Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << June 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02
    03 04 05 06 07 08 09
    10 11 12 13 14 15 16
    17 18 19 20 21 22 23
    24 25 26 27 28 29 30




    Wednesday, June 20, 2007
    Surat Ungu Untuk Nuha

    SUUN_web

    Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!

    ~~~~~~~~~

    Surat Ungu Untuk Nuha telah mengeluarkan penulisnya dari kepompong bahasa 'Gemersik' Noor Suraya Al-Adanan. Bahasa basah dan sempoi yang belum pernah dibuat sebelumnya begitu mencuit hati ku. Percubaan yang mengkagumkan.

     

    Aku suka cara dia membangunkan watak-watak didalam SUUN ini. Bersahaja. Lucu. Dan dinamis. Bibir ku asyik tersungging senyum saja bila membaca pada pertemuan awal Alang-Nuha itu. Suasana di kampong yang riuh ceria digambarkan begitu hidup sekali. Seperti aku jua turut sama bermain.

     

    Adengan-adengan lucu dan sedih Nuha dianyam penuh bersahaja. Namun cukup menggeletek hati ku. Yang paling  tak dapat menahan tawa ku dari pecah terburai; saat Nuha membalas dendam pada Alang dengan menjahit tangan Alang tanpa ubat bius. Nakalnya Nuha. Kesiannya Alang. Dua-dua jadi mangsa keadaan.

     

    Di saat Alang kehilangan nikmat penglihatannya, rasa pilu itu disampaikan penulis dengan suasana yang syahdu sekali. Sehingga aku yang tadinya tergelak tak cukup mulut jadi sendu, sesendu-sendunya.Tetapi bahasanya tidaklah terlalu melankolik seperti novel-novel beliau sebelumnya.

     

    Melihat telatah Alang yang protektif mengingatkan aku pada seseorang. Nuha yang keras karak nasi itu cair jua akhirnya dengan siraman kuah cinta Alang rebus tak empuk itu.

     

    Di bahagian akhir novelnya ini membuatkan aku berfikir dan terus berfikir. Qada dan Qadar Tuhan mengatasi segalanya. Pertemuan dua beranak yang tidak disangkakan. Akhirnya Alang bertemu ayah kandungnya yang di saat maut datang menjemput ayahnya. Raja Kamariah yang pasrah pada ketentuan Tuhan dengan cantiknya menghalau memori silam bersama bekas suaminya yang meninggalkan satu waktu dulu.

     

    Anugerah Illahi yang telah membutakan hati sepasang suami isteri yang baru mendapatkan cahayamata pertama. Walau ilmu agama penuh didada namun masih alpa pada qada dan qadar Tuhan yang di anugerahkanNYA. Airmata ku jatuh berjurai. Rasa amarah dan benci ku pada watak Engku Faisal dan isterinya Dr Raniya Wafa yang membuang darah dagingnya sendiri hanya kerana bayi itu tidak sempurna sifatnya. Subhanallah. Maha pengasih Tuhan yang menjadikan sekian alam.

     


    Di bawah ini ku kongsi bersama adengan-adengan yang tidak dapat menahan mulut ku dari terus ketawa tak cukup mulut;

     

    Nota: Teks diambil dari e-novel SUUN

     

    Adengan I

     

    Apalah malangnya nasib hari ini, semalam sudah 'sekereta-api' dengan dia... hari ini terserempak lagi dengan lelaki berambut sarang tebuan ni.

    Muzzamil pura-pura tidak perasan Nuha di belakang.
    "Hang dah gheja ka, Mil?"
    "Dak. Tak dapat lagi... ingat nak balik duduk kampung sat. Tolong abah buat bendang dulu lah, kot."
    Nak dapat kerja macam mana kalau rambut pun tak pernah bersikat macam tu. Entah ada berapa batalion kutu practise perang-perang dalam rambut tu, dia sendiri pun tidak sedar langsung. Nuha memerhati rambut tu semula. Besar seperti topi helmet angkasawan ke marikh sahaja. Hapak, sahlah dah lama tidak bersyampu ni. Fesyen macam ni dah tak dibuat orang... zaman Alleycats, zaman Boney M... bolehlah. Bau rambutnya itu sudah tercetak di blaus baju Nuha sejak semalam. Mananya tidak... bila kepala lelaki gatal itu dengan beraninya melintuk di bahunya sampai dua kali; tanpa warning.

     

    ~~~~~~~

     

    Adengan II

    "Nuha, mai sini... apa yang awak buat ni? Cuba rasa sayur ni... rasa... sayur ke serawa ni?"
    "Serawa?"  Nuha buat-buat innocent macam anak kucing jatuh dalam abu.
    "Pengat... sayur lemak kacang apa ni, manis melecas dan bubuh daun pandan pula."
    "Oh, orang tak bubuh gula dan daun pandan buat sayur lemak kacang panjang ya?" Nuha pura-pura terkejut pula.
    "Awak ingat ni bubur Asyura ke? Sengaja ya? Sengaja nak cari fasal dengan saya... ikan ni ada ke goreng sampai hangus hitam macam ni, kucing pun tak lalu nak makan, tahu."
    "Ia?"
    "Gulainya pula masinnya... awak nak bunuh saya, Nuha?"

    Kalau nak bunuh dengan masinnya garam lambat sikit kesannya, senang lagi beri racun tikus. Nuha tertawa dalam hati. Sejak semalam dia tak habis-habis menyakat aku, sekarang rasakan lah! Dia ingat aku ni, perempuan yang tiada perasaan ke? Dia ingatkan hanya dia seorang sahaja di dunia ini yang berjiwa seniman, gamaknya? Selama ini hanya dia sahaja yang ada sensitiviti... aku ni sebagai manusia biasa, tak ada rasa sebegitu... rasa sebagai seorang seniman? Banyaklah awak punya seniman, Cik Muzzamil! Hati Nuha mencemuh.

    ~~~~~~~

    Adengan III

     

    Alang menghulurkan tangannya. Nuha mula menjahit. Dia memandang muka Alang. Oh, takut ya? Setiap kali mata jarum dan benang terkena isi itu, setiap kali itulah dia membilang di dalam hati.


    Jahitan pertama ini kerana; Alang pandai-pandai menukar warna Kelisanya menjadi perak metalik.
    Jahitan kedua ini kerana; Alang pandai-pandai aja perkenalkan Faisal dengan Raniya.
    Jahitan ketiga ini kerana; Alang mengambil tips sampai RM100 ringgit dan aku terpaksa mengikat perut untuk makan sampai cukup dapat gaji.
    Jahitan keempat ni kerana; Alang menipu dan menyamar sebagai polis di simpang depan tu... dan roadblock; Alang kan tahu aku tidak ada lesen, dia cuba menakut-nakutkan aku... bencinya!

    Nuha melihat semula wajah Alang yang sedang menahan sakit dan pedih tu semula. Dia jadi kasihan juga, tetapi rasa TIDAK kesian tu lebih banyak; rupa-rupanya.

     

    .

     

    Jahitan yang kelima... masih belum selesai. Dengan kekoknya, Alang memotong benang yang masih bersambung dengan jarum itu dengan tangan kanannya. Dia segera berlalu pergi: tanpa ucapan terima kasih. Nuha belum lagi menjahit luka hatinya yang kelima. Marlia dan Badli saling berpandangan.

    Sejak itu, dia tidak pernah nampak Alang untuk beberapa hari.

     

    ~~~~~~~

     

    ~Sekapur Sirih~

     

    Walaupun SUUN ini telah awal di lahirkan di alam maya, iaitu sebuah e-novel di weblog http://noorsoraya.blogdrive.com yang bertema 'Buat Menyapu si Ayer Mata'. Disanalah tempat si penulis meraut penanya bersama tetamu-tetamu yang tidak kenal siapa. Di situ lah juga aku bertengek mengintai tulisannya hari demi hari sehingga usai kiriman surat ungu untuk Nuha itu.

     

    Namun masih ada X-Factor yang membuat aku ingin membaca lagi di versi 'carbon-copy'. Memang aura membaca di kedua-dua media itu punya rasa yang berbeza. Ditambah lagi dengan adengan-adengan '3T'(Tinggal Tanda Tanya) yang membuatkan aku tidak mahu meletakkannya hingga ke titik akhir.

     

    Pada perspektif yang lain pula aku dapat melihat penulis cuba berdakwah dengan cara yang manis didalam tulisannya itu. Mesejnya jelas. Nasihatnya lembut meresap ke jiwa. Inilah faktor kenapa aku suka sangat hasil pena Noor Suraya Al-Adnan.

     

    Akhirnya ingin ku rakamkan setinggi terima kasih ku atas titipan Surat Ungu Untuk Nuha untuk ku membelek diri yang serba kekurangan ini.

    Posted at 12:02 pm by ninasuria

    wanAmalyn
    June 20, 2007   05:21 PM PDT
     
    kakmOn,
    sesungguhnya SUUN ini benar2 meninggalkan kenangan yang paling manis dalam hidup wan... bukan setakat 'ceritanya' yang digarap dengan begitu indah sekali... tetapi SUUN juga telah menjadi penghubung ukhwah yang paling manis dalam hidup wan...!
    bonda
    June 20, 2007   09:53 PM PDT
     
    Assalamualikum, saya suka nyanyian tanjung sepi namun buah tangan noorsuraya kali ini agak unik, memang tidak adil jika dibandingkan diantara keduanya. Masing2 punya kekuatan tersendiri. Semoga penulis akan terus memberi kelaianan pada buku seterusnya. Shabas
    AKuP
    June 21, 2007   11:05 AM PDT
     
    KakMon..windunya... AKuP setuju 300% dengan Kak Wan.. SUUN cukup menyentuh hati.... emm..tapi sume hasil tulisan kaksu menyentuh jiwa dan menusuk kalbu..hehehe..
    kakmOn
    June 21, 2007   05:39 PM PDT
     
    wanAmalyn
    memang SUUN adalah tautan kasih antara benua.. disana kakmOn kenal wan, disana jg kakmOn bertemu keluarga macik raja.. kita berkumpul, bermesra, ketawa menangis bersama alang dan nuha... menjadikan kita semakin dekat walau dipisahkan dengan lautan cina selatan...

    terimakasih kaksuuuu menyediakan dangau macik raja..

    Bonda
    waalaikumsalam, apabarnya? wah semakin rajin sd mengulit buku ;)

    Gurindam sd baca? misteri adriyana ku fitri terlerai sd.. cari di meslia ;)

    Akup
    kakmOn pon ;) sd lama inda menyubuk di tabok YM.. tenet jd biskut :(
    Bunga
    June 22, 2007   12:19 PM PDT
     
    Bunga pun sdg baca tuh.. blm selesai lg.
    btw ayo kak mon k rumah bunga lah..*paksa hrs mau*.

    selalu sj SB kakmon tak bs bunga entry :(
    nina
    June 23, 2007   02:50 PM PDT
     
    bunga... kakmOn takut dong lho, belum bisa kutip kembangnya :p
    noor suraya
    June 25, 2007   07:51 PM PDT
     
    Salam Nina,

    Terima kasih kerana sudi melontarkan rasamu tentang suun...

    ulasan semanis sepotong coklat

    :) kaksu
    ruby
    June 26, 2007   10:33 AM PDT
     
    kakmon, kita pun suka adengan nuha jahit luka alang itu. masa itu excited sgt nak lepaskan ketawa aje.

    dan satu lagi adengan rambut alang penyek lepas terjun kolam. macam anak kucing parsi jatuh longkang (silap ke?) hahaha...
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive