Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << March 2012 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28 29 30 31




    Friday, March 16, 2012
    Terima Kasih..

    Alhamdulillah syukur di atas limpah kasih sayang-NYA yang telah menganugerahkan keajaiban kudrat untukku memikul tanggung jawab yang teramat berat itu.. 

    Saat aku memerlukan kekuatan mental dan fizikal, cabaran demi cabaran menghambat diri.. hanya mampuku lakukan berzikir dan bermohon pada-NYA.. agar DIA mempermudahkan pekerjaan itu. Dan akhirnya projek mega bersama Badan Muslimah Masjid Kampung Bunut terhasil jua dengan kasih sayang-NYA.

    Dan aku benar-benar bersyukur kepada-NYA kerana telah mengirimkanku jurutera, ahli metametik, tukang kayu dan segala nama tukang untuk membantu meringankan bebanku..

    Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillalah Wallahuakbar.. 

    Ucapan setinggi terima kasihku pada Penghulu Mukim Kilanas, Ketua Kampung Bunut dan AJK Muslimah yang telah memberi kepercayaan penuh padaku untuk merealisasikan impian-impian melangit itu..

    Jua terima kasih pada suami dan anak-anak yang bertungkus lumus bergabung tenaga menjayakan projek mega itu, di balik tabir..

    Jua ucapan terima kasih seluas laut biru buat adindaku Rahimah yang menjadi tulang belakangku..

    Tanpamu pasti panji-panji itu tidak akan berseri sebegitu rupa..

     

    Jua terima kasih setinggi langit ke tujuh buat Yang Mulia Dayang Hajah Zaleha Awang Haji Momin, yang bertungkus lumus, bekerja dan membantuku, ke hulu ke hilir untuk menghasilkan yang TERBAIK, juga pada pasukan Muslimah Masjid Kampong Bunut, yang berganding bahu menghias kek cawan dari petang ke malam dan sambung lagi hingga ke esokan paginya. Moga penat lelah abiskita mendapat ganjaran berlipat ganda dari-NYA jua. Amin Ya Rabbalallamin.

    Dan pada semua sahabat-sahabat  dan warga mukim Kilanas yang sama-sama hadzir serta menyokong padu dan menyerikan majlis Amal itu.

    Dan tidak lupa juga terima kasih pada mereka-mereka yang telah berbelanja sekali gus menderma ke tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan Brunei. Alhamdulillah, projek itu telah berjaya mengutip lebih BND$2000.00 dengan hasil jualan 1500+ kek cawan.

    Moga perlaburan abiskita mendapat barakah dunia dan akhirah dari-NYA jua.. 

    Barakahu fiikum..

    ~ sekapur sirih ~

    Akhirnya enche roommate memberiku kad hijau itu jua setelah berapa tahun memohon dan memujuknya.. dengan 'bersyarat'. Dan aku dengan bahagianya terus menghantar 'surat cinta' kepada Tuan Esmit sehari selepas dia melayangkan kad hijau itu. Alhamdulillah..

    Dan awal-awal lagi aku memberi amaran pada puteri lindungan bulanku yang boros itu..

    "Leyn sayang.. babu sudah baranti karaja. So ertinya.. babu inda terima gaji lagi bulan-bulan. And Leynah inda bulih lagi bali macam-macam sesuka hati. FAHAM!". Aku mengingatkannya dengan tegas.

    Leynah menganggukan kepalanya beberapa kali seperti burung tekukur dengan wajah yang sayu..

    Seminggu selepas takzirah singkatku itu.. Di satu petang saatku menyiang ikan di sinki dapur..

    Leyn: "Babu! Teacher want a box of your cupcake tomorrow". Dengan girangnya Leynah memelukku dari belakang.

    Aku: TERKAKU. Hampir pisau di tanganku terjatuh.

    Aduhai anakku.. Rupanya si kecilku itu benar-benar takut yang aku akan memotong wang sakunya.. Hingga dia sanggup membuat promosi begitu rupa di sekolah buat babunya.. Malunya babu.. Adusssssssssss...

    Dan dua minggu ini hari-hari dia akan ke sekolah dengan membawa berkotak-kotak kek cawan yang telah ditempah oleh kawan-kawan dan guru-guru sekolahnya.. Adieh...

    Nampaknya sumpahan guruku satu waktu dulu itu telah termakbul. Aku cuma berjaya menjadi si penjual kuih. HAISY!

    Posted at 01:14 pm by ninasuria

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive