Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << December 2011 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28 29 30 31




    Sunday, December 11, 2011
    Terkedu

    Pagi khamis itu, tika aku ingin menghantar Leynah ke sekolah, ku lihat Leynah masih sibuk di meja kerjaku. Crayon, pensel warna dan kertas kajang A4 berserakan di sisinya.

    "Leyn! Liat tv saja, kerja sekolah belum siap lagi?". Aku menyerggahnya dari belakang dan menjengilkan mataku luas-luas. Leynah menatapku dengan wajah sayu.

    "Leynah balum siap buat invitation card, babu?". Dengan suara tertahan-tahan, sendu.

    "Hoh invitation card?". Hatiku terus runtuh. Aduhai puteriku.. Rupanya anggukkanku yang asal saja itu telah disahkanya 'OK'.



    ~Sekapur Sirih~

    Dua minggu lalu Leynah asyik merengek, teringin sangat menyambut ulang tahunnya bersama kawan-kawannya. Aku memujuk supaya menunggu bulan depan. Saat ini kami masih dalam 'waktu berkabung', suami mak saudaraku baru sahaja meninggal.. Rasa tidak selesa bersuka ria saat orang yang terdekat dengan kita berdukacita.

    Jadi dengan berat hati aku mengaturkan majlis minum teh 'terhumble' di taman belakang buat menyambut hari lahir Leyinah yang kelapan tahun bersama 3BFF(best friend forever) itu. Konon-kononnya... Dalam hati masih merasa ragu, jika ketiga-tiga BFFnya itu tidak hadir, bagaimana? Kesian Leyinah yang mengharap SANGAT itu.

    Lalu aku pun mencetak kad jemputan majlis minum petang Leyinah sebanyak lapan keping. Jika BFFnya itu tidak datang, masih ada lagi temannya yang lain akan MUNGKIN datang, kan? Otak kananku mula merangka..

    dan tahu tak apa terjadi selepas itu.. Leyinah dengan gumbiranya 'mengcarbon-copykan' kartu undangan itu dua kali ganda.. Alasan semua teman kelasnya ingin hadir. Mak aiiiiiiii...

    Anekdot:
    Entri ini seharusnya aku poskan pada 23Oktober 2011, tapi talian internet bagai siput berjalan.

    Petang ini baru teringat kembali tentang entri yang sudah expired ini. Membaca catatan ini kembali, terasa ingin mengongsikannya.. Apalagi mengingatkan tentang surat 'chenta' Leynah yang ditinggalkannya di bawah bantalku, sehari selepas sambutan ulang tahunnya itu..



    Dan aku terkedu lagi

    Posted at 11:33 am by ninasuria

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive