Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << September 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01
    02 03 04 05 06 07 08
    09 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30




    Monday, September 17, 2007
    Maju Kena.. Mundur Kena..

     

    Untuk menunaikan janji ku yang terpinda, nah ini untuk kamu. Notie! kakmOn tak ada resipi rahsia untuk Ayam Madu ini.. Masih tercari-cari bumbu apa yang dimasukan oleh Chef  INSAF itu. Smile 

     

    Ayam Madu

    1 ekor ayam. Potong ikut  berapa gerabak dibelakang.

     

    Kisar:

    3 biji bawang merah

    5 ulas bawang putih

    1 batang serai

    5 inci halia

     

    Sos

    3 biji limau nipis disari

    1 sudu besar lada mesin

    1 sudu besar sos lada LINGHAM

    2 sudu kicap kikomon

    Garam dan serbuk perasa seenak rasa.

     

    1. Ambil mangkok besar campurkan bahan kisar dan sos.
    2. Perapkan ayam bersama bahan-bahan diatas semalaman(paling kurang 1jam).
    3. Goreng atau salaikan ayam hingga masak.

     

    Sos Madu:

     

    Kisar

    3 biji bawang merah

    3 ulas bawang putih

    1 biji bawang besar

     

    3 biji limau nipis disari

    2 sudu besar lada mesin

    1 sudu makan puri tomato

    2 sudu besar sos lada LINGHAM

    3 sudu besar madu.

    1 sudu besar cuka makan atau jus limau nipis.

     

    1. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
    2. Tambahkan lada mesin, sos lada Lingham dan puri tomato,
    3. Tumis hingga pecah minyak.
    4. Masukkan cawan air dan jus limau nipis. Masak hingga pekat.
    5. Akhir sekali masukkan madu(kalau suka manis bolih tambah 2Xganda), masak sebentar hingga rasanya sebati dan pekat.
    6. Celupkan ayam yang di goreng tadi kedalam sos.
    7. Hidangkan bersama nasi briyani.

     

    ~Sekapur Sirih~

    Sudah lima malam kita berterawih. Memang menakjubkan ku. Malam-malam masjid penuh sesak dengan para jemaah yang tidak mahu melepaskan peluang mengumpul saham di SANA. Begitu juga kami lima beranak. Selepas usai berbuka dan solat maghrib kami terkocoh-kocoh ke masjid di sebelah kampung. .

     

    Hari pertama keadaan aman. Sof jemaah cantik tersusun. Semua jemaah penuh syahdu menghayati alunan suara Imam di depan. 

     

    Hari kedua bang Mat bertukar selera. Kami di bawa ke masjid yang lebih dekat dengan rumah.  Usai memberi salam solat Isya, tercacak AJK masjid dengan muka semacam, sambil melambai-lambai orang di belakang ke depan. Subhanallah. Rupanya banyak jemaah wanita yang terperangkap dibelakang pintu masjid. Mereka cuma sempat solat berjemaah di kaki lima masjid sahaja kerana sof yang sudah penuh di dalam.

     

    Kami terpaksa menambah beberapa sof lagi, hanya cukup-cukup untuk kami dapat bersujud . Bayangkan badan kakmOn yang sebesar peti ais dua pintu ini.. Oh! bukan. Sebesar peti aiskrim KINGSTON, terpaksa menarik nafas merapatkan anggota badan kesisi umpama kura-kura yang tidak mahu mengeluarkan kepala.

     

    Imam sudah mengangkat niat terawih pertama, para jemaah wanita masih bergelut dengan sof yang singkat dan berlipat. Jemaah dibelakang sudah huhahuha merasa geram pada AJK yang tidak tahu sopan santun itu. Aku terus mengikut Imam didepan. Malas nak ikut memanaskan badan saat kita menghadapNYA.

     

    Rakaat pertama berlalu dengan aman. Tiba-tiba saat ku sujud terasa kepala ku di himpit jemaah didepan. Adusss...Begitu juga bila ku menjungkitkan punggung ku untuk berdiri, terasa kepala jemaah di belakang pulak berlaga dengan punggung ku. Hingga satu saat aku terasa didalam kelambu. Bila telekong jemaah di depan menudungi ku ketika aku masih lagi sujud. Begitulah aktiviti sondol menyondol berterusan sehingga usai solat terawih.

     

    Mungkin itu sudah bahagian ku. Juga bahagian mereka yang terkena dan dikena. Balik kerumah aku tersungging senyum mengenangkan situasi kami tadi. Betul kata si Dono pelakon komidi dari seberang itu; 'maju kena mundur kena'.

    Posted at 12:51 pm by ninasuria

    Em
    September 17, 2007   09:33 PM PDT
     
    malam pertama pun kita dapat kaki lima juga tapi nyaman... open air gitu
    kaksu
    September 18, 2007   03:12 AM PDT
     
    kakmon love ur n3 :)
    notie
    September 18, 2007   08:00 AM PDT
     
    salam ramadan kakmon...wohuuu cunnya resepi dn gambor...cayang kakmon*hugs kuat2* 1 juta ops bukan 1 trilion TQ ya kak mon atas resepi itu... baru tenguk resepi dah rasa sedap belum lagi mencubanya..0pss posa le

    kakmOn
    September 19, 2007   09:35 AM PDT
     
    Em
    kalo kat Bonai, jarang sekali oh bukan, tidak pernah kita nampak jemaah wanita solat kat kaki lima masjid..

    tp kan, sonok gak dapat fresh air kat luar dr kita berebus dlm sauna :D

    kaksu
    Kita hairan lah, tahun lepas pon cerita yg sama, ingat AJK masjid tu dah menerima pengajaran.. Oh rupanya.. tidak. Padahal, space tu bole dibesarkan lagi.. Penduduk mukim itu dah semakin membiak.. takkan dorang tak dpt pikir kut..

    ooops sesungguhnya saya berpuasa hari ini
    kakmOn
    September 19, 2007   09:37 AM PDT
     
    Notie jangan tak coba, penat kakmOn ketok keyboard tau :p

    btw cerita guli itu sila rujuk, jawapan comment ADHAN.. so coklat yg kakmOn pos tu ada lagi kan??? aaaah guna coklat tu untuk membalut guli2 tu eik ;) semoga berjaya :D
    Em
    September 19, 2007   06:48 PM PDT
     
    tumpang bagi info kat notie, tepung hong kong ada jual kat sini dah.. berguni2 kat kedai tu hehe
    nina
    September 22, 2007   09:00 AM PDT
     
    Em kalo dah sampai berguni2 tu tak dapat kakmOn nak buka bisnes export tu eik :p
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive