Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << April 2008 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30




    Wednesday, April 30, 2008
    IKAL

    "Pelajar-pelajar ku, mengembaralah... jelajahi Eropah, jamah Afrika, temukan mozek-mozek nasib mu di pelosok-pelosok dunia. Tuntut ilmu sampai ke Sorbonne di Perancis, saksikan karya-karya besar Antoni Gaudi di Sepanyol."

    LASKAR PELANGI - SANG PEMIMPI - EDENSOR

    Penulis: Andrea Hirata

    ****

     

    Saat ini hati ku masih bergetar dengan frekuensi yang sukar untuk diterjemahkan getaran apa yang sebenarnya sedang bergema lalu melonjak-lonjak kemudian meledak dan terus mengalir dalam pembuluh darah ku. Rasa itu hadir setelah usai membaca dua diantar tiga buah Tetralogi Laskar Pelangi, hasil tulisan Si Ikal a.k.a Andrea Hirata Seman, anak muda dari pulau Belitong di kepulaun Sumatera Selatan yang meraih gelaran sarjana ekonomi dari Universiti Indonesia dan S2 dari Sheffield Hallam University. Inilah rasa getaran yang sudah lama tidak ku perolehi setelah khatamnya ku baca Nyanyian Tanjung Sepi novel dari penulis yang kaya dengan kosa kata yang bombastik ini.

    Aku berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis informal diskusi bersama si Ikal yang diterbangkan khas dari Jakarta ke PWTC KL oleh PTS Publication untuk mengongsikan pengalamannya menulis Tetralogi Laskar Pelangi.

    Petang itu, aku baru tahu yang Si Ikal itu rupanya adalah seorang 'penulis tersepak' yang berjaya memecahkan rekod sejarah novel Indonesia dengan terjualnya 30,000 buah naskah Laskar Pelangi dalam masa tiga minggu dan telah berjaya mencapai 500,000 hingga ke hari ini. Menakjubkan bukan?

    Kenapa ku katakan dia seorang 'penulis tersepak'? Yah! Dia penulis yang katanya menulis dalam kecelakaan begitu. Dia menulis Laskar Pelangi cuma secara kebetulan untuk melunaskan janjinya yang sudah lama tertanam dalam hati nya. Janji seorang anak murid untuk mengangkat jasa seorang guru yang hebat bernama Ibu Muslimah dengan menghadiahkan tulisannya..

    Ibu Muslimah adalah peniup semangat kepada dua watak utama dalam Tetralogi Laskar Pelangi untuk menggapai mimpi-mimpi mereka menjadi realiti.

    Novel ini penuh jiwarasa. Sarat dengan cinta. Kecintaan pada maha PENCIPTA. Ibubapa. Guru. Tanahair. Bangsa. Sahabat. Diri sendiri. Bahkan novel ini kaya dengan ilmu. Ilmu sains. Ekonomi. Sejarah. Dan Al-Qura'an kitab TUHAN diatas segala-galanya.

    Ikal berjaya memfilemkan tulisannya dengan hanya menyusun bait-bait kata yang begitu descriptive dan tidak membosankan. Tulisannya begitu hidup dan menyentuh kedasar hati yang paling dalam. Aku dapat merasakan semangat juang Ikal dan Arai, dua orang anak melayu kampung yang ingin mengejar impian dalam keperitan hidup untuk memeluk pelangi.

    Bacalah novel Tetralogi Laskar Pelangi ini. Pasti menemui si Ikal yang polos, bijak, lucu, keras kepala dan si Arai yang tabah dan tak pernah mahu mengalah. Hayatilah sendiri pengalaman kecil mereka di sebuah pulau yang miskin harta dan kaya hasil bumi bijih timahnya. Rasailah semangat dua orang anak kecil yang meningkat remaja dan dilenakan dengan mimipi-mimpi yang ditanamkan sang guru untuk menuntut ilmu hinga ke Sorbonne. Bereksplorasilah bersama mereka mengelilingi 42 negara benua Eropah hingga ke Afrika. Pasti mereka tidak akan mengecewakan anda.

    Dan aku masih menanti ehsan adindaku untuk mengeluarkan Laskar Pelangi dari kotak doraemonnya. Seksanyaaaaaaa...

    ~Sekapur Sirih~
    Kalau ku katakan aku sudah membaca 2buku Ikal ini dua kali 'liun'(pusingan), pasti ada yang menjenggilkan mata. Itulah yang sebenar-benarnya.

    Novelnya ini lebih kepada journal kehiduppan penulis. Dari kecil dia mula belajar hingga dia meraih sarjana ekonomi di Sheffield.

    Ingin rasanya kutiupkan semangat Ikal-Arai ini kedalam hati keempat-empat anak-anak ku disini.

    Dalam
    perjalanan balik dari rumah mentua, didalam perahu, didada sungai Brunei, dibawah langit biru, semangat Ikal datang kembali. Di depan ku adik sudah mengambil tempat Tuanya(bapasaudara sulung) untuk mengemudi perahu yang kami tumpangi. Dimata ku adik sudah bertukar menjadi si Ikal yang keras kepala. Ingin menakluki laut yang luas. Memburu gajah-gajah laut yang ganas di lautan Jawa. Aduh, begitu sekali si Ikal ini menarik semangat  ku kedalam tulisannya..


    Posted at 06:15 am by ninasuria

    kaksu
    April 30, 2008   08:53 PM PDT
     
    kakmon, kau bukan aja mengoda pengunjung dengan segala jenis masakan, tetapi kata-katamu membuat dang kasum teruja hati... :D

    kakmon rasanya sudah begitu lama, karya itu dalam kotak doraemon damit?
    nina
    May 1, 2008   07:54 AM PDT
     
    kaksu sayang... mana ade kakmOn menggoda, dang kasum dia cuma tergoda tengok si Ikal Mayang tu jek hikhikhik *kelip2 bulu mata tayang kontek lense baru kaler perpel*

    pssstttt lai damit tamau bukak sebelum potong riben umah biru eh silap rumah baru :p

    Em
    May 1, 2008   01:07 PM PDT
     
    kakmon, nak kita terbang ke sana ulor laskar pelangi tak? sian kena tunggu rumah biru siap pula
    nina
    May 1, 2008   04:14 PM PDT
     
    nak nak nak, kita gebar karpet merah sambut cik em dtg * tinjau abg bangla karpet kut2 ade lalu* :p
    Akup
    May 4, 2008   09:26 PM PDT
     
    KakMon... coretanmua ini sungguh mengharukan dindamu jauh di sebarang...

    Sob...sob.... terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan kakmon & Kak Ryn....

    **Teringat saat menghirit kakmon dan kakryn ke bilik seminar... sob..sob...**
    kakmOn
    May 5, 2008   07:20 AM PDT
     
    AkuP! ampon kakmOn lupa nak stori kat sini, mcmana cik pe'ah masuk dewan dengan bakul penuh semekut hikhikhik
    *ketawa gulingn2*

    timakasih sayang, kalo tak.. tak merasa masuk dewan majlis, lepas tu dpt buku free lagiiiii Tengkie berjuta2 bulu kambing ;)
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive