Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << April 2010 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28 29 30




    Thursday, April 01, 2010
    Pada angin aku berpesan

     

     

    Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?

     

    Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!

    Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?

    Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka  bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.

    Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?

    Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.

    Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

    Bencikah ini...?

    Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.

    Atau... cintakah itu?

    * * * *

    Pada Angin Aku Berpesan memperlihatkan idea ADILEAH untuk mengungkap: "Aku benci kepadamu," dengan caranya yang tersendiri.

     


    ISBN: 978-967-5118-26-5
    Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
    Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 5 Mac 2010)

    ~dipetik dari laman web Jemari Seni~

    ~Sekapur Sirih~

    Novel ini aku baca dalam suasana yang panas dan berasap. Bukan di bilik sauna tau! Tapi di bawah khemah, di tengah 'majlis orang'(tiba terlebih awal dan tetiba lidah jadi kelu)... jadi faham-faham aja lah. Nak tak nak aja aku baca novel itu. Apalagi membaca awalan bab yang terlalu klise.. Jadi aku buka-katup, buka-katup dan... buka-katup.

    Hinggalah pada babak si Ariel bertemu dengan si Yasmeen tanpa jubah 'gabah-gabah'(gedabah) dan kacamata  yang 'tak muat' muka Yasmeen itu. Dan rasa membacaku tiba-tiba 'UP' kembali.

    Akhirnya... apa yang dapat ku simpulkan di sini ialah cinta wanita tidak dapat dijual beli. Itulah fitrah wanita, cinta digengam hingga ke hujung nyawa. Tapi bila dikhianati.. jangan coba-coba mendekati.. nanti 'mati'.

    Memang berbaloi memiliki novel Adileah ini. Sebuah cerita yang dapat menjadi iktibar pada kita. Dan saraanku pada pasangan yang hendak menjalani hidup yang telah diaturkan ibu bapa yang tidak direstu kata hati, dapatkanlah novel ini. Pasti anda tidak kecewa.

    Kadangkala DIA sembunyikan matahari dibalik awan hitamNYA dan  diturunkanNYA  hujan bersama petir. Lalu kita kesal. Rupanya DIA ingin mengirimkan kita pelangi yang indah.

    p/s -

    Dan... aku teringat sebuah lagu Dato S.M. Salim, bertajuk Cinta Dulu-Dulu, Cinta Sekarang. Memang lagu itu sesuai dengan novel Adileah ini. Cuba kita rujuk kembali lirik lagu tersebut.

    Hai cinta dulu-dulu
    Cinta malu-malu
    Cinta dulu-dulu
    Memang susah nak bertemu

    Bila sudah dapat bertemu
    Nak cakap apapun tak tahu
    Tegak berdiri tersipu-sipu
    Seram sejuk kaku membisu

    Sejak kecil sudah diasuh
    Pantang larang dipegang teguh
    Mulia sungguh cinta dulu
    Adat resam budaya Melayu

    Alah cinta zaman sekarang
    Sudah terlupa pantang larang
    Cinta zaman sekarang
    Di khalayak ramai dia pegang-pegang

    Kalau ditegur dia meradang
    Macam harimau nak menerkam
    Maruah bangsa sudah terancam
    Kerana perbuatan segelintir orang

    Hidup penuh berpoya-poya
    Kalau kahwin pun tak kekal lama
    Bila dah dapat yang di idam
    Habis manis sepah dibuang

    Hai cinta dulu-dulu
    Ikut nasihat ayah dan ibu
    Cinta dulu-dulu
    kalau nak kahwin bertanyalah dulu

    Berisik-risk bertanya-tanya
    Ayah dan ibu dan anak siapa
    Bila sudah berumah tangga
    Kekal hingga sampai ke tua

    Cinta dulu cinta mulia
    Ikut aturan budaya bangsa
    Hidup mereka sungguh bahagia
    Cangkul dan tanah memisahkannya

    Dan... pada angin ku berpesan, damaikan 'cintaku' hingga ke SANA. 

    Posted at 10:18 am by ninasuria

    prettybara
    April 5, 2010   09:17 AM PDT
     
    salam akak.. maaf drop msg kat cni.. kat tagboard semua xboleh.. akak pekabar? ayu dah boleh berblog di blogdrive semula.. harap sgt2 akak baca msg nie.. akak bleh bg email akak.. rindu akak sgt2..
    nina
    April 5, 2010   05:32 PM PDT
     
    prettybara
    dah lama kita 'sesat jalan', kan? Akak pun baru jer kembali ke blogdrive ini. Seronok juga membebel kat sini sbb tak 'traffic jam'. DAMAI sesangat :)

    emel akk ninasuria@gmail.com
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive