Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << December 2006 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02
    03 04 05 06 07 08 09
    10 11 12 13 14 15 16
    17 18 19 20 21 22 23
    24 25 26 27 28 29 30
    31




    Saturday, December 09, 2006
    Mahligai Cinta Ku

    Semenjak cuti sekolah bermula beberapa minggu yang lalu anak-anak cuma diam dirumah. Maka aktiviti enjin papak(kunyah) anak-anak menjadi-jadi. Bangun pagi ruah(selongkar) tindulang(tudung dulang). Ruah kutin(balang kaleng).. Ruah esbok(peti ais).. Bila stok sudah habis, Si abang mula beraksi dengan sendok dan kuali. Si kakak pula sedia ngan piring dan sudu. Si adek tetap dengan telatah nakalnya mengatil(menyakat) kakak ngan Si kecil Leynah. Lalu hari-hari ku penuh dengan hilai tawa dan tangis manja. Kadang disulami jerit pekik tarzan betina. Begitulah meriahnya mahligai cinta ku.

     

    Petang itu ruang basah-karing(ruang famili) ku sunyi sepi. Hairan. Kemana anak-anak pergi? Almari TV pun bakabat(bertutup) rapi. Aku melepaskan lelah di 'couch' ku yang sudah lusuh. Lalu terus terlelap disitu seketika. Si kecil ku mengejutkan aku dengan ciuman manjanya sambil merengek nak mintak 'candy'. Begitulah dia..

     

    Malam mula merangkak. Si adek masih belum menyapa.. Hairan lagi. Kata Si pembantu dia masih tidur. Hah! Tidur? Memang jarang sekali dia ketiduran dari petang sampai kemalam. Naluri ku berkata sesuatu..

     

    Si kakak turun dengan senyum bermakna.. Aku cuma memerhati gelagatnya dari sisi. Tangan ku masih sibuk membelek House & Garden majalah kegilaan ku. Si kakak tidak sabar dengan keadaan ku yang sambil lewa itu. Lalu dengan bangganya menghebahkan TV  29" SONY yang sudah berusia 17tahun itu PECAH Shocked Hah ADEK! Abdul Wahubbbbbbbbbbbbbbbb�

    ~sekapur Sireh~

    Dalam seminggu itu dada ku berdebar-debar. Atas mata kanan ku selang beberapa jam bergerak-gerak. Hati ku berdetik. Ya Tuhan� Berita apa lagi yang hendak Kau kirimkan. Atau petanda apa yang ingin Kau sampaikan. Cukuplah sudah cobaan yang telah kau anugerahkan. Jangan Kau ulangi lagi. Sesungguhnya hamba Mu ini tidak cukup kuat untuk menanai dugaan kecil Mu yang maha berat itu.

    Dan selama seminggu itu aku mengulit malam yang amat panjang. Menanti sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Aku berteleku. Berdoa. Lindungilah aku dan keluarga ku. Sesungguhnya Engkaulah yang maha pengasih dan penyayang. Akhirnya debaran itu terhenti. Resah itu pun berlalu pergi. Bila mata ku jatuh keatas satu baris ayat yang mencatat nama anak sulong ku dengan tanda 'P' dengan 4mata A2 dan 4mata B1. Alhamdulillah Ya Rabbi. Diatas sejadah ku menghadap Mu dengan sujud syukur. Menitis juga air mata ku. Semoga kau anak ku akan membawa cahaya yang gemilang.

    Posted at 06:25 am by ninasuria

    Jid
    December 10, 2006   05:08 PM PST
     
    wah!!!TAHNIAH buat L***i...lepas nih bleh msk UBD..ker..nak fly terbang nun seberang kak??...(",)
    CFROG
    December 10, 2006   11:02 PM PST
     
    Semoga Allah senantiasa memberkati dan merestui kecemerlangan dan mengurniakan kejayaan kepada anak-anak NINA dan terus berjaya ke Menara Gading. Alhamdulillah semoga terus berjaya.
    kakmOn
    December 11, 2006   11:06 AM PST
     
    JiD
    uwaaaa nak masok U masih jauh lg.. masih merangkak nak masok, gate 3 pon lum lepas *tayanga muka was-was*

    CFrog
    terimakasih atas doanya.. semoga kita sama2 berjaya menghasilkan purih Berunai yang hybrid.. insya Allah ;)
    Em
    December 16, 2006   06:53 PM PST
     
    17 tahun kakmOn? dia nak suh tukar Bravia tu...

    tahniah utk abang
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive