Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << July 2010 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28 29 30 31




    Saturday, July 17, 2010
    Di hari lahir mu

     

    Dalam minggu ini sudah tiga biji kek fondant yang baru dapat ku hasilkan. Dan hari ini tanganku berdenyut lagi. Adusssss.. Nampak gayanya memang aku tidak boleh menguli aising fondant itu seperti dulu. Sedihnya...

     

    Sebulan sebelum tibanya hari lahir adik, dia sudah merengek nak sambut hari lahirnya yang kesebelas itu dengan penuh warna-warni.

     

    Di depanku, dia sudah menyusun panjang senarai nama kawan sekolahnya dengan senyuman dan lesung pipit di kedua belah pipinya. Aku cuma menatap matanya yang ghairah bermimpi itu tanpa kata.

     

     

     

    Hari isnin lalu tika aku sedang khusyuk menyarungkan uniform sekolah kakak ke atas anak patung itu, dia menghampiri ku lagi. "Babu.. Jadi adik birthday nextweek" dengan wajah penuh harap . Aku???? Huwaaaaaaaa

     

     

    Petangnya aku sambung lagi membuat 'kek segera' Mairah. Adik merapatiku lagi. "Babuuuuu…" kali ini kata-katanya mati di situ. Kening Ziana Zainnya sudah terangkat. Huhuhuhuhuhu anakku…

     

     

    Sehari sebelum tiba hari lahirnya. Dia mula mengeluarkan muncung dan tanduknya. Aku cuma diam dan memerhatikan kesebalannya.

     

    Tengah malam sekembali dari kelas Bahasa Arab, "Adik… happy birthday sayang". Dia laju naik keatas meninggalkan aku dan Leyn.

     

    Pagi di hari lahirnya, "Babah.. tani buatkan saja surprise party untuk adik" Aku mengejutkan bang Mat yang sedang membaca BB di ruang famili. Babah angguk saja.

     

    Petangnya, tengah-tengah buat strategi dengan Ryn di talian telefon, Leyn sudah siap menguping…  Cesssss rosak ana punya program.

     

    Akhirnya pesta kejutan adik sudah bocor. Jadi aku terpaksa buat taktik lain. Pura-pura sibuk menjahit gebar yang masih belum siap sepenuhnya di dalam gua.

     

    Selepas Asar, abang dan adik keluar bermain bola di padang Sekolah SMJA. Jadi peluang ini aku manfaatkan sepenuhnya membuat kek hari lahir adik.

     

    Alhamdulillah, masuk waktu maghrib, model kreta antik yang ku reka itu siap terbentuk tanpa pelan induk.

     

     

    Di luar  kedengaran suara Leyn bising, riuh bersama abang-abangnya. Rupanya Leyn sudah siap mendepakan dua tangannya menghalang adik dari masuk ke dapur. "Abang Lutfan inda boleh masuk sini. Kata babu mandi dulu" Adik sudah dapat mencium bau. Lalu hadangan Leyn itu dirempuhnya dengan rakus.

     

    Bila dia melihat sebuah kereta antik hitam dan warna metallic silver didepannya, senyumnya tidak dapat disembunyikan lagi. Lebar hingga sampai ke telinga. Oh anakku…

     

    ~Sekapur Sirih~

     

    Selamat hari lahir sayang. Moga menjadi anak yang soleh, taat pada orang tua dan kebahagiaan keluarga. Amin Ya Rabalalamin.

     

     

      

     

    Buat teman-teman yang lahir di bulan Julai ini jua, aku tidak lupa mengucapkan selamat puja usia, moga DIA tetap merahmati kamu semua.

     

    9hb Julai - Marsila

    10hb Julai - Sri Diah

    16hb Julai - Norisah Bakar & Anim

    17hb Julai - Notie


    Posted at 11:30 am by ninasuria

    AUntyjid
    July 17, 2010   02:13 PM PDT
     
    Happy bday Adik!!!moga makin hensem and jd anak yg soleh...:-)

    kmon... lately kenapa patung kmon asyik duduk saja? sudah tak larat berdiri ya? siannnnn... tapi kelihatan ayu dan manis semuanya.. :-)
    Kaksu
    July 18, 2010   04:09 PM PDT
     
    Luthfan,
    Tiba-tiba orang aja dia tinggi dan kurus ya... selamat ulang tahun yang ke-11... semoga jadi anak yang soleh dan disayangi Allah.

    Kak Mon, burung tiongmu pecah rahsia Kak Mon buat kek kat kita orang di BBB...

    Anim, Noteri, Norisah - kaksu tumpang ucap di sini ya... kaksu macam 'lost in space' aja lately. Tahniah juga untuk Sri Diah.
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive