Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << August 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04
    05 06 07 08 09 10 11
    12 13 14 15 16 17 18
    19 20 21 22 23 24 25
    26 27 28 29 30 31




    Saturday, August 11, 2007
    Terkena Sumpahan Si Mata Sepet

     

    "Istana telah benarkan saya buat makanan yang ingin saya buat. Benarkan saya merawat pesakit. Juga membiarkan saya bertemu dengan suami saya. Istana menyebabkan saya kehilangan ibu. Juga kehilangan Puan Han. Nyaris-nyaris kehilangan nyawa sendiri. Bagi saya istana tempat begini. Seperti boleh mempunyai segalanya. Tapi ia akan merampas benda kepentingan saya. Seperti boleh biar saya buat perkara yang ingin saya lakukan. Tapi ia juga akan menyebab saya kehilangan segalanya. Kesemuanya kelihatan sangat mewah. Tapi ia adalah tempat yang sedih"

    ~ Da Jang Geum~

    Sebuah kisah benar tentang seorang perempuan yang bernama Jang Geum yang telah menjadi wanita lagenda Korea. Riwayat hidupnya yang menyayat hati. Dari kecil ibu dan ayahnya meninggalkannya. Ibunya adalah seorang Dayang Istana yang telah dibunuh oleh perbuatan khianat Puan Chui(Ketua Dayang Istana) . Ayahnya seorang askar yang telah dipenjarakan, juga kerana masaalah politik istana.

    Aku suka watak kecilnya yang cerdik, lucu, berani dan keras hati itu. Demi merealisasikan impian ibunya, Jang Geum bekerja keras untuk dapat masuk ke Istana, menjadi Dayang Kecil Istana. Tanpa di sedarinya dia bertemu musuh ibunya; Puan Chui.

    Puan Han(Ketua Dayang Dapur Istana)mengambil Jang Geum sebagai anak muridnya kerana melihat Jang Geum yang berbakat besar di dapur. Mereka kemudiannya menjadi sahabat yang sangat rapat.

    Jang Geum semakin membesar dan menjadi seorang gadis yang cantik dan cerdik. Hobinya yang suka membaca buku perubatan dan meneroka hutan, bukit dan sungai itu menambahkan lagi pengetahuannya tentang bahan-bahan alami yang menyimpan 1001 rahsia sumber kelazatan dan kesihatan makanan.

    Banyak ilmu masakan yang dapat di kutip di episod ini. Rupanya mereka menambah bumbu istemewa yang resipinya tersimpan rapi menjadi rahasia keluarga. Bahan-bahan perisa memainkan peranan penting dalam masakan mereka. Sos kacang soya, cuka, kimcai, lobak dan beberapa jeruk yang aku tidak pasti spesisnya di perap didalam tajau dan di biarkan diluar rumah. Ada yang sos tajau itu ditanam didalam tanah untuk menambah rasa yang yang luar biasa sedapnya. Cuaca, musim yang berganti dan juga debunga memberi efek rasa berlainan kepada sos-sos yang mereka buat.

    Aku suka prinsip tukang masak istana itu. Untuk menjadi tukang masak yang baik mestilah memasak dengan jiwarasa ceria dan ikhlas. Memasak untuk mengenyangkan rohani dan jasmani si pemakan. Bukan saja rasa yang di ambil kira, persembahan hidangan juga di titikberatkan. Warna, bentuk, tekstur dan saiz makanan di olah begitu berseni. Aku terkagum melihat hidangan yang di sajikan.

    Tika Jang Geum kehilang deria rasa, dia dapat menzahirkan rasa dalam lukisan hidangannya. Bukan itu saja malahan Jang Geum berupaya menewaskan tukang masak handal istana(Puan Chui yang tersohor dengan resipi rahsia turun temurun datok neneknya). Pahlwan China yang terkenal gagah dan cerewet itu juga akur dengan kehebatan hidangan kesihatan Jang Geum. Lalu Maharaja telah mengiktiraf Jang Guem sebagai pakar permakanan wanita pertama Korea dan sekaligus menambahkan rasa sakit hati Puan Chui yang tersedia menaruh dendam pada Jang Geum. Lalu dengan sepakat Puan Chui dan beberapa orang menteri istana memfitnah Jang Geum dan Puan Han sehingga di jatuhkan hukuman buang negeri dan di jadikan hamba abdi.

    Semasa Jang Geum dalam buangan, dia bertemu dengan seorang tabib wanita yang handal tetapi tersangat garang. Demi menebus meruah ibu bapa serta Puan Han, Jang Geum sanggup belajar ilmu perubatan pada tabib wanita yang garang itu. Inilah satu-satu peluang untuk Jang Geum  masuk ke istana semula.

    Jang Geum berjaya memasuki sekolah perubatan intensif istana dengan halangan yang menyakitkan. Masa dan keadaan menjadikan Jang Geum seorang pelatih tabib wanita yang cekal dan bijak. Akhirnya Jang Geum berjaya melepasi ujian perubatan yang sukar itu. Sekaligus memberi dia satu lesen untuk masuk ke dalam istana kembali dan bangkit membalas dendam.

    Dayang istana adalah hak mutlak Maharaja. Tiada lelaki yang bolih menyentuh atau berhubung kasih dengan mereka. Jika perkara itu terjadi, maka ia adalah satu dosa yang tidak dapat di ampunkan. Hanya mati sahaja mahkahmahnya. Pada ketika itu jang Geum sudah terlanjur kasih pada Pegawai Pentadbir Istana; Tuan Min Jio Ho. Dan Tuan Min Jio Ho juga punya perasaan sama kepada Jang Geum.

    Setelah berjaya merawat penyakit Maharani Balu dan berjaya menghentikan wabak penyakit yang berjangkit dikalangan rakyat, Maharaja pun mengambil Jang Geum sebagai tabib wanita peribadi baginda. Baginda menganugerahkan pingat 'Pegawai Pangkat 3' dengan gelaran 'Jang Geum Yang Mulia'.

    Rupanya, budi bahasa dan kecerdikan serta kecantikan Jang Geum menambat hati Maharaja dari mula lagi. Baginda baru menyedari perasaan cintanya itu hadir setelah Maharani Balu murka dan mensyorkan Baginda mengambil Jang Geum sebagai gundik.

    Ikutilah sendiri kisah hidup wanita lagenda yang jelita ini...  Memang patutpun drama ini popular di Asia.

    Bila cinta ku kembali..

    Bila cinta ku pergi...

     

    Sungguhpun telah menimbunkan

    kesan perasaan beribu tahun

     

    Ku terbang bersama angin

    Tapi tiada cinta ku temui

     

    Dimana cinta ku

    yang meninggalkan ku kesunyian

     

    Cinta yang berputar

    menghilang mengikut angin

    terbenam didalam gunung

    seperti bintang dan bulan

     

    Seperti mengukir embun pagi

    Sungguh pun cantik

    ia akan beransur hilang

     

    Ku berdiri di lantai luas tanpa sempadan

    memandang kearah pantai

    hati ku ikut bersama sungai

    menghilang di dalam laut

     

    ~Sekapur Sirih~

    Sudah lama aku meninggalkan drama si mata sepet ini. Entah angin apa yang membawa ku menukar channel RTB2(memang tak pernah tengok pun) pada malam itu. Seorang gadis sedang tekun memotong sayur, cendawan, timun laut, kurma merah dan entah apa benda lagi yang aku tidak kenal spesis apa. Dia nampak cekap sekali bekerja di dapur dengan raut wajah yang memikat dan ekspresi muka yang penuh semangat. Mata ku melekat hingga keakhir rancangan. Oh! rupanya itu adalah drama bersiri Korea

    Aku baru teringat satu waktu dulu Eita si Achik da7crownies ku pernah bersuara menyuruh aku menonton cerita si mata sepet itu. Rupanya inilah yang dimaksudkannya; JEWEL IN THE PALACE. Memang betul-betul merantai tangan dan kaki ku dari membuat kerja rumah yang tak pernah usai. Dari hari isnin ke rabu, setiap pukul 8:00malam aku akan bersedia di depan kaca TV kecil ku menghadap si tukang masak yang rupawan itu. Akhirnya aku jadi tidak sabar menanti sambungan episod seterusnya.

    Pada satu tengahari yang ceria, aku bawa bang Mat pergi cari Driver Win XP dikedai lanun cina itu. Konon-kononnya lah. Dengan harga lanun BND60 untuk full episod aku berjaya mendapatkan si mata sepet itu. DUH! Aku TERpaksa BOHONG sunat pada bang Mat hanya kerana si mata sepet itu yang sekaligus menambah bebanan di bahu kiri ku.. Huhuhu ampunkan aku bang Mat... Mungkin aku sudah termakan sumpah ku sendiri yang bertalak tiga dengan mana-mana drama si mata sepet.

    Posted at 11:16 pm by ninasuria

    Em
    August 12, 2007   05:19 AM PDT
     
    kakmon, setakat ni sy masih berjaya menahan hati dari si mata sepet. tak tau la taun depan :)
    nina
    August 12, 2007   08:39 PM PDT
     
    Em! cerita ini terlalu sarat dengan dunia masakan, itulah sebabnya kakmOn jatuh cinta. Banyak ilmu masakan korea yang dikupas dlm drama ini. Juga ilmu akupunktur yg menakutkan. Isu sosio-politik juga membuka mata kakmOn. Memang berbaloi untuk mendptkn DVDnya.
    notie
    August 13, 2007   07:56 AM PDT
     
    hehehe wahhh kakmon sudah jatuh chintan ya sama si mata sepet. Org dah lama dah sejak winter sonata start main di mesia..sejak itu terpaut jiwa raga...

    Citer jang geum tu memang best seronok bila di dapur istana..la ni kat 8tv citer dlm dapur presiden pun best juga..kak mon bila pulak nak buat citer dalam dapur kakmon pulak?
    kakmOn
    August 13, 2007   09:01 AM PDT
     
    notie, winter sonata adalah drama si mata sepet yg terakhir kita tengok.. selepas itu kakmOn tobat tanak jatuh cinta lg.. tp bila melihar Jang Geum hati jatuh tertawan..

    cerita ini sarat dengan emosi, kita suka. tapi sayang heroin itu adakalanya dia hilang arah.. expressionless..

    di samping menyingkap cerita disebalik tabir dapor istana itu, kita juga dapat melihat politik kotor menteri2 istana yang memperalatkan Gundik2 dan Dayang2 Istana. Juga perebutan kuasa dan tahta...

    ooopsss panjang lak kakmOn merapik meraban pepagi nih :D :D

    btw nak selongkar dapur kakmOn, tunggu anak-cucu kita aja yang buat yah! :P

    Banyak perkara yang kita dapat pelajari disini; sosio-budaya, politik dan juga ekonomi Korea.
    AKuP
    August 14, 2007   06:09 PM PDT
     
    Kakmon..jid selalu berangan nak jadi macam dia kalu tgk citer nih.. jid selalu tukar watak dia jadi jid.. tapi dengan rupa dia..hahahaha...
    kakmOn
    September 4, 2007   04:23 PM PDT
     
    Akup
    :O

    Penyulawa
    memang ceritanya memukau pada yg suka periuk dan kuali.. bukan ilmu di dapor je.. ilmu perubatan dan kecantikan juga kita dapat ;)

    memang lima bintang stori nih.. berbaloi untuk di beli CD/DVDnya..

    dan kakmOn masih lagi berulang2 menonton part dapur tuh

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive