Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << July 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02
    03 04 05 06 07 08 09
    10 11 12 13 14 15 16
    17 18 19 20 21 22 23
    24 25 26 27 28 29 30
    31




    Friday, July 01, 2005
    Hikayat Budak Perempuan Mat Jenin

    Aku nak cerita kisah seorang budak perempuan yang suka berkhayal Mat Jenin ni. Aku kenal betul budak perempuan ni. Dari usianya seawal tujuh tahun, dia sudah ikut emaknya turun kedapor. Dia ni suka bantu emak dia memasak. Sebenarnya dia bukan menolong emaknya. Dia ni saje-je nak menyibok.

    Paling dia suka kalau emaknya tengah kocok telor. Maka budak tak senonoh ni akan cepat-cepat mengambil pengocok tu dari tangan emaknya.
    Masa tu dialah yang paling seronok dapat bermain dengan benda yang membosankan itu. Bila pandangan emaknya beralih kelain, dia akan cepat-cepat 'menculik'(mencalit) buih-buih telor dengan hujung jari telunjuknya lalu mencicipinya. Padahal buih telor tu.. tak lah sesedap mana.

    Tiap kali emaknya buat kueh matanya pasti bulat bersinar-sinar memerhatikan satu-satu benda yang dimasukkan kedalam adunan. Dalam dia memerhati itu mulutnya akan senantiasa pet-pot-pet-pot bertanyakan itu-ini. Adakalanya emaknya akan mengherdik dia kerna terlalu banyak soalannya yang pelik-pelik keluar dari mulutnya.

    Bila hari-hari tengok emaknya buat benda yang sama, dia dah mula kenal apa itu tepung gandum, tepung jaggong, tepung kastard, serbuk penaik dan segala bahan-bahan untuk membuat kueh. Kekadang emaknya akan menyuruhnya sendiri mengadun kueh yang hendak dibuat. Itulah saat-saat yang paling ditunggu-tunggunya. Emaknya hanya akan mengarahkan  dari belakang apa yang patut dimasukan. Dialah yang kena menyukat, mengadun, menerap dan akhirnya membakar kueh tersebut. Bila dah masak dan hasilnya membanggakan, ada rasa kepuasan menjalar dalam dirinya. Dan keinginan untuk mencuba lagi dan lagi dan lagi akan senantiasa marak berkobar-kobar dalam hatinya.

    Kueh pertama yang dibuatnya sendiri tanpa bantuan emaknya adalah Biskut Permata Hati. Biskut tu berbentuk heart shape. Ditengah-tengahnya diletakkannya jem strawberi. Pada petang tu, emak dia tak ada dirumah. Emak dia kebandar. Dia pandai-pandai buat sepah kat dapor. Biasalah kan, waktu cuti sekolah. Mengisi masa lapang dengan buat semak kat rumah. Masa tu dia dah darjah empat. Tengah menunggu keputusan peperiksaan 'Calon Sekolah Persedian Inggeris'.

    Selepas keberhasilannya membuat biskut tu.. dia makin berani. Asal ada peluang dia pasti akan mencuba resipi-resipi dalam majalah kepunyaan mak sedaranya. Sehinggalah dia berhasil mencipta biskut coklatnya sendiri. Waktu tu.. budak perempuan tu dah dalam tingkatan lima. Macam-macam kek, puding dan biskut dia dah cuba buat. Kadang-kadang eksperimen dia tu berhasil dan kadang-kadang sebaliknya. Tiap kali dia mencipta kueh-kuehnya, dia akan memasang angan-angan Mat Jeninnya untuk mempunyai sebuah kedai kuehnya sendiri.

    Tahun demi tahun angan-angannya tak pernah menjadi kenyataan. Sehingga kini impian Mat Jeninnya masih kelabu. Ada kalanya dia iri melihat usahawan-usahawan tempatan yang sudah maju kedepan menggebarkan sayap mereka selebar-lebarnya. Sedangkan dia masih lagi merangkak untuk naik keatas.....



    ~Sekapur Sireh~
    Terimakasih Bonda mengajar anak mu dengan ilmu yang tidak ternilai harganya. Tiba-tiba perasaan rindu pada mu Bonda.. datang lagi menggamit rasa.. Al-Fatihah

    Posted at 08:10 am by ninasuria

    bahtiar
    July 1, 2005   07:27 AM PDT
     
    impian itu akan jadi kenyataan.. insyaAllah.. berusaha...
    seriadriani
    July 1, 2005   08:17 AM PDT
     
    rasa macam pernah rasa jek coklat tu.. ishkkk.. melelh la pulak air liur. bila la nak merasa lagii.. hanya bekas coklat jadi kenangan..
    Harum Jasmin
    July 1, 2005   09:00 AM PDT
     
    Bahtiar awatnya.. salam jumaat.. dah hantar roti ke ni.. mudahan dimakbulkan, berkat doa dan surport dr family serta teman2 semua..

    Seriadriani tak senonohnye.. ingat dah buang dah bekas coklat tuh.. Tp kemanisannya msh terasakan, nikmatilh dgn mata hati jer.. :)

    btw resipi dah ade kan.. buatlah. Atau dtglh kebonai. Masa ni tgh perayaan besday Sultan. Jom arr release tengsyen kat sini hehehe

    p/s -a special thanks to my customers n friends for supportg me all these years..
    nurdia
    July 2, 2005   08:44 AM PDT
     
    nina....

    al-fatihah jua buat bondamu yg tercinta....

    bukan seri je yg simpan nur pun masih simpan bekas kuih tu... rasa sayang ... kenangan bertemu tetap diingatan... x kan luput walaupun tiada rakaman dari kamera... rakaman minda yg tak kan terpadam ...kecuali mati meragut ku...
    typical_gurl
    July 2, 2005   12:24 PM PDT
     
    hmmm... sapalah agaknya budak perempuan mat jenin tu. tapi kalau pompuan mana boleh panggil mat jenin, kenalah panggil minah jenin..
    usaha tangga kejayaan, sabar separuh daripada iman, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. err.. pepatah2 tu semua kiranya ditujukan kepada impian si minah jenin tu lah ye.. ;-)
    Harum Jasmin
    July 2, 2005   01:13 PM PDT
     
    nurdia terharunya.. memori smlm msh segar dlm ingatan.. :) thanks for being my friend and to ol semua..

    TG tak tahu lah budak perempuan mana tu.. memang kpala hotak ko ni bgeliga.. minah jenin hahaha klakarnya.. Akak sbgai wakil minah jenin tu.. maksih kata2 alu2an wak yg kira peniup smangat budak pompuan tuh..
    pinkJambu
    July 3, 2005   11:05 AM PDT
     
    UWAAAA..nangis takberlagu ler pinK nak mkn coklat2 tuhhh..waaa kakseri n kaknurdia dah makan la yek..

    eita, pinK, tG,infa je yg belum merasa..mana aci..uwaaa..gals, kita nak denda apa ngan kaknIna ni eh?
    Harum Jasmin
    July 5, 2005   12:18 PM PDT
     
    Uwaaa ampun Pink tolonglh jgn nak boikot akak.. kalo dgr anak itek yg satu tu.. lg lh haru.. Pink Seri dah makankn tuk awak.. ya kan Seri :)
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive