Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << August 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04
    05 06 07 08 09 10 11
    12 13 14 15 16 17 18
    19 20 21 22 23 24 25
    26 27 28 29 30 31




    Monday, August 06, 2007
    Labyrinth

    labyrinth front_web

    Harga: RM18 senaskhah
    Harga istimewa untuk pembelian melalui pos: RM15.00
    (pos percuma dalam Malaysia)
    *****

      Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah 'lantai' untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!
    Kamal
    Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi? 
    Dani
    Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya.
    Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira?
     
    Maira
    Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang! 

    Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.
    lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?
    lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya? 

    Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya.  Siapa?

    ~teks di luar kulit novel~

    Imaen boleh dilawati di www.imaen.blogdrive.com


     

    ...Dia bangun dan mencapai tukul besi. Membuka ikatan mangsa dan membaringkannya ditengah-tengah ruang. Kedua-dua tangan dan kaki mangsanya di depakan. Dia mula memukul kepala mangsa bertalu-talu sambil berteriak kegirangan. Habis bersepai segala tisu, segala otak dan segala tulang hingga hancur, baru dia berhenti. Puas!

    Dia pulang keriangan.

    ~*~

    ...Kamal belum lagi menunjukkan tanda-tanda sudah mual dengan apa yang disuap ke kotak fikiran hari ini. Polis perempuan itu juga masih ligat bekerja hiperaktif, sedikit overact seperti dialah polis yang paling pandai...

    ~*~

    ...Untuk menghilangkan rasa bosan dan lapar Dani kembali membaca teks tulisan pembunuh misteri itu;

    Quis Custodiet Invict Solis

    Akulah angsa yang terbang ke syurga

    mengintai di sebalik daun awan

    memerhati manusia dalam rakus menelanjangi bumi

    merompak hartanya memperkosa khazanahnya membunuh isinya

    lalu dalam kerdilku aku menangis

    aku cari tuhan aku jelajahi semua rumah ibadat - dari masjid hingga synogue

    memanjat seribu doa memohon seribu permintaan

    manusia menangis di dalamnya

    orang menangiskan takutkan neraka

    orang menangiskan mimpikan syurga

    sedikit yang menangis mencari Tuhan

    sedikit yang menangis bimbangkan milik Tuhan

    lalu tuhan mengutus aku

    akulah kuda perang berlari kencang dari suralaya

    menjadi wilmana mengusung panji yuda

    menenggalkan kapala sang pendosa

    menghantar mereka ke neraka

    tanpa kepala mereka sesat dalam kegelapan!

     

    Imaen kembali lagi dengan Labyrinth, setelah berjaya memikat ku dengan Vendettanya. Dalam waktu kecederaan ku cuba memasuki Labyrinth. Seperti juga Kamal, aku menggunakan cara ku tersendiri untuk memecah dan mencari jawaban rahsia Labyrinth Imaen ini dari lorong-lorong waktuku yang tak pernah senggang.

     

    Apa yang dapat ku simpulkan disini, Imaen memang punya mata pena yang tajam. Aku suka gaya bahasanya yang mesra alam. Seni penanya beralun cantik. Dia juga punya X factor yang dapat menarik pembaca terus membaca tulisannya. Kadangkala aku tersunging senyum dengan lawak nakal lelakinya.

     

    Kali ini tulisannya memang benar-benar  membawa minda ku turut bekerja keras. Berfikir. Mengali. Menilai. Terlalu sarat dengan ilmu. Kalau dulunya dia menghidangkan Vendetta yang simple. Straight forward. Tapi kali ini  Labyrinth benar-benar telah mencabar mindaku. Aku terpaksa menyusur perlahan takut ada petunjuk pembunuh misteri yang ditinggalkannya terlepas baca.

     

    Oh! Rupanya penulis ini menyulam cerita pembunuhan kejam ini dengan cerita cinta lelaki melayu terakhir; Dani. Cerita pembunuhan misteri itu cuma bingkainya sahaja. Namun aku suka cara penulis menggarap cerita ini. Macam-macam ada. Dalam lelah ku mencari siapa pembunuh misteri itu dia sajikan aku menu antarabangsa. Dari hidangan Desa hingga ke Kota dan langsung ke Metropolitan. Dia bisa menterjemahkan lukisan rasa setiap hidangannya. Superb!. Ku rasa penulis ini adalah seorang penonton siri @stro; Travel & Living dan Discovery yang baik. Dan mungkin jugak sudah menonton drama Korea; Jewel In The Palace.

     

    Pada satu ketika, aku hilang arah. Akak keliru(versi Ogy dalam AF5) tetiba terpacul Dr Aqmar dan Sharifah Khalida kat situ. Apakah aku sedang membaca tulisan Noor Suraya. Kerna ku tahu, itu adalah trademark Noor Suraya; tiap watak dalam satu-satu novelnya punya kaitan bersama.

     

    ~Sekapur Sirih~

     

    foto ini kita rompak di Jupiter Image Web

     

    Parmessan Chicken with homemade tomato sauce Versi Imaen 

     

    Bahan-bahannya:

    2 keping isi dada ayam(bersihkan, buat poket untuk memasukkan keju dan tinggalkan separuh tulang sayapnya, tengok gambar diatas)

    keju Parmesan

    keju Mozzarella

    Stok perang

    Mire-poix (campuran bawang besar, lobak merah dan celery)

    Bouquet garni/garnished bouquet (secekak herba yang di ikat menjadi satu, misalnya basil, daun salam, burnet, celery, chervil, rosemary atau terragon)

    Lada hitam

    Roma tomato

     

    Cara-caranya.. Emmm.. Cara-caranya(versi hantarannya Siti Tanjung Perak) Hehehehe.. Anda kena baca novelnya; Labyrinth. Tidak rugi mendapatkannya. Banyak resipi-resipi yang kita dapat pelajari. Bukan saja siri Jamie Oliver bahkan Made to Oder jugak. Pada sesiapa yang terlepas dengan resipi morocco Kambing Tanjine.. Nah! ini peluang untuk anda mendapatkan ilmu masakannya..

     

    Dan terimakasih juga untuk Imaen yang turut mempromosikan Kek Lapis Raja Isteri dalam novelnya itu. KakmOn terkedu. Betul-betul terkedu. Rupanya gurauan kakmOn di n3 Vandetta lalu diambil perhatian... Terimakasih sekali lagi Imaen.

    Posted at 12:19 pm by ninasuria

    imaen
    August 6, 2007   08:54 PM PDT
     
    tq kakmOn sebab tulis semula resepi tu. Pertama kali saya memasaknya ketika bekerja sebagai chef di sebuah restoran. Seorang kawan datang dan dia yang pernah kerja di hotel Hyatt, kerana saya si chef itu kawannya, dia meminta sesuatu yang tiada dalam menu. Jadi saya tengok apa yang ada di dapur dan saya masak resepi ini untuknya. Dia merasanya dan mengangguk. Saya segan untuk bertanya. Apa maksudnya saya tidak tahu. Dan selepas itu setiap kunjungannya dia selalu meminta sesuatu yang lain. Rasa seperti jadi tukang masak untuk maharaja Cina. btw saya tak tengok drama Korea.
    kLavu
    August 7, 2007   11:27 AM PDT
     
    whoa takutnyer dgn manusia bernama imaen nie, rasa dekat2 jer ngan kiter *toleh kiri kanan*
    kakmOn
    August 7, 2007   11:34 AM PDT
     
    wah! rupanya Imaen ni iron chef, ngeri kakmOn *tutup muka merona celak 50sen*

    btw ending cerita tu, kalau Imaen mainkan lagi babak ngeri salman ngan hanani lagi la cantik. Atau sembelih aja leher hanani si mulut lazer tu baru ade klimaks. Pasti kakmOn beri 5* seswai..

    walauapa2pun SYABAZ Imaen, keep writing rare specis YAH!
    kakmOn
    August 7, 2007   11:38 AM PDT
     
    ooops cruelnye kakmOn..

    Klavu... ko da bis baca ker?? ehmm rasa dekat tapi jauh *toley kiri-kanan cari Pink Jambu*
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive