Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << May 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30 31




    Tuesday, May 24, 2005
    Anak Dara Menteri 3

    Judul: ANAK DARA MENTERI 3
    Penulis: MATT ROMEO
    Harga: RM 23.90 
               
    ISBN: 983-893-644-8

    "Yanggg... apa yang dimenungkan tu?" Lamunanku di tingkap itu terhenti. Aku menoleh... "Sorrylah, terlambat bangun..." katanya sambil bergerak turun dari katil dan menuju ke arahku. Waktu itu sekali lagi aku terperasan betapa besarnya isteri aku. Bila dia melangkah nampak saling tak tumpah macam almari berjalan. Tidak mengapalah, biar sebesar lori pun dia tetap isteriku. "Ayang dah siapkan breakfast?" Dia meletakkan tangannya yang macam pelapik rumah itu ke pinggangku. Tidak mengapalah, biar sebesar mana pun lengan dan tangannya, dia tetap perempuan yang banyak berjasa padaku. Dialah satu-satunya manusia yang benar-benar memahamiku dan yang sentiasa bersedia melindungiku. Tanpa dia, aku mungkin bukan setakat kehilangan Tini dan Maya, tetapi juga segala-galanya termasuk harga diri sebagai seorang usahawan. "Dah, nasi lemak, mihun, roti bakar, karipap, semuanya dah ready..." jawapku."Thanks, sayang..." Dia memeluk pinggangku


    Dalam perjalanan dari hotel Legend hingga ke KLIA, aku sempat membaca novel Matt Romeo ini. Ceritanya meleret-leret, kalau exam pasti dah fail, memang tergelincir dari landasan. Baru sampai bab 7, mata ku semakin berat untuk membacanya, ditambah lagi jalan ceritanya yang perlahan. Akhirnya aku terlelap jua.

    Dalam kapal terbang ku sambung lagi bacaan ku hingga ke bab 19. Bila sampai di Brunei aku terpaksa meninggalkan beberapa hari novel ini kerana tuntutan kerja yang meminta 100% komitmen ku. Dalam hati memang bagai digaru-garu hendak tahu. Siapakah garangan perempuan yang bodoh itu menjadi isterinya.

    Memang kelakar Matt sekor ini. Seperti biasa dia tetap dengan gayabahasa yang kelakar, lancang, ego, sinis, eksplisit dan entah apa-apa lagi tu..

    Kisahnya terlalu banyak memperkatakan akibat buruk yang dilakukan oleh mahluk Allah yang bergelar PEREMPUAN. Pertama, dia dimalukan oleh Rukiah(musuh ketatnya). Kedua, akibat kesan penampar ibunya yang kali kedua itu membuatkan dia bagaikan se-ekor harimau yang hilang kuku dan taringnya. Dan ketiga, bila dia ditinggalkan oleh anak dara menteri (Maya) dan gadis kampongnya (Tini).

    Begitu kuat pengaruh buruk dalam hidupnya oleh keempat-empat  perempuan ini hingga terlintas dalam kepalanya hendak bunuh diri. Wataknya yang sentiasa perasan, ego dan angkuh itu tiba-tiba jadi berubah.  

    Mukasurat 5:

    "Diam! Mak tak nak dengar alasan kau!"

    Serentak dengan kata-kata itulah telapak tangan kanan yang pernah menimang ku, dan mungkin juga ayahku itu melayang sebelum hinggap tepat dipipi kiriku. Terteleng juga aku dibuatnya. Maklumlah tangan emak boleh tahan juga lebarnya. Kalaupun tidak sama besar pinggan, namun campur tolak tidak jauh bezanya dengan piring bersaiz sederhana.

    Aku terkedu. Pedih kesan tamparan itu pantas menjalar. Menusuk kulit daging pipi yang tidak sepertinya ini.

    Disinilah titik mula cerita Anak Dara Menteri 3 ini. Kemudian ditambah lagi kisah dua kekasihnya yang berlalu pergi meninggalkannya. Dipertemukan pula dengan perempuan Siam (Ee Pian) yang dikatakan telah memperkosanya dan merompak hartanya. Sehingga terpaksa balik tanpa membayar bill penginapan hotelnya. 

    Dan ketakutannya dijankiti penyakit kelamin setelah dicabulai oleh perempuan Siam itu menghantuinya hingga sampai ke klimaksnya, bila mana dia terbaca dalam akhbar tentang seorang wanita Siam yang selalu meniduri mangsa samunnya. Ditambah lagi watak yang digambarkan dalam suratlhabar itu membayangkan sebiji watak perempuan Siam yang telah memperkosanya. Aduh betul-betul kelakar Matt seekor ni.

    Mukasurat 42

    '........mataku sesungguhnya berkaca. Aku tidak tahu bagaimanakah rupaku sewaktu menangis begitu. Mungkin hodoh, mungkin juga tidak. Yang penting aku sudah menangis. Ya.. aku, jantan yang gagah perkasa ini tidak berupaya lagi melawan pilu dan sebak.

    Sungguh, aku menangis, Menangis puas-puas. Lengkap sedu dan sedan. '

    Dan kemudian pertemuannya dengan seorang lelaki yang menjual jam tangan, yang disangkanya orang Indon itu, tapi sebenarnya hanyalah dari Lambor. Dari lelaki inilah dia dipertemukan lagi dengan seorang lelaki yang bergelar Wazir yang telah dapat mententeramkan jiwanya yang kalut.

    Disini banyak falsafah hidup yang dituliskan.  Yang memang memerlukan imiginasi kuat dan pengolahan yang lebih kreatif supaya pembaca tidak bosan. Syabas, dia berjaya menarik perhatian ku membacanya dari satu ayat kesatu ayat hingga habis.

    Mukasurat 272

    '...dalam ilmu kerohanian, perasaan kita berkait rapat dengan hati dan hati pula berkait rapat dengan aliran darah. Aliran yang lemah dan tergganggu akan mengganggu kententeraman hati. Kita mudah akan berasa gemuruh, berdebar-debar dan berserabut tidak menentu. Kita selalu menyangka semua itu berpunca daripada hati kita sendiri sedangkan sebenarnya ia disebabkan oleh darah yang gagal berfungsi dengan baik. Macam.. enjinlah... kalau minyak hitamnya tidak elok, mana mungkin enjinnya berfungsi dengan baik.

    Mukasurat 428

    'Antara kesilapan besar manusia yang menyebabkan kehidupan ini menjadi huru-hara ialah mereka haloba dalam segala perkara. Daripada sifat itulah datangnya segala rasa tak puas hati, yang akhirnya menjadikan mereka resah gelisah tanpa kesudahan.'

    Saat-saat kejutan yang memang memranjatkan Matt Romeo dipenghujung ceritanya membuatkan aku tergelak besar.

    Mukasurat 494

    'Haaaahh?

    Kalau rahang manusia ini tidak bersendi, dagu aku tentu jatuh keatas riba. Aku ternganga dengan rambut yang terasa berceracak dan tempurung  kepala yang terasa berlopak-lopak.

    Aku menjadi persis kerbau yang baru ditarik naik ke lori. Terpinga-pinga. Bingung dan bodoh. Zahir dan batin.

    Aku seperti lembu yang dicampakkan ke laut. Terkial-kial. Takut dan cemas. Luar dan dalam.'


    ~Sekapur Sireh~

    Memang buku ini dikategori kan 18tahun keatas. Banyak bahasa yang kurang sopan, eksplisit dan terlalu dinodakan. Kali ini novel Matt Romeo terlalu berfalsafah. Banyak kritikan-kritikan sinis yang sangat ketara dituliskannya. Baik dari segi sosio-ekonomi mahupun sosio-politik. Dan ada juga babak kelakarnya yang memang tidak masuk akal langsung. Misalnya bila Wazir berjumpa dan berkawan rapat dengan ahli politik dunia. Apalagi bila wazir itu dikaitkan dengan Osama. Disini Matt Romeo sangat bijak menggarap cerita hayalannya seperti cerita realiti. Tapi memangpun akal waras ku mengatakan MUSTAHIL akan berlaku. Dengan menggunakan watak Wazir ini lah Matt Romeo memulakan kelas motivasi beliau. Message yang hendak beliau sampaikan dengan gayabahasanya yang selamba dan humor memudahkan kita untuk memahami dan mengambil iktibar daripada cerita beliau.

    Memang keseluruhan ceritanya berbelit-belit. Mungkin disebabkan terlalu banyak subplot yang dimasukan, membuatkan jalan cerita itu jadi lambat dan kekadang sedikit membosankan. Sehingga aku tercari-cari bilakah watak Maya, Tini dan Rukiah akan dikeluarkan. Dan watak-watak itu hanyalah timbul  diawal dan dihujung ceritanya.

    kejutan demi kejutan  yang diciptakannya berjaya menarik perhatian ku untuk tidak membaca endingnya terlebih dahulu . Walaupun dihati perasaan ingin tahu ku meluap-luap. Ku gaggahi jua untuk membaca dari ayat pertama hingga ketitik penghabisan. Ku tinggalkan untuk anda mengetahui sendiri rahsia Rukiah, Rozie, Tini, dan Maya. Dan siapakah diantara mereka yang berjaya menjadi isterinya hingga menjadi sebesar almari itu......

    The moral of the story, jangan terlalu memilih. Bak kata orang Brunei pilih-pilih langsat akhirnya terkena rambai.
    Rating ****

    Posted at 10:24 pm by ninasuria

    sakura
    January 10, 2006   01:57 PM PST
     
    ermm....pd saya,novel matt romea mmg betul2 menarik perhatian saya! saya ternanti2 anak dara menteri 3!... tp.anak dara menteri3..byk meleret berbanding ADM1&2.... apa2 pun mmg best! saya nak tunggu keluaran matt romeo yg seterusnya.
    nina
    January 10, 2006   07:29 PM PST
     
    hi sakura.. dengar khabar MR akan kuarkan novel terbarunya tahun ni. Btw MR sendiri pun kata ADM3 tu meleret byk.. Setelah menulis beberapa bab awal mak dia meninggal, so bila sambung balik cerita tuh dia dah ilang mood.. itu sebabnye kut.. entahlah entahlah kena tanya tuan punya novel :)
    abg matt romeo
    March 13, 2007   11:01 PM PDT
     
    Bravo Mattromeo!
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive