Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << March 2008 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01
    02 03 04 05 06 07 08
    09 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31




    Saturday, March 22, 2008
    Macha(Teh Hijau)

    Aku tertarik pada puisi baru di perkenalkan dengan nama 'HAIKU' yang berasal dari Puisi Lama Jepun.  Susunan perkataannya begitu unik sekali. Setiap satu 'HAIKU' mempunyai tiga baris perkataan dengan jumlah sukukata 5-7-5. Maksudnya 5 sukukata bagi barisan pertama, 7 sukukata bagi barisan kedua dan lima sukukata bagi barisan ketiga. Peraturan  yang terikat ini telah membuatkan penulis-penulis lebih bijak mengenyam puisi mereka dengan bahasa yang singkat dan tepat, namun masih bisa melahirkan keindahan bahasa yang cukup bombastik.

    Di dalam buku ini terhimpun 150buah 'HAIKU' yang tercetus dari 1001 jiwa dan rasa yang lahir dari mata hati tiga orang penulisnya. Mereka bermain dengan irama alam, menari dengan denyut nadi dan bernyanyi dengan suara hati. Hanya perasaan halus sahaja yang bisa mengerti. Marilah kita sama-sama menghayati..


    Teh
    Sepasang cawan
    menusuk dedaun teh
    hangat genggaman.

    Lady Lan Green Tea


    Haiku ini ada 2 maksud berlapis. Lapisan yang dilihat dari mata dan satu lagi lapisan dilihat dari segi batin. Ok, ini tafsirannya.Cuba lihat cara orang Jepun minum teh panas. Cawan mereka tidak ada tangkai. Mereka genggam cawan panas itu dan lama kelamaan, tangan mereka menjadi panas. Ini tafsiran yang luar saja. Kita tengok dari maksud tersiratnya atau metafora. Apabila dua orang (sepasang cawan) yang berkasih (menusuk daun teh) sedang minum teh bersama, genggaman atau sentuhan itu menjadi hangat.

    Setiap haiku yang saya tulis ada 2 atau 3 lapisan maksudnya. Pembaca kena cari dan rasa sendiri lapisan itu.

     

    HAIKU 16: 'TEH' oleh Lelahiro Okinawa


     

     


    ~Sekapur sirih~

    Teh hijau donut
    jari mulus bertaut
    manisan bibir

    Pssstt Klela, buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

    Sesiapa yang nak resipi donut tu, masuklah kesini.


    Untuk UCU yang telah lama menghilang, SELAMAT PUJA USIA sayang dengan ucapan, bila lah kau dapat cari jalan pulang. KakmOn rindu quack quack mu..

    Posted at 11:24 am by ninasuria

    biruNila
    March 22, 2008   10:31 PM PDT
     
    akulah paus biru
    sembunyi dalam laut biru
    merenung langit biru

    hihihi... haiku biruNila, betulkan tak cikgu ninasuria?
    kakmon
    March 23, 2008   07:10 AM PDT
     
    oh cikgu noor soraya pulang paku serpeh arrrr :D

    kakNiLA memang boley diberi markah XO(ekstraodinari) mmmuah i luv puisi biru mu
    Biarlah Rahsia
    April 1, 2008   09:39 AM PDT
     
    Wah, thank you thank you. Ah, bila dah tua ni, dah tak berapa larat dah nak berquack.
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive