Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << May 2011 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30 31




    Friday, May 06, 2011
    Cinta Belacan

    Dendam dalam diam


    Tok Umi menyusun daun pisang yang sudah dibersihkannya di atas dulang tembaga besar yang bulat itu. Lalu nasi Briyani Bombay Masala  yang dimasaknya di dalam periuk tembaga turun temurun keluarga Sh.Ali Mohammed tadi itu dikaut dengan cermat dan diletakkan pada dulang  tembaga yang dialas daun pisang  tadi.  Seketul paha anak kambing biri-biri  panggang bermadu yang dibakarnya 4 jam itu diletakkan di tengah-tengah nasi briyani. Chutney buah Tangerine yang di campur buah-buah kering  diletakkan pula di keliling ayam panggang. Kemudian tangannya meraup segenggam lagi kacang badam di dalam balang kaca di sebelahnya dan ditaburkan di atas nasi. Kemudian kismis hitam. Kemudian kurma Safawi. Akhir sekali daun pudina.

    "Tok Umi.. Tok Imam sudah sampai". 
    Syasya melaung dari ruang tengah. Suaranya yang high pitch itu cukup membuat semua mata terus memandang ke ruang depan. Dari jauh nampak tok imam sedang berjalan tertunduk-tunduk masuk ke ruang tengah.

    "Kak Umi, lilin dan tikar sila mana?" Tok Apsah membisikkan ke telinga tok Umi. Tok Apsah baru perasan, tempat akad nikah itu belum disediakan tok Umi lagi.

    Tok Umi menarik muncungnya. Dia berdiri dan melurut  kemas kurung suteranya ke bawah dengan kedua tangan lalu  meninggalkan dulang tembaga yang sudah siap berisi nasi briyani berhias paha anak kambing biri-biri itu dan masuk ke dalam stor peralatan di sudut belakang dapur dengan desahan kecil.

    Beberapa minit dia mencari tikar sila baldu merah hati ayam yang bertekat benang emas halus itu, tapi tidak terjumpa. Tiba-tiba tok Umi dapat akal yang cukup gemilang. Tangannya laju menarik sarung 'kusyen anak-beranak' lip-lap sulaman Iran, yang bertenun dengan dawai emas dan manik-manik yang tajam itu keluar dari rak dalam stor itu. Dipilihnya saiz yang paling besar. Cun-cun saiz tikar sila. 

    Semenjak baju suteranya tersangkut dan rosak akibat dawai halus dari tenunan kusyen itu, tok Umi sudah serik menghias set kayu Rosewoodnya dengan 'kusyen anak-beranak' Iran yang tak 'mesra alam' itu. "Harap saja muka cantik tapi perangai... huuuhh".  Dia melepaskan geram pada sarung kusyen Iran itu pulak.

    Tok Apsah sudah berdiri di ambang pintu stor dan memerhatikan tingkah ganjil tok Umi. "Kak Umi... siapa yang cantik. Siapa pulak yang buruk perangai ni?" Tok Apsah menaikkan sebelah keningnya, ala-ala  Ziana Zain.

    "Dah lah dah... Kau bawak keluar sarung kusyen ni, buat tikar sila". Tok Umi menghulurkan sarung kusyen Iran itu pada tok Apsah dengan selambanya.

    Mata tok Apsah mencerun. "Kak Umi biar betul. Ni kan sarung kusyen. Lagi pula mana sesuai buat tikar sila. TAJAM. Bahaya tau. Kesian pengantin lelaki tu nanti". Tok Apsah memprotes keras.

    "Hisy.. Orang tua ni.. banyak songeh pulak. Kau turut saja apa yang aku suruh. Titik."  Tok Umi langsung tak menghiraukan kegusaran tok Apsah.

    Tok Umi mengira-ngira jangka masa majlis akad nikah itu di dalam hatinya. Kalau ikut kebiasaan imam Haji Ibrahim, beliau selalu meyelitkan takzirah yang panjang pada bakal pengantin, juga untuk para tetamu. Kemudian imam Ibrahim selalu saja bermunajat bersama-sama tetamu di akhir majlis. Senyum tok Umi  sudah panjang hingga ke tahi lalat di bawah matanya. Tok Umi sudah seronok membayangkan pengantin lelaki dengan rasa seksanya duduk di atas sarung kusyen yang tajam itu nanti.

    " Emmmm rasakan. Gatal sangat." Senyum tok Umi menjadi-jadi hingga tok Apsah perasan, ada cahaya dendam di mata tok Umi.

    "Astaghafirullah..." Tok Apsah mengurut dada.

    ~Sekapur Sirih~

    Salam semua. Sudah lama aku tidak mencatat di sini. Tetiba gatal pula tangan nak merepek. Apa khabar anda semua? Sehat? Harap-harap semua ceria ye.

    Lusa sudah hari ibu. Adakah anda sudah bersedia? Kalau belum fikir-fikirkanlah ye.

    Tahu tak, hadiah bukan semestinya yang mahal. Hadiah yang kecil di tapak tangannya tapi tidak bermakna kecil di hatinya.  Jadi, berilah sesuatu yang membuat hati ibu besar, sebesar stadium negara. Salam Hari Ibu semua.

    Posted at 02:46 pm by ninasuria

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive