Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << March 2010 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05 06
    07 08 09 10 11 12 13
    14 15 16 17 18 19 20
    21 22 23 24 25 26 27
    28 29 30 31




    Tuesday, March 09, 2010
    Dahlia

    Panggil Aku Dahlia - Noor Suraya

     
     

      "Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!" puji ayah tiba-tiba. 

    Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah? 

    Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!  

    Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.    

    Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar?  Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?     


    Aku suka cerita Noor Suraya ini. Cerita yang membawa kelokasi yang sungguh indah, sebuah ladang teh dan sebuah rumah agam yang romantik membuat aku turut bermimpi bersamanya.

    Jalan cerita yang terpeta cantik. Bahasa yang lancar dan mudah dicerna. Keseimbangan jiwarasa yang sempurna; lucu, derita dan bahagia, bumbu perisa yang membuat kita mahu membaca hingga barisan penghujung, TAMAT.

    Yang pasti si-DAHLIA kepunyaan Noor Suraya ini memang bermotivasi dan berinovasi tinggi. Sesuai untuk para remaja kita mencontohinya. Syabas Noor Suraya.

    ~Sekapur Sirih~

    Sudah agak lama aku tidak berkongsi rasa di sini. Novel Noor Suraya ini sudah lama bersemayam dalam draf blogdrive ini. Sudah sekian lama juga perbendaharaan kataku hilang.

    Dan sejak seminggu lalu mood menulis 'UP' kembali. Mungkin 'serum umeboshi' yang dikirimkan kak Lela itu membuat aku hyper kembali. Terimakasih seluas langit biru buat kak Lela yang jauh di Okinawa. Umeboshi mu membuat aku ketagih setiap pagi.

    Oh ya, hujung minggu lalu, adik sepusat-sepusingku Reyma mengejutkan ku.

    "Nah! Mau joint-venture, buat home stay tani".

    Mulutku serentak membalas, "NDA", tanpa mempertimbangkan ide Reyma yang GILANG GEMILANG lagi TERBILANG dan CEMERLANG itu.

    [Sommarblogbilder15.jpg]

    Lalu... dua-tiga-hari ini ide 'TERHEBAT' Reyma itu datang lagi memujukku. Ya Allah... angan untuk membuat cafe ala Dahlia, novel Noor Suraya itu datang kembali. Kalaulah 'cottage' itu berada diperkampungan bang Mat, PASTI aku akan menjawab YA tanpa berfikir dua-tiga kali.

    Posted at 03:05 pm by ninasuria

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive