Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << July 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30 31




    Tuesday, July 10, 2007
    Nyaman???

    Bila tiba bang Mat menjadi P.A kakmOn dirumah. Aku lah satu dari seratus isteri yang paling bernasib baik. Agaknya??? Keluar kerja semua kerja rumah di bereskan suami. Pakaian siap dicuci, di jemur dan digosok. Lantai dapor licin berkilat. Makanan siap di saji. Anak-anak cantik mulus penuh disiplin.

     

    Itu cerita semalam. Dan dua hari lagi bang Mat akan balik bekerja ke luar pantai,seperti biasa... Adakah esok akan indah seperti semalam??? Adussss...

     

    Kek cawan sanang dan nyaman

     

    5 biji telur gred A

    170g tepung naik sendiri

    200g gula kastor

    1 s.t ovallete

    1 s.t esen vanilla

     

    Pukul semua bahan diatas hingga gebu. Masukkan 250g mentega cair perlahan-lahan, kaup dan balik-balikkan hingga sebati. Masukkan dalam kantung paip, dan paipkan kedalam mangkok kertas comel. Taburkan keju parut dan bakar dengan 190c selama 10minit. Hidangkan sementara panas.

     

    ~Sekapur Sirih~

    Hari ini aku baru dapat mengangkat muka walau di pundak ku masih ada lagi batu yang menghimpit. Syukur, kurang dua minggu lagi aku akan dapat penganti P.A ku yang baru setelah kejadian permasalahan ejen amah yang rakus. Aku tersepit diantara ejen, sub-ejen dan teman. Rasanya aku umpama kerbau yang cuba melepaskan pelanduk(kencil) di mulut buaya. Akhirnya diri sendiri yang kena tungap. Inilah akibat orang yang terlalu baik hati sangat. Mengasihani orang padahal diri sendiri pun dalam kesusahan. Terimakasih atas pengajaran itu.10 guni beras itu ku halalkan agar aku tidak lagi di bebani masaalah yang ku tempah sendiri. Satu masa kau pasti mengerti jua.. Yang pasti aku ingin ketenangan jiwa dan rasa yang sepurnama ini telah hilang..

    Posted at 12:36 pm by ninasuria

    nor ash burn
    July 13, 2007   01:41 PM PDT
     
    kakmOn! kek mcm nielah yg sy paling suka.. senang nk buat dn mesti sedap dimkn! ada lg tak resipi yg mudah2 utk org pem***s mcm sy nie cuba?
    kakmOn
    July 14, 2007   02:44 PM PDT
     
    *bisik kat tinge norash* kalo nak kasi ko resepi... rasa2nya lah kan pasti cik klavu yg gunakan nanti.. tak payah lah, buat penat cik gayah jer :p
    kakmOn
    July 15, 2007   12:58 PM PDT
     
    rinnchan
    awat :O
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive