Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << November 2008 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01
    02 03 04 05 06 07 08
    09 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30




    Thursday, November 06, 2008
    JemputanNYA

    Ya ALLAH, Makkah adalah negeriMu, BAITULLAH adalah rumahMu. Aku datang ke sana untuk mencari rahmatMu, mentaatiMu, mengikut perintahMu, kerana reda terhadap ketentuanMu dan menunaikan perintahMu.  Aku meminta kepada Mu sebagai permintaan seorang yang berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu, dan masukkanlah aku ke dalam SyurgaMu.

     

    Amin Ya Rabbalalamin.

     


     

     

    Tika gundah hatiku mengenang amal-ibadahku yang cuma sebesar zarah. Saat gementar badanku membelek dosa-dosa semalam yang seluas langit yang terbentang. Tiba-tiba seminggu yang lalu, saudaraku di Seberang mengirimkan sebuah bungkusan yang meredakan ombak didadaku. Menyapu resah gelisahku. Terimakasih EM. Hanya Allah Ta'ala saja yang membalaskannya. Jazakallah..

     

    Travelog HAJI Melepasi Sempadan Iman yang ditulis oleh Profesor Muhd Kamil Ibrahimbenar-benar mengajar aku erti keimanan dan keikhlasan. Aku benar-benar insaf. Airmataku laju membaca doa-doa yang dituliskannya. Sehingga bang Mat yang memandu disebelah memperli aku

    "...buku cinta apa lagi yang inda mau khatam-khatam ani? Esuk lusa sudahkan terabang. Betaubat tah!"

     

    AKu menahan sebak didada, lalu membacakannya doa penulis, patah demi patah ku baca. Suaraku bergetar. Doa-doanya menusuk lubuk hatiku. Bang Mat terdiam. Aku terus membaca lagi. Ada satu saat ku lihat dari sisi, bang Mat meraup mukanya, menyapu airmata yang tak dapat ditahan-tahan. Kami sama-sama menangis dan insaf akan kejahilan diri. Tanpa disedari kami berkongsi rasa itu.

     

    Ya Allah hanya padaMu aku berserah dan hanya tempatMu aku berlindung. Aku sujud kepada Mu Ya Allah memohon kemapunananMu. Berikanlah aku hidayah dan petunjukMu. Lapangkanlah perjalananku dan terimalah aku jadi tetamuMu. Tetamu istemewaMu. TetatmuMu yang teristemewa. Dan tetamuMu yang paling teristemewa.

     

    Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahu Akbar.

     

    ~Sekapur Sirih~

    Sebuah journal yang ditulis penulis dengan begitu ikhlas. Tulisannya yang lahir dari lubuk hati tembus menusuk jiwa pada siapa yang membacanya. Dia menulis penuh dengan rasa rendah diri dan sentiasa mengagung-agungkan Tuhan. Bahasanya mudah dicerna, santai-santai saja.  Dia berjaya menzahirkan apa yang tersurat dan tersirat dalam pencarian untuk menjadi tetamu Allah yang teristimewa. 

     

    Baginya doa-doa yang lahir dari hati adalah senjata yang dapat mempermudahkannya. Kini aku yakin bahawa doa tidak semestinya kita memohon dengan bahasa Arab yang kurang difahami maksudnya(mereka-mereka yang tidak tahu berbahasa Arab). Bacalah doa dengan bahasa yang kita fahami. Ia lebih mudah menzahirkan apa yang kita pohonkan. Bahawasanya Tuhan itu maha pendengar. Maha penyayang. Maha pengampunan. Subhanallah.

     

    Buku ini benar-benar mengajar aku untuk membelek diri. Betapa ruginya aku selama ini mengabaikan nikmat yang dipinjamkanNya. Dalam usia sudah menjangkau angka empat puluh ini, aku sudah rabun dekat. Seperti jua penulis buku ini. Perlahan-lahan nikmat yang dipinjamkanNya telah ditarik balik. Esok entah nikmat apa lagi yang diambilNya. Sedangkan Al-Quran hanya sempat ku khatamkan kurang dari lima jari.

     

    "Nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan" Ayat Ar-Rahman

     

    Benar seperti apa yang diingatkanNYA. "Demi masa manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka itu pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..." - Ayat Al--'Asr

     

    Pada mereka-mereka diluar sana, dapatkanlah buku ini pasti anda ingin mendapatkan kad jemputan dariNYA selepas usai membaca Travelog HAJI Mengubah Sempadan Iman.

     

    Pada saudara-saudaraku dan jua pembaca blog ini, disini aku mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf jika ada kata-kataku yang telah menyakitkan dan keterlanjuran yang tidak disenghajakan mahupun yang disenghajakan.

     

    Doakan Dia menerimaku sebagai tetamu yang teristimewaNya. Subhanallah. Astaghafirullah

    Posted at 08:50 pm by ninasuria

    Sri Diah
    November 7, 2008   09:15 AM PST
     
    Alhamdulillah... Syukur kehadratNya. Semoga dipermudahkan segalanya. Selamat pergi dan selamat pulang.
    ummi
    November 7, 2008   10:18 AM PST
     
    Salam kakmOn cayang..ohh baru tau yang kakmOn dlm perjalanan menjadi tetamu Allah swt. rupanya..Ummi doakan agar segalanya baik2, diberi kesihatan yang baik dan mendapat haji yg mabrur..Selamat pergi dan selamat balik ya kakmOn..doakan Ummi juga di sana nnt...gonna miss u a lot!! Muaahhh!!
    Dang Kalas
    November 7, 2008   03:15 PM PST
     
    selamat menunaikan haji kanda amaiku...
    semoga segalanya berjalan lancar, insyaAllah...
    selamat pergi dan balik....
    salam buat kanda ayang juga...
    ChengHo
    November 7, 2008   03:44 PM PST
     
    Buat NINA - Didoakan semoga beroleh HAJI yang MABRUR dan mendapat rahmat, hidayah dan keampunan sejati Maha Pencipta. Kucuplah Kaabah dengan ketelusan dan keredhaan Hati, kerana itulah yang menjadi impian semua insan, tangislah akan doa di Makam Rasul semoga kita mendapat syafaatnya di akhirat nanti. Salam Haji Mabrur buat Nina dan keluarga, panjang umur, sihat afiat dan murah rezeki - Amin.
    AKuP
    November 7, 2008   04:07 PM PST
     
    Di panjatkan doa semoga kandaku sekeluarga selamat menjadi Tetamu Allah dan selamat pulang dengan haji yang mabrur.. dan semoga dipermudahkan segala urusan.. ameen ya rabbal alamin...
    rnysa
    November 8, 2008   11:56 PM PST
     
    selamat menjalani ibadah haji. moga dikurnai sihat yg baik dan dapat menyempurnakan segala rukun.

    selamat!
    nor ash burn
    November 10, 2008   04:24 PM PST
     
    selamat menjalani ibadah haji, kakmon.. semoga mendpt haji mabrur..amin!
    BR
    November 11, 2008   06:00 AM PST
     
    Salam kakmOn. Saya doakan akak sihat sejahtera semasa menjalani rukun Islam yg kelima ini. Semoga dipermudahkan segala urusan semasa berada di tanah suci Mekah dan Madinah ya!
    Mamasya
    November 13, 2008   09:19 AM PST
     
    Salam K.Mon...

    Semoga K.Mon serta abg Mat dipermudahkan segala urusan utk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.Selamat berangkat dan mendapat haji yg mabrur...
    ruby
    December 6, 2008   06:30 PM PST
     
    Salam Kak mon,
    Arrr... lamanya tak singgah ke sini. Sekali datang dah ada berita tergempar.

    Kak mon,
    Semoga diberikan kesihatan yang terbaik ketika berada di sana. Selamat menjalani ibadah haji. Moga-moga perolehi haji yang mabrur...
    zaliana
    December 11, 2008   07:46 AM PST
     
    Assalamualaikum Kak Mon
    pada ketika ini Kak Mon pasti telah menyempurnakan semua rukun haji..
    semoga mendapat ketenangan di sana...serta haji yang mabrur dan diterima Allah..insya Allah
    nurDia
    December 21, 2008   06:06 AM PST
     
    salam...

    alhamdulillah.. lama tak menjengah ... sekali baru ku tau... nina dah selamat menjadi tetamu Allah.... moga selamat mendapat haji yang mabrur....

    moga kan ader kesempatan utk ku menjadi tetamu NYA jua suatu hari nanti... amin...
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive