Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << October 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01
    02 03 04 05 06 07 08
    09 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31




    Friday, October 14, 2005
    Kelas masak lagi....

    Roll Bulu Merak

    250gm mentega cair
    60gm tepung naik sendiri
    60gm tepung soft a silk
    60gm tepung jagung
    200gm gula kastor
    16 biji kuning telur
    8 biji putih telur
    1 s.m ovallete
    Perasa Pandan
    Perasa Strawberi


    Cara-caranya
    Campur semua bahan(kecuali mentega cair) dan kocok dengan mengunakan mesin kek sampai adunan menjadi buih yang kental.
    Bahagikan adunan lima bahagian.
    ˝ adunan dibiarkan warna asal. ˝ adunan lagi dibahagi kepada empat bahagian dengan warna merah jambu, hijau, kuning dan unggu.

    Go to fullsize image

    Lapisan pertama; tuang adunan warna asal kedalam loyang swiss roll 12X12 0.5cm tebal. Lapisan kedua; ambil adunan yang telah diberi warna merah jambu, hijau, kuning dan unggu(masukan dalam piping bag), picitkan  diatas lapisan yang pertama tadi berselang seli, dengan membentuk garisan lurus melintang atau ikut citarasa anda. Bakar 180celcius dalam 10minit.

    Picture of Mango-Raspberry Roll

    Krim
    500gm mentega tanpa garam.
    80gm colset.
    200gm gula icing.
    2 gelas susu segar perisa strawberi.
    2 s.m perisa strawberi.
    Picture of Poppy Seed Roll

    Mentega dan gula icing kocok 2 minit.
    Masukan colset sedikit demi sedikit sehingga gula hancur.
    Masukan susu segar perlahan-lahan sehingga krim kental dan gebu.
    Masukan perisa strawberi dan adun rata.


    Image Preview

    Ambil kek yang sudah masak. Pastikan kek tersebut sudah sejuk. Oles dengan krim strawberi diatas permukaan kek. Gulung kemas. Masukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang. Untuk memastikan kek ini tahan lama simpan lah dalam freezer.


    ~Sekapur Sireh~

    20 tahun yang dulu membuat kek gulung ini bukanlah satu kerja yang mudah. Faktor teknolgi(mesin kocok yang berkuasa tinggi tidak ada dijual dipasaran tempatan)  dan bahan-bahan kuih yang amat sukar didapati membuatkan orang dulu-dulu tidak gemar membuat kek ini.


    Sehingga lah pada awal 90an. Peralatan membuat kuih sudah mula dijual digedung-gedung perniagaan. Maka kek roll ini pun semakin meletup. Bermacam-macam bentuk, warna dan rasa telah dicipta. Harganya pun semakin meredum. Dari $16.00(tahun 80'an) dan kini jatuh hingga $1.90(rasanya tahulah kan! bila harga rendah rasanya pun kurang). 


    Mengimbas kembali zaman kegemilangan kek gulung ini.

    Kek ini menjadi hot favourite pertama kali arwah mak mengenalkan kek ini pada pelanggan-pelanggannya pada pertengahan 80'an.


    Image Preview

    Aku lebih gemar memerhatikan mak  dari turut membantu membuatnya. Kek ini amat rewel sekali. Kalau tersalah langkah, kek ini tak menjadi. Akhirnya akan menjadi habuan kami. Rasanya sungguh sedap, seolah-olah kita memakan ice-cream strawberi. Selalunya bila dihidang waktu raya, kek ini lah yang terdahulu licin. 

    Demi menjaga tekstur kek itu supaya cantik dan kemas digulung, mak terpaksa mengawal tahap kelembapan kek tersebut. Dia menggunaka tuala yang damal(lembap) untuk menggulungnya.  

    Biasanya bila  membuat kek ini hanya separuh sahaja yang P.E.R.F.E.CT.
    Sebab itulah harganya waktu itu sangat mahal.


    ~~~~~~~

    Semalam hujan rahmat membasahi bumi yang kekeringan. Siap solat sunat terawih dimasjid hujan lebat pun turun. Aku terus berlari 100meter balik kerumah. Tak perasan pun Ryn masih lagi tinggal dibelakang. Sahur pulak tak ade selera nak makan. Aku cuma minum 1mug coffee bersama sardine bun(yang ku buat semalam) dan 3 biji buah kurma beserta 2 gelas lagi air kosong. Harap-harap cukup bekalan ku ini sampai beduk berbuka nanti.

    Nur, maaf akak tak ade resipi kolo mee tuh. Akak pun masih berhutang dengan mu lagi. Soto Bonai tu nanti akak usahakan.

    Ahada, sabar ye Tiramisu mu masih lagi mencari. Terlupa simpan kat mana. Otak sebelah kanan akak tak berfungsi dengan baik. Kena upgrade RAM lah agaknya. Guna pemacu M pun tak cukup.. takut crash pulak CPU akak nih huhuhuhuhuhu

    Pink Jambu sms mu tak dengar semalam. Bukan fasal kita dah tido.. Tapi HP tinggal dalam keta. Rindu gak nak wat drama sebabak ngan korang. MASA nih.. terlalu cemburu untuk itu. Eita dimana ko???? kena cekop **D ker. Panther napa lah ko asyik tukar identiti. Btw ko mesti antaq  teloq terubuk tuh.. aku tak peduli..

    Birunila! time sebok tahap cipan ni pun sempat gak Nina bukak kelas masak. Sian pulak tengok adek-adek kita yang tiap hari masuk dapur jamah hidangan yang sama. AN.. EM.. dah muak eik :P

    ~~~~~~~

    Go to fullsize image

    Kalau nak tahu kek roll diatas ini hampir menyerupai rupabentuk Roll Bulu Merak . Tapi Roll Bulu Merak mempunyai corak yang menarik dengan warna-warna pelangi yang terang dan memikat. Mungkin itulah keistimewaan kek roll ini disamping rasa ice-creamnya.

    Posted at 06:43 am by ninasuria

    AN
    October 14, 2005   09:09 AM PDT
     
    Kak nina,

    bila tengok kek kak nina, terus rasa terliuq nak makan! Apa kan daya, boleh nampak gambar ajelah! Agak2 bila kak nina nak datang ke utara, boleh nak order nih ? Cayangggg kat kak nina *muah* sebab bagi resepi, tapi tak tahu bila nak buat, nampak susah jekkk! :(
    halela
    October 14, 2005   09:39 AM PDT
     
    wah, kalau nina tinggal dekat, mau saya tempah kek2 itu semua.
    Nina
    October 14, 2005   02:00 PM PDT
     
    AN
    Gambar-gambar tu soma nina pinjam jer dari web kek orang. Tapi soma yang ade kat atas tuh, nina pernah buat sendiri. So tak salahkan untuk memberi gambaran rupa bentuk kek roll yang nina suka buat untuk tatapan kalian.

    Ampun bukan untuk memecahkan air liur korang. One thing for sure.. kek-kek tersebut memang sedap rasanya.

    Sebenarnya kek roll ni lah yang paling senang(zaman ini). Soma bahan dicampur sekali dan dipukol hingga gebu. Cuma satu benda jer yang susah sikit. Korang paksa beli mesin pengocok kek yang berkuasa tinggi(which is v.v.v.expensive kopak gak dibuatnya). Nina lebih suka buat kek roll dr kek lapis2 tuh. Terlalu lama nak siap.

    EM tepung soft a silk tu tepung yang diproses terlalu halus. Sesuai untuk buat kek velvet dan kek chiffon. Kalau tak ada pon boleh tukar dengan superfine flour atau top flour. Kalau tak ade juga guna saja tepung kek yang melambak dipasaraya. Tapi pastikan tepung naik sendiri tau.

    Halela
    Boleh tempah! kita hantar guna Delivery Humaydi Lidut(lambat) hehehe.. Ampun Klela nina gurau jer. Kang tak fasal2 posman Jepon tu muram durja lagi.. bila tengok kek roll dah cair dan penyek.. :D :D
    Nina
    October 14, 2005   02:08 PM PDT
     
    COLSET
    Oooopps lupa lak.. AN colset tuh bewarna putih mcm icing sugar. Rasanya pun manis. Fungsinya mengentalkan krim dan menambahsedapkan lagi krim tersebut. Ia membuatkan tekstur krim itu seperti ice-cream apa bila siap dikocok bersama mentega dan gula icing. AN cuba dulu baru tahu hasilnya.

    Untuk menambahkan pengetahuan AN dan soma, colset tu seperti gel. Bila kena liquid dia akan menyerap liquid tersebut. Dan pastikan liquid yang korang masukan itu betul-betul sejuk es.
    aHaDa
    October 14, 2005   08:01 PM PDT
     
    salam kak nina...
    wah receipe baru lagik ni...
    x pe sis take ur own time.... tapikn kalu nak tambah RAM lagik efficient la ye... ;-)
    eita
    October 16, 2005   12:31 AM PDT
     
    Kak nina, I’m hereeeeeeeeeeee!!!
    Mmm… sedapnya buah strawberry yg dok tersorok dalam kek lapis tu. Kalau di cicah ngan cream atau coklat, mesti lg sedap! Gulp! Sedapnya…

    Kek lapis pun sedap jugak tp eita jarang makan… :( mungkin sebab belum jumpa yg betul2 sedap kot. Baru-baru ni cuba rasa London swiss roll, not bad taste dia! Gebu! Lepas ni, boleh beli lagi. Tak boleh merasa swiss roll kak nina, makan London swiss roll tu je pun, jadilah. Kalau nak buat sdr, entah bila agaknya. Tengok cara pun cam susah nak buat je…
    nina
    October 16, 2005   08:24 AM PDT
     
    Ahada nak tambah RAM tak dpt pulak.. tak cukup slot, akak guna motherboard 286DX :D :D :D

    Eita lamanya ko pergi, takkan pos telur itik tu sampai ko sesat balik.. muah adek aku.. *laga pipi*. London swiss roll??? belum pernah nampak.. kirim kat akak eik.. terliur lak :P
    birunila
    October 16, 2005   03:14 PM PDT
     
    tak baik tau posa-posa... bagi orang tengok makanan sedap2 macam ni...
    birunila
    October 16, 2005   03:16 PM PDT
     
    kalau birunila pandai masak macam kakNina mesti mak mentua... pengsan :o
    Nina
    October 17, 2005   07:47 AM PDT
     
    birunila nampak gayanya mak mertua birunila mesti handal masak ek *wink*

    saja bagi orang sebelah tuh bertambah berat badan.. takkan dia saja yg slim melim.. pssttt dengar dia turun lg 5kg.. dia makan syabu kut
    bahtiar
    October 17, 2005   08:30 AM PDT
     
    aduhhh.. enaknya....
    itikQUACK
    October 17, 2005   04:28 PM PDT
     
    apakan daya kak nina, panther tu dah janji nak jd baik, susah woo bawak watak baik tu.. sbb tu kena tukar identiti :'( ..
    wahahahahaha.. telur terubok tu mmg sedap makan ngan nasi panas.. sedapnyaaaaa... err.. tak blh nak pos ke bonai, takut telur terubuk tu menetas jd ikan dlm perjalanan ke sana, nanti kempunan akak nak makan telur terubuk..kesianlah kat akak nanti..

    err.. tak suka kek roll arr kak nina.. bglah resepi pancake tuna ke apa ke (serius ni)
    eita
    October 19, 2005   11:37 PM PDT
     
    *laga pipi ngan kak nina* London swiss roll tu glamer akak. Ari2 ada kt dlm tv. Duta dia, Erra Fazira. Err.. kalau akak nak amik duta tuk swiss roll akak, amik eita je lah… hiks!
    Nina
    October 22, 2005   07:07 AM PDT
     
    Bahtiar, suruh s3 wat lh :D :D :D

    itikQUACK pancake Tuna???? ingat ko mkn hampas kelapa jek.. hi taste rupanye itik nih

    Era Fazera???? tak pernah tengok pon :-S, boleh kalo nak jd duta kek roll akak, tp akak tak guna nama swiss tuh.. nak guna bonai roll amacam???? :p
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Blogdrive