Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << September 2010 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04
    05 06 07 08 09 10 11
    12 13 14 15 16 17 18
    19 20 21 22 23 24 25
    26 27 28 29 30




    Thursday, September 16, 2010
    Qada dan Qadar

    Salam 7Syawal semua. Lamanya aku tak berkesempatan masuk ke blog ini dan mengemaskinikan entri Indahnya Ramadhan. Padahal banyak yang ingin ku kongsikan di sini.

    Pertengahan Ramadhan aku sudah kurang sehat. Di sebabkan tahap hemoglobin ku yang meredum jatuh hingga ke tahap 7 dan sel darah putih pula meningkat, akhirnya antibodiku tidak dapat melawan serangan-serangan cacing yang menyerang akibat keracunan makanan itu.

    Tujuan untuk mendapatkan MC pagi itu, langsung bertukar cerita. Panas ku hampir mencecah kurang 1 mata 40 degree celcius. Lalu aku terpaksa melalui proses-proses yang menggerikan demi menurunkan panasku yang naik mencanak-canak itu.

    Setelah lima kali membuat percubaan mencari urat yang tenggelam timbul, akhirnya  baru dapat menusukkan tube ke urat nadiku setelah dua jam bergelut.

    Baru sejam air ubat masuk ke urat sarafku, tiba-tiba laluannya tersekat pula. Tanganku semakin bengkak dan hijau. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu.

    Jadi, cik misi itu terpaksa lagi menggali urat yang baru. Setelah beberapakali menjunamkan jarumnya tak dapat-dapat, last hope dia cuba pulak di bahagian lipatan tengah tangan lalu berkata;

    "sekali ani kalau inda mau, di lehir kita saja ku menyucuk... "

    Aku hampir nak pengsan mendengar leterannya itu. Rupanya dia cuma bergurau aja, huwaaaaaa...

    6 jam dalam perhatian cik misi, panasku tak kebah-kebah jua, walau sudah dua botol air masuk ke dalam urat saraf. Akhirnya petang itu aku diposkan ke wad 20.

    Hari kedua panasku masih jua seperti hari sebelumnya, turun cuma sejam-dua kemudian naik balik. Perut terus meraggam. Aku jadi pemburu tandas dibuatnya. Kepala weng semacam. Kalau tidak ada kakak jadi tukang pimpin, pasti aku sudah tumbang.

    Hari ketiga, Alhamdulillah aku sudah mula sedar dunia. Cik misi menukar botol air dengan antibiotik untuk disalurkan keurat sarafku. Entah sudah dos yang keberapa, aku tidak tahu. Badan terasa melekit. Hidangan sarapan pagi sudah tersedia. Sepotong kuih lapis GEO(waktu aku di tingkatan satu, cikgu geografiku menggunakan kuih lapis kukus berwarna pink dan hijau berselang-seli itu sebagai model lapisan bumi :p), sebiji epal dan secawan teh sudah tersedia. 

    Air teh ku minum terasa payau. Kuih lapis kukus itu tawar, liat bagai getah. Di hujung katilku ada seorang pesakit muda. Dari hujung mata aku memerhatikan dia. Dia baring mengiring ke kanan. Di sebelah kiri badannya ada tuala yang bersangkut dari bahu hingga ke pinggang belakang.  Tapi mukanya aku tidak dapat melihat dengan jelas kerna ditutupnya dengan tuala muka. Di atas kabinet kecilnya penuh berselerak dengan kantung-kantung yang aku tidak tahu isinya apa.Di tepi kabinet itu pula tersangkut dua kantung pelastik, satu berisi makanan ringan dan satu lagi seperti tempat pembuangan sampah.

    Dalam aku tekun memerhatikannya datang dua orang pembantu hospital dengan sebuah katil kosong menuju kearah katil pesakit itu. Seorang misi laju membuntuti mereka dari belakang.

    Cik misi terus pet-pot-pet-pot memarahi pesakit muda itu kerna belum lagi bersedia. "kalau kamu masih terlentang macamani ani, camanakan baik? Bawa duduk, kamu pandaikan operate katil automatic ani?Nah! ubat pun alum lagi dimakan" .

    Dia terus pet-pot-pet-pot bagai bertih goreng. Aku terkedu. Kesiannya orang tidak berdaya dilayan sebegitu rupa. Rupanya perempuan itu mengidap penyakit buah pinggang dan bahagian badannya yang ditutup dengan tuala itu luka berair, infection. Dia tidak dapat bangun sendiri tanpa ehsan orang. Lalu tuala yang dibuat tutup muka itu ditarik cik misi dengan kasar. Ubat dan segelas air dihulurkan kepadanya. Aku sempat melihat mukanya sekali imbas. Jantung ku berdetak. Wajah itu. Dimana yah! Aku cuba mengingati. Tapi tak ingat. Perempuan itu lalu dibawa ke bilik bedah.

    ...bersambung

    ~Sekapur Sirih~

    Banyak yang ku pelajari di wad 20 itu. Rasanya akulah yang paling beruntung sangat-sangat.

    Maaf zahir dan batin.

    Posted at 02:11 pm by ninasuria

    Jid
    October 7, 2010   10:27 AM PDT
     
    kakmonnnnnnnnnnnn...

    apa khabar kanda skrg?

    huhu.. misi2 ni kan... diorang ada belajar psychology atau tidak masa training dulu?.. huhu.. kadang2 ayat2 yg mereka gunakan boleh membuatkan pesakit jadi makin sakit..huhu...
    kakmOn
    October 19, 2010   04:08 PM PDT
     
    Jid tak tahu apa masaalahnya, si-pesakit itu atau cik misi yang pemalas huhuhuhuhuhu
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive