Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << March 2008 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01
    02 03 04 05 06 07 08
    09 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31




    Wednesday, March 26, 2008
    Laksa Johor Masyimalo

    Bahan A

    1 paket spageti

    2 keping asam keping(asam geluggur)

    1 biji kelapa (ambil santan 7 cawan)

    1 sudu kerisik

    25g rempah kari ikan

    4 sudu besar minyak (untuk menumis)

    Daun kesum

    Bunga kantan

     

    Bahan B ( direbus dan dikisar - asingkan)

    500g ikan kembung

    200g udang basah

    20g ikan kurau - di bakar

    100g udang kering di kisar

     

    Bahan C (dikisar)

    6 ulas bawang merah

    10 tangkai cili kering

    5cm halia

    5cm lengkuas

    3 ulas bawang putih

    1 sudu besar ketumbar

    s.b jintan putih

    s.b jintan manis

    2 batang serai diketuk

     

    Bahan D (ulam)

    4 biji limau kasturi di belah 2

    4 batang kacang panjang

    1 biji timun diracik halus

    200g tauge segar

    1 labu bawang besar dimayang

    3-5 biji lada merah/hijau dihiris halus

    20 helai daun selasih diracik halus

     

    Bahan E (sambal belacan)

    Lada merah 5 biji

    Belacan di bakar

    Bawang merah

    Bawang putih di bakar

    Jus limau nipis

    Sedikit garam dan gula

     

    1. Panaskan minyak dalam kuali

    2. Tumis bahan C sehingga garing

    3. Masukkan serbuk kari, santan dan Bahan B.

    4. Masukkan kerisik dan asam keeping. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

    5. Biarkan mendidih sehingga naik minyak. Jika terlalu pekat tambahkan air.

    6. Akhir sekali, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Tutup api dapur.

    7. Rebus spageti dan tambah satu sudu besar minyak supaya tidak melekit. Kemudian toskan.

    8. Untuk sambal belacan, tumbuk atau kisar semua bahan E.

     


     

    Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula!

    Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!

    Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....

     Rumah No. 11

     Rumah No. 9

    Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.

    Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.

     

     

    Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:

           * Kereta Perdana vs Kereta Kancil
          
    * Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
          
    * Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna
          
    * Muzik si pemuda bukan selera si pemudi    

    Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.

    Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?

     

    ~Sekapur Sirih~

    Laksa Johor Masyimalo adalah hidangan pengikat kasih antara MrLapOk dan masyimalo_8271 dalam novel kedua Ruby Hazri yang berjudul KOPI SUSU SEPATU BIRU. Sebenarnya novel ini sudah lama dalam simpanan ku. Kerja wajib yang menggunung menutup deria 'rasa' untuk ku mengulit. Beberapa kali ku baca barisan ayat muka pertama masih belum dapat membangkitkan 'rasa' untuk ku menyelusuri. Ku selak lagi lembar kedua ketiga hingga ketujuh. Pun tiada ada yang dapat mengikat ku. Lalu novel itu ku pinjamkan pada teman sekantor yang punya hobi yang serupa dengan ku; membaca. Selepas tiga hari, dia kembalikan novel itu dengan senyuman yang meleret. "Nah! Cuba baca dari tengah. Cali(lucu)". Ku selak beberapa muka surat di bab 2, pun masih tiada 'rasa'. Buku itu ku simpan kembali tanpa mengikuti saranannya.

     

    Memang bukan sifat ku membaca sesuatu novel dengan lompat katak atau berenang kuak lintang. Jadi buku itu ku pinjamkan lagi pada cik antu 'ITU'. Masa terus berlalu dengan kerja wajib ku yang tak pernah usai.

     

    Sehinggalah pada subuh isnin... Usai solat subuh bang Mat sudah terebang dengan mata belalang ke Seria. Aku mengemas ruang tamu yang masih berantakkan selepas kelas dekorasi kakmOn petang ahad semalam. Dalam aku mengemaskan buku-buku dan majalah-majalah yang bersepah tiba-tiba aku ternampak novel itu lagi. Ku tarik keluar novel itu, selak lagi dan terus membaca semula dari halaman pertama.. keempat.. kesepuluh..  hingga aku terlajak jauh. Leyinah datang mengejutkan aku.. Uwaaaa jam sudah menunjukkan pukul 7:20 pagi. Aku sudah terlambat.

     

    Dalam perjalanan aku sambung membaca balik.. Yeyeyeyeyeh MrLapOk si Ruby ini telah berjaya mengembalikan 'rasa' ku yang telah lama hilang itu. Terimakasih Ruby. Sesungguhnya buah tangan Ruby yang kedua ini benar-benar membuatkan aku asyik tersenyum panjang hingga ke telinga. Memang adengan-adengan yang lucu dicetuskan Ruby ini mengeletek hati. 

     

    Walau ceritanya tersangkut-sangkut di bab 46 47 namun percubaan berani Ruby menulis adengan rompakan itu patut di beri pujian. Ruby hanya perlu membuat sedikit homework untuk menulis aksi-aksi rompakan yang lebih 'real' dan mendebarkan. Begitu juga suasana kerja di dalam bank itu, nampak lenggang dan sunyi.

     

    Di harap satu waktu nanti Ruby bisa menulis cerita thriller pula. Memang tidak rugi novel romantik-komedi Ruby ini dibuat koleksi. Didalamnya terdapat berbagai rasa seperti makan Laksa Johor itu juga. Syabas Ruby dan terimakasih mengongsikan resepi Laksa Johor Masyimalo yang tak boleh lelap malam ini Tongue

    Posted at 06:23 am by ninasuria

    kaksu
    March 26, 2008   09:53 PM PDT
     
    hulur sia nak bawa balik laksa untuk che mat ros**
    kakmOn
    March 27, 2008   09:49 AM PDT
     
    kaksuuuu, kita pun tak tahu cik ruby kita bawakan kita laksa johor nih, sehinggalah ari isnin itu :D

    kalo kakmOn turuti saranan teman itu pasti dah lama kakmOn tak lelap malam mengingatkan laksa masyimalo ni kan???
    ruby
    April 10, 2008   08:56 AM PDT
     
    uwaaa... apasal kita tak tau, kak mon ada buat review kopi susu sepatu biru sinih?

    Kak mon, itu resepi laksa masyimalo. bukan ruby punya!!! :P
    ruby
    April 10, 2008   08:59 AM PDT
     
    Ya ampun!!!
    kak mon, genre thriller... bukan lubang ruby. yang seciput itupun kena tunjuk ajar gak...ahaks

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive