tidaklah semua karya beliau yg tlh aku baca.antara yg telah aku baca ialah anak dara menteri (1, 2), keranmu ainon dan madu impian.mmg sgt besh...cayalah matt romeo.aku teringin sgt nk tatap wajah beliau.
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive