Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << May 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31




    Monday, May 28, 2007
    Takdir

    Oleh - Norisah A.Bakar

    Pemenang anugerah novel Singapura anjuran PERSADA

    SAYEMBARA NOVEL WATAN 2

    Terbitan Pustaka Nasional Pte Ltd - 2004

     

    Sebuah nobel yang menarik merupakan teka-teki buat para pembaca berliku dalam suspense dari awal hingga akhirnya. Kerana cemburukan Rauf Jamilah, Ambri langsung meninggalkan isterinya yang menyebabkan Jamilah meninggal dunia setelah melahirkan Hanani. Hanani kemudian diserahkan kepada Rauf untuk dibela dan dipiliharanya, padahal kehadiran Hanani dalam rumah tangga Rauf tidak pernah disenangi oleh isterinya Enon. Sebab itu Hanani hidup tersisih tanpa mengetahui akan perkara yang sebenar mengenai dirinya.

     

    ~Teks di belakang kulit nobel~

     

     


     

    TAKDIR memaparkan kisah hidup sebuah keluarga yang renggang akibat tragedi yang mengaibkan. Dengan berlatar balakangkan kehidupan di Segamat, Malaysia dan kehidupan di Namly Avenue, Singapura. Dua saudara kandung; Haji Ismail hidup tenang bersama keluarganya dikampong dalam kesempitan dan kekurangan dibawah kesyukuran dan nikmat yang diberi oleh NYA, manakala Rauf hidup teggang di kota metropolitan yang mewah dengan materi dunia bersama seorang isteri yang sombong berlagak dan tiga orang anak kandungnya yang sifar ilmu agamanya.

     

    Dengan membangunkan watak-watak yang kukuh ini; Hanani, Enon, Rauf, Danial, Anuar dan Khalid, penulis berjaya mengupas kehidupan orang elite yang tipis iman dan bebas bergaul tanpa sempadan. Jurang kehidupan kota dan desa begitu ketara sekali ditulis.

     

    Takdir membawa aku hanyut dalam dunia Hanani yang penuh misteri. Perasaan sedih, sakit hati, marah dan geram berbaur menjadi satu. Aku sedih bila mengingatkan nasib Hanani yang di tinggalkan tak berayah dan beribu. Aku sakit hati pada sikap Ambri yang gelojoh. Aku marah pada Rauf yang tunduk dibawah telunjuk isteri. Aku benci pada Enon yang materi. Aku geram pada Danial yang rakus.

     

    Kerna takdir Hanani terbuang dari ayah kandung. Kerna takdir Hanani ditunangkan dalam usia yang tak mengerti apa. Kerna takdir Hanani tersisih dari keluarga. Kerna takdir Hanani bertemu ayah kandung. Dan kerna takdir Hanani dapat menebus maruah ibunya kembali.

     

    Dengan gaya bahasa yang rengkas dan penggunaaan ayat-ayat yang tepat membuatkan  ceritanya menyusur laju untuk di baca.

     

    Penulis cekap mengembangkan sebuah cerita biasa menjadi sebuah cerita yang luar biasa. Persoalan demi persoalan dianyam begitu teliti. Tali-temali persoalan yang kusut itu di leraikan satu persatu dengan penuh debaran. Disinilah aku selalu menilai kejayaan seorang penulis. Dan aku suka cara penulis ini menutup tirai TAKDIR nya dengan meninggalkan tanda tanya. Dan sekalung tahniah ingin ku ucapkan kepada Norisah A.Bakar berjaya membuat ku membaca hingga ke titik akhir tulisan beliau.

     

    ~Sekapur Sirih~

    Buku-buku dari PBAKL 2007 masih semak di ruang makan menanti ku. Malah buku yang ku beli pada PBAKL 2005 pun masih ada lagi yang berbungkus belum ku buka. Esok adalah hari terakhir untuk ku bermalas-malas. Lusa bang Mat dah balik semula kerumah. Aku terpaksa menanti dua pekan lagi untuk menyambung semula mood membaca ku yang terpaksa di tinggalkan malam ini. Adusss...

    Posted at 07:55 pm by ninasuria

    kaka basai
    May 29, 2007   10:26 AM PDT
     
    :) kakmon seperti ain, menunggu abang mat balik...

    kakmon jangan lupa buat biskut takdir... tu kan identiti kakmon, setiap buku yang dibaca disusuili dengan juadah pengikat cerita ahaks

    kak mon i love you :)


    kaka tangah
    May 29, 2007   11:49 AM PDT
     
    kaka basai! memang cikgu soraya tu nak kenakan kakmOn kita nih.. mentang2 b.mat jauh di pulo' sampai n3 dia pong merasuk kedalam mimpi ain :p

    psssttt wu ai ni >:D<
    Empok
    May 29, 2007   12:01 PM PDT
     
    kakmon, tolak tepi dulu buku2 tu. time utk pasang badan nih
    kakmOn
    May 30, 2007   07:12 AM PDT
     
    kaka basai
    biskut takdir :O *raba kontek lens kaler pink jatuh kat lantai marble kakmOn*

    Empok
    a'ah semalam dah cari bunga 7 warna, kang malam nak tengok bulan mengembang ker tak *jeling bendera Jepon berkibar luar jendela* :p
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive