Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << September 2006 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02
    03 04 05 06 07 08 09
    10 11 12 13 14 15 16
    17 18 19 20 21 22 23
    24 25 26 27 28 29 30




    Tuesday, September 26, 2006
    Cerita peti ais dua pintu kak Mon...

    Triple Chocolate Peanut Buter Cookies

    Bahan

    125 gm mentega tanpa garam
    cawan gula perang yg lembut (soft brown sugar)
    1 biji telur, dikocok sebentar
    cawan peanut butter
    1 cawan tpg gandum, diayak
    sudu teh soda bicarbonate
    cawan serbuk koko
    175 gm white chocolate compound
    175 gm dark chocolate compound

    Cara
    Panaskan ketuhar 180 darjah C
    Pukul gula dan mentega sehingga ringan dan berkrim. Masukkan telur dan pukul sehingga rata. Masukkan peanut butter dan pukul lagi hingga sebati.

    Dengan menggunakan sudu logam (metal spoon), masukkan tpg, soda bicarbonate dan srbuk koko. Gaul sehingga menjadi doh yg lembut. Ambil satu sudu makan rata doh dan bentukkan seperti bebola. Letakkan diatas dulang biskut, kemudian leperkan menggunakan garpu, sambil dicorak menyilang (criss-cross pattern). Ulang sehingga doh habis. Bakar selama 20 minit. Setelah masak biarkan sejuk di dalam dulang pembakar selama 5 minit, kemudian barulah dialih ke redai. Biskut harus betul-betul sejuk sebelum dihias.

    Cairkan white chocolate compound dgn kaedah 'double boil' sehingga halus. Celup satu pertiga dari setiap biskut dgn coklat putih. Letak semula di redaisupaya cepat sejuk dan kukuh.

    Cairkan pula dark chocolate compound dgn cara yg sama dan celup bahagian bertentangan biskut dgn warna coklat pula. Bahagian tengah biskut kosong tidak bersalut. Sejukkan di redai.


     

    ~Sekapur Sireh~

    Biskut ini memang sedap. Rasanya ringan dan rangup. Kaya sungguh rasa coklatnya. Patutpun digelar tiga kali coklat. Sesuai lah tu. Boleh dibuat penyambut tetamu di pagi syawal. Pasti meriah. Terima kasih Rozzan. Semoga ilmu yang dikongsi bersama dibulan yang penuh berkah ini menambahkan kemeriah di syawal nanti.

    Cuti dua hari(ahad dan isnin) lepas memberi peluang kak Mon tangkas bersilat kung fu digelanggang sendiri. Campak mentega masok gula tuang tepong pecah telor(bukan Si Pacah Talor tau!) adun sebati. Papap pipop dah siap Tat Nenas Gulung, Hijau Zamrud, Chooclate Ice Cream, Almando dan Biarlah Rahsia penuh satu meja davincci kak Mon.. OOOOpppps jeling Wan Empok... *Cepat-cepat tutup tag made in Jawa*.

     

    Nota kak Mon

    Rozzan! bahan-bahan yang kak Mon suruh cari kat Phoon Huat tuh tak ade dalam stok. Huhuhuhuhu... cuma yang kat atas tu jer yang saudara sepusat sepusing dapat borong. Sedehnye nak cari Pink Jambu.. Pink Jambuuuuuuuuuuuuuuu dimana dikau...

    Kalu tak nampak foto-foto tersebut.. jom masuk kerumah lama kak Mon.

    Posted at 06:56 am by ninasuria

    tulip
    September 26, 2006   10:51 PM PDT
     
    *tolong jerit utk kak mon* kak longggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg dimana kah kau pergi?
    JiD
    September 27, 2006   08:27 AM PDT
     
    hehehhe...**sengeh sampai tinger**..kakmon...Tulip..kaklong sibuk buat siasatan kes bola tu...**muncung mulut ke arah bola hitam bola putih...** semalam dia dok heret beg CSI dia tuh...
    kakmOn
    September 27, 2006   12:06 PM PDT
     
    testing testing 12314678910...

    Tulip
    makacih tulip... ko lah sedara sepusat sepusing kakmOnnnn ;)

    JiD
    hoh! *nak jatuh bijik mata* betul ker Along tuh... hisyyyy tak caya ler :p
    adhan
    September 29, 2006   12:39 PM PDT
     
    kak mOn...napa saya takleh nak letak message kat tagboard tu?
    Sri Diah
    September 29, 2006   10:03 PM PDT
     
    Pergi rumah sana ada kuih muih, datang rumah sini ada jugak hidangan... tapi perutku tetap berkeroncong... oh benar-benar menguji iman!
    Em
    October 3, 2006   04:56 AM PDT
     
    kakmon, sudah kucari pinkjambumu malangnya kadai kat sini chokia saje yg ada hanya manik kaler pink
    nina
    October 5, 2006   07:28 AM PDT
     
    adhan
    bukan ko sorang jer yg x leh letak.. tuan rumah pong dia tendang.. menciiiiiii arrrr blogdrv nih :@

    Sri Diah
    Kak Sri kita jamu mata aje dulu yah.. ini namanye peti ais 2 pintu planning ;)

    Em
    uwaaaaa memang soma org dah boikot pink jambu agaknye...

    halela
    October 13, 2006   09:29 PM PDT
     
    salam nina,
    Tengah hari tadi dah terima kad. Cantiknya kad buat sendiri. Minako (anak sulong) kata simpan kad itu supaya boleh tiru cara buatannya utk raya tahun depan.
    Pandai Nina buat kad itu.
    Dengan ikhlas, terima kasih sudi menghantar kad raya.
    halela
    October 14, 2006   08:11 AM PDT
     
    Semlm dah masukkan komen tapi tak keluar rupanya.
    Terima kasih dah terima kad raya tu.
    Cantik nina buat sendiri.
    Tahun depan nak tiru cara nina buat sebab sini tak de jual kat raya.
    Terima kasih sekali lagi.
    Nina
    October 15, 2006   05:42 AM PDT
     
    Ramadan karem klela, wah dah terima ye :) memang Nina suka buat ngan jari sendiri, bukan Nina tak mampu nak beli kad kilang, ada rasa terindah dpt menghasilkannya.. lebih2 lg bila penerima menerimanya dgn rasa puas.

    btw kenapa blog klela tak kasi masok Nina.. bila klick go terus aje ke top10search.. ade ker pc Nina yg kena spyware lagi??? uwaaaa
    halela
    October 17, 2006   03:45 AM PDT
     
    Suribayu sering bersenda
    lintasan ribut di pulau itu.
    Jalan berliku ada pertanda
    nama pondok arah dituju.

    Nina,
    kak lela buat ubahsuai.
    Dalam pantun ini ada katakekunci utk blog baru.
    Sila pecahkan tembuk itu.
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive