Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << April 2010 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28 29 30




    Tuesday, April 06, 2010
    Katak Oh Katak

    Buku ini mengandungi 322 muka surat dengan kata pendahuluan oleh mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka YM Dato Paduka Awang Haji Alidin bin Haji Othman.

    Katak Atas Tempurung adalah kumpulan rencana pendek yang saya mula tulis secara mingguan pada tahun 1998. Dalam buku ini hanya memuatkan tulisan sehingga tahun 2000. Ada lagi banyak dalam simpanan saya. Ada cadangan untuk memberi nama buku kedua dan seterusnya ?

    Awda boleh membeli buku ini dikedai buku Dewan Bahasa dan Pustaka. Jika awda memesan dari saya boleh juga. Harganya $B8.00 tambahan pos. Jika awda berada di sekitar BSB saya boleh hand delivered.

    ~Dipetik dari blog penulis~


    Pertama kali aku mendengar 'Katak Atas Tempurung' ini pada awal tahun 2000an di Rangkaian Pelangi FM(Radio Brunei). Ceritanya disampaikan oleh Helen Thu(sekali-sekala ada jua Hj Manaf Adam), setiap hari isnin(jika tidak silap), pukul 7:30 pagi. Dengan gaya bahasa Melayu Brunei yang santai membuatkan segmen 'Katak Atas Tempurung' itu sangat menarik dan mengamit perhatianku untuk mendengar dan mendengar dan mendengar lagi. Dan akhirnya aku menjadi si penunggu yang setia.

    Kadang-kadang aku tersenyum sendiri mendengar suara Helen yang tekun bercerita dengan penuh jiwarasa mengikut lengok tulisan penulis. Dan acap kali dia menutup segmen dengan menyebut, "Sekian dulu dari Katak Atas Tempurung oleh Hussain Rahman", automatis di kapalaku tergambar wajah cikgu Rahman yang berkapala separuh botak, yang mengajarku Bahasa Melayu Sastera di SOAS kolej satu waktu dulu. Oh pasti penulis ini 'orang lama'. Aku berbisik kemudian.

    Dan akhirnya, aku TERJUMPA jua, siapa garangan di balik KATAK ATAS TEMPURUNG itu, di SINI. Dan yang mengejutkan sekali gus mengujaku, bila rencananya itu telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Tahniah Tuan Haji Mohd Hussain atas kejayaan itu. Moga sentiasa menulis sesuatu yang dapat menjadi rujukan untuk generasi akan datang. Hidup Brunei kita, zaman berzaman.

    Dan terimakasih pada Tuan Moksin, Pegawai Bahasa DBP yang telah mendapatkan beberapa buah buku KAT ini. Aku sangat-sangat menghargainya.

    ~Sekapur Sirih~

    Hujan hampir setiap malam membasahi kediaman kami. Dan semenjak hujan itu turun, katak-katak di dalam kolam, di bawah jendela kamarku itu tidak putus-putus mengiringi tidurku dengan lagu sendu. Praaag.. Praaaag.. Praaaaag.. bersahutan bagai satu orkestra.

    Dan semenjak itu juga, aku dan suamiku menjadi ahli lompat tinggi yang paling menakjubkan. Bayangkan, sedang kita menghulurkan kaki masuk kemulut kasut, tetiba terasa benda sejuk dan licin dihujung jari kaki kita... Arghhhhhhh... Bagai aliran elektrik badan 'bakirik', geli-geleman dibuatnya.

    Katak yang di dalam kasut 'cool' saja, kita pulak yang terlebih lompat. Kekadang, dia pandang kita semacam. Digertak pun, cuma 1milimeter saja dia mengensot punggungnya ketepi. Benar-benar buat aku jadi 'gila'.

    Dan insiden yang terakhir, dia ikut bang Mat ke masjid, solat subuh. Dan bayangkan apa terjadi selepas itu. Anda pasti tahu kan???

    Posted at 06:14 pm by ninasuria

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive