Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << April 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02
    03 04 05 06 07 08 09
    10 11 12 13 14 15 16
    17 18 19 20 21 22 23
    24 25 26 27 28 29 30




    Tuesday, April 26, 2005
    MATT ROMEO II

    Ku baca lagi novel beliau yang berjodol Lorong ke Kaki Langit tanpa topeng Matt Romeo. Beliau menggunakan nama pena ADI AL-HADI(ku kira semua orang mengenali beliau dengan tulisan-tulisan  Ilmiah beliau).

    Walaupun tanpa topeng Matt Romeo beliau maseh tidak lepas dari 'cocoon' Matt Romeonya; gaya bahasa yang selamba, tajam dan sinis. Novelnya yang satu ini, ditulis dengan sarat dan padat mengupas kehidupan seorang wanita yang bernama Muhaini. Perjalanan hidupnya yang penuh liku, onak dan ranjau yang penuh duri. Dia adalah isteri, ibu tunggal, janda dan akhirnya diheret ke lembah yang paling hina; dunia pelacuran. Dan diakhir cerita teringat  pulak filem Allah Yarham P.Ramlee; keluarga 69.

    Lorong ke Kaki Langit ini menyerupai ceritanya yang terdahulu iaitu 'Kerana Mu Ainon'. Walaupun ceritanya berbeza tapi rempah ratusnya tetap sama; cinta, emosi, intelektual dan suspen. Dia menggarap ceritanya begitu teliti sekali, diadun dengan masaalah, sosial, ekonomi, budaya dan ugama menjadi sebuah cerita yang berjaya mengambil perhatian ku untuk menyudah kan ceritanya sehingga ke muka surat penamat. Walaupun diawal ceritanya amat berat dan tidak lancar tapi oleh kerana kesan suspen yang diciptakannya itu membuahkan perasaan ingin tahu ku melonjak-lonjak untuk menghabiskan mebaca novel beliau.

    Dari muka surat pertama beliau mengajak kita berkerja keras memahami apa yang digambarkan. Begitu sarat dan berat untuk difahami. Diharap jangan lah anda membaca novel beliau ini dalam keadaan kepala yang berserabut. Mungkin kekusutan anda akan bertambah tiga kali lipat dengan permasalahan yang cuba dipaparkan oleh beliau dalam novel ini.

    Atau kah semasa beliau menulis buku ini dia sedang dalam keadaan yang kalut dan tertekan. Entahlah aku bukanlah ahli fikir atau ahli kritik yang dapat menilai hasil tulisan seseorang. Aku hanyalah insan biasa, seorang pembaca yang hanya membaca sekadar mengisi masa senggang ku.

    Posted at 09:05 am by ninasuria

    REM
    April 27, 2005   06:17 AM PDT
     
    Wah, analisis pada novel begitu kritikal ya! Tak sangka, Nina ini rupanya begitu 'celik sastera' dan analitik... :)
    ryn
    April 27, 2005   08:58 AM PDT
     
    mana ku tebaca novelnya ani, i classified this book as boring and no attraction hehehe, will try to read it again, but the setback was so classic and cliche. 2-3 bab membari paning. ouch!
    nina suria
    April 27, 2005   11:55 AM PDT
     
    rem ni perli kite eik.. otak akak ni dah lama bekarat.. so baca novel Adi Al-Hadi ni kira buat 'overhaul' sikit..

    Ryn, I told u.. bila kepala tengah penuh jangan baca.. makin paning.. buat eksais minda lah
    nila
    April 27, 2005   01:43 PM PDT
     
    wah nina, dah nak buku rumah review buku macam antubuku ke?
    nina suria
    April 27, 2005   02:16 PM PDT
     
    tak lah kaksu.. ilmu tak tinggi mana.. kail hanya panjang sejengkal.. ni hah aura pesta buku punya fasal menceceh pulak kite dibuatnye..
    nina suria
    April 27, 2005   02:35 PM PDT
     
    btw Ryn.. classic?? memangpun orgnya antik, ceritanya time 'Tulang2 Berserakan' Usman Awang kut ;)

    kaksu dah siap kemas eik. kite maseh lagi ni .. tapi sempat juga menceceh hehe.. penyakit gatal2 tangan kaksu ni dah menjangkit kut.. :) sayang kaksu muah... kita jumpa esok eik.. jangan nak elak hehehe
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive