Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << October 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01
    02 03 04 05 06 07 08
    09 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31




    Monday, October 03, 2005
    Selamat menyambut bulan Ramadan

    RANGIN

    4 cawan kelapa parut (buang kulit hitam)
    2 cawan tepung pulut
    1 cawan gula pasir
    Garam secukup rasa


    Adun mesra kelapa parut dengan tepung pulut.
    Ambil dulang pembakar kueh tembaga (khas untuk membuat kuih tradisional melayu berbentuk bunga)
    Panaskan diatas api yang perlahan.
    Masukan adunan kelapa setengah dari acuan tersebut.
    Taburkan gula pasir diatasnya.
    Masukan lagi adunan kelapa sehingga penuh acuan tersebut.
    Tutup dulang pembakar tu supaya udara tidak keluar.
    Bakar dalam 10minit. Kemudian balikan kueh yang separuh masak tadi.
    Dan bakar lagi dalam 5 minit. Atau kuih rangin menjadi kuning kemasan.
    * Boleh bakar dalam oven.

    ~Sekapur sireh~
    Kuih rangin ni sedap dimakan panas-panas. Apa lagi lepas keluar dari dulang pembakar. Diluar rasanya ranggup didalamnya lembap pulak. Memang sedap, kelapa parut yang lemak dan manisan gula yang cair mengadunkan rasa yang authentic. Sebenarnya kueh melayu Brunei ini sangat mudah disediakan sekarang, berbanding 30 tahun yang lampau. Zaman aku kecik dulu, betapa susah aku tengok nenek menyediakan kuih ni. Mula-mula beras pulut itu dibersehkan.  Kemudian direndam hingga kembang, lepas tu ditoskan hingga kering airnya. Kemudian beras pulut itu digiling untuk menghasilkan tepung pulut yang halus sepertimana tepung pulut yang ada dipasaran sekarang ini(tapi sayang rasa tepung pulut masa ini tidaklah sesedap rasa tepung pulut yang nenek moyang kita buat dulu, mungkin air tangan dan peluh menitik kut :P).

    Kelapa pulak dikopek sabutnya dan dipecahkan tempurongnya. Lalu dibuang kulit arinya(kulit hitam). Barulah diparut. Supaya mendapat hasil parutan kelapa yang cantik putih gebu. Ingat waktu dulu, aku suka tunggu nenek kopek kelapa ni.. sebab aku nak makan tumbungnya(didalam buah kelapa tua selalunya ada berisi buah yang lembut seperti span berbentuk bulat dan bewarna putih kekuningan, rasanya kadang-kadang manis).

    Lepas tu kayu arang dinyalakan diatas tungku kayu. Disanalah nenek letakkan dulang tembaga untuk membakar kueh rangin tu. Selepas dulang tembaga itu penuh diisi dengan adunan rangin, nenek akan meletakan sebiji tudung belanga yang diisikan dengan kayu arang lagi diatas dulang tembaga tersebut(fungsinya sepertimana oven sekarang ini yang mempunyai api atas dan api bawah). Dengan hawa yang panas aku ikut duduk bersimpoh sebelah nenek mengipas-ngipas kayu arang supaya apinya dapat dikawal dengan baik. Maka hasil kuih rangin tu pun akan cantik dan menyelerakan.

    Pinkjambu tahniah kerana telah berjaya menghasilkan bread pudding yang enak. Kita pun tumbang gumbira mendengar khabar dari seberang :P Lepas ni bolehlah mengikut kelas masakan seterusnya eik. AN macamana pulak.. dah buat ker.. takkan dilangkau PinkJambu pulak, kata mengidam nak makan pudding five star hotel tuh :P

    EM orang utara kata; dia nampak EM buka meja, jual tart nenas kat gerai ramadhan(eik apasal dah bukak gerai ramadhan??? beduk belum gendang lagi!). Habaq lah kat kita-kita... no'

    Pssssstttt birunila betul ke EM antaq satu lori tart nenas kat hang????? apasai tak mai (eik! betuih ka aku syakap nih... :D :D :D) Btw diyamon tu tulin bangggggggg... ;) 

    Ahada, ni lah salah satu diantara kuih tradisi melayu Brunei yang akak tahu dan suka makan waktu kecik-kecik hingga dah jadi mak budak nih ;)

    Eita, akak dah berenti raya.. dah masuk ramadan ni kuakuakuakuangggggg (terbalik! raya dulu.. kemudian posa.. pening lalat *bowling*)

    Bulan ramadhan akan bermula lusa. Tapi kalau lah anak bulan nampak nanti malam, pasti kita berpuasa esok. Dan esok petang pasti ada yang sibok didapor menyediakan hidangan untuk memenuhi selera puasa yang luarbiasa membuak-buak.  

    Dan aku masih lagi seperti hari kemarin.. mengira.. menghitung.. ???? Selamat menjalankan ibadah puasa, semoga diterima Allah jua.


    Posted at 10:58 am by ninasuria

    aHaDa
    October 3, 2005   03:02 PM PDT
     
    kak nina kueh rangin tu bleh tak ganti benda lain selain kelapa? ahada x suke kelapa parut la... ;-)
    pinkTULIP
    October 3, 2005   05:33 PM PDT
     
    *kipas kayu arang* lama lg ke nak masak ni? *lap peluh* peluh dah merenek, krg menitik lak atas rangin tu, bertambah masin jadinya...

    tulip cam suka la kuih tu sebab... sebab... bahan2 dia sikit je... muahahahaha....

    kesian akak ku ni, bz sgt sampai ckp pun dah foning!

    p/s tumbung mmg sedap! :D
    Nina
    October 3, 2005   06:12 PM PDT
     
    Ahada! nak tukar ngan ape eik.. kalo tukar kelapa tu kepala.. kueh tu dah tak jd rangin.. dah jd kepala angin *bowling*

    Eita memang sikit jer bahannya.. tapi kuehnya sedap tau. Awak pon suka tumbung tuh.. ingat org zaman dolu jer suka :P
    Kikomon
    October 3, 2005   06:16 PM PDT
     
    *intai Tulip bakar rangin celah dinding papan* yuckkk mak aiii patut pon org dok beli kuih rangin dia.. dah lh duduk tercangkong mcm pompuan dot2 tu.. tambah lg ngan peluh dia masuk kat rangin.. tak hingin aku nak makan.. urghhhhh loyanyeeeeee
    birunila
    October 4, 2005   08:04 AM PDT
     
    kakMon kalau tak salah kat sini kami pange kuih 'dangai'... betoi dah eita, pinkJambu?

    kakMon... kelas masak ni, bulan puasa ada tak? semoga kakMon mendapat pahala kerana mengajar kami masak macam-macam...Ameen

    Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa, insya-Allah
    AN
    October 4, 2005   11:08 AM PDT
     
    Kak Nina,

    An dah buat kedua2 resepi kak nina. Semalam bawak tart nenas ke ofis, sume kata sedap sampai menjilat ke siku, sebab tak cukup. Hari nih bawak bread pudding, org yg makan, sume kata best & ada yg mintak resepi. Terimakasih kak Nina, mmg bread puding 5* :-) Hari nih anak dara An mintak bawak tart nenas ke sekolah, tinggal beberapa ketul jek lagi utk An makan bila balik keje nanti. Memang tip top le!
    pink Jambu
    October 4, 2005   11:38 AM PDT
     
    DANGAI? memang pinK suka..masa kecik2 dulu selalu bawak duit masa p mengaji Quran..pasai tok guru tu dia buat jual dangai, jadi pinK beli yg dok panas2 lagi..sedapnya. Jadi bila dah tua bangka ni..bila makan dangai..konfem teringat masa kecik-kecil dulu..dan tokguru pink tu pun dah takd. Al-fatihah.


    AN,EM
    pink pun tingin nak rasa tart tu...tapi org tu pilih kasih dia bagi kat biruNila aja sampai selori..kita nih dok langut ja dengaq cerita..tak patut sungguh dok layoq macam tu..biar ayaq lioq org menitik..tap-tap. :(

    kakMon, ajaq la lagi kelas masak2 kamOn tu ya :) mmmuah kakMon.
    kakMon, apasai rambut kakMon pun ada nyioq a.k.a kelapa nih...hahahha
    nina
    October 4, 2005   04:18 PM PDT
     
    birunila Insya Allah kelas memasak akan disambung waktu posa ni.. Amin.. amin.. ya Rabalalamin

    An wah dah boleh buka gerai ramadan ler nie.. Betuahnya org opis dpt makan tart huhuhuhuhu

    PinkJambu Alfatihah tuk tokguru.. Zaman dolu soma kuih nenek kita buat.. sedap kan Pink.. rindunya nak balik zaman hingus tuh :D
    diyamonVGnanqor
    October 4, 2005   04:26 PM PDT
     
    Birunila.. Org utara panggil Rangin tu Dangai ek..

    mcm lin jer bungi Dangai tu kan klavu??? Dangai + Rangin = piasau gula karing hehehehe :D :D

    Pink.. ye ke ade nyioq kat atieh kpala.. ni mesti eita nye keja.. tak cuci tgn.. td aku suruh dia cari kutu kehkehkehkeh
    eita
    October 4, 2005   07:00 PM PDT
     
    Kak nina, eita mmg org kmpg n dok pun kt kmpg, sebab tu suka mkn tumbung. Dah besor2 ni pun kekdg klu ada, hentam jugak! :D

    Kak su, mmg kuih tu dipnggl kuih DANGAI. Masa kecik2 dulu, byk org jual tp skrg ni dah susah nk cari :(
    Em
    October 4, 2005   10:38 PM PDT
     
    kuih 'rangin' ni macam kuih 'bepe' je..birunila, tlg confirm dgn abang rosdi betul ke tak

    pinkjambul, dah posa la mana boleh makan tart lagi *hulur tisu buat lap ayaq liuq pink*

    kak mon, tak ada ke resipi utk sahur? kita tak lalu la makan sahur, perut terkejut...lainla kalau sahur dgn beriyani he heh
    Nina
    October 5, 2005   07:29 AM PDT
     
    eita masa ni jarang ade org kopek kelapa kat rumah.. kebanyakan org beli kelapa parut kat kedai.. nak senang dan jimat masa. So generasi baru ni tak lh dpt merasa tumbung tu.. kesiankan?? dorg cuma tahu buah2an yg glamer jer *menyampah*

    Em! kalau sahur Nina suka sediakan hidangan yg simple seperti dadah tahai ker(ikan tamban yg disalai kering kemudian direbus bening, cuma dimasukan asam keping, hirisan bawang dan cabi), lauk masak asam ker, ayam goreng kampong ker.. kalo yg rich tu perut nina pulak yg terkejut.. tekak pulak tak terima nak telan hehehe kadang2 sedap pulak makan mee maggi cepat dimasak sedap dimakan hehehe selera bertukar pulak!

    Betulah kuih melayu ni sebenarnya sama jer kan EM, cuma namanya saja berbagai. So kita dah tahu kuih ni dah ade 3 nama; 'rangin', 'dangai' dan 'bepe'. Mungkin nama tu disesuaikan dengan nama tempat dan keadaan. Seperti Rangin kat Bonai ni.. mungkin nenek moyang dpt ide masa kipas2 kayu arang tu.. masak kuih ni guna angin supaya api nyala hehehe betulker teori aku nih.. si tau-tau
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive