Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << June 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02
    03 04 05 06 07 08 09
    10 11 12 13 14 15 16
    17 18 19 20 21 22 23
    24 25 26 27 28 29 30




    Thursday, June 07, 2007
    Jaiyieeet...

    Five Basic Stitches

    Straight stitch

    The most basic of stitches can be used for numerous effects, some of which are shown at left.

    1. Bring up at A, pull through.

    2. Insert down at B, pull through.

     


    Ribbon stitch

    This stitch makes great leaves or petals, and works only with silk ribbon.

    1. Bring up at A, pull through.

    2. Lay ribbon flat on fabric and insert needle at B, piercing ribbon and pulling through slowly. Ribbon will curl into B, so don't pull tightly, or effect will be lost. To vary curl, pierce B to right or left of center of ribbon width.

    Tip: If ribbon appears straight and narrow, make another stitch on top of first one.

     


    Lazy daisy

    Use for petals or leaves with ribbon, floss, or perle cotton.

    1. Bring up at A, pull through.

    2. Make loop in direction of other end of stitch and insert at B, a thread or two to side of A. Pull out at C, in direction needle points until loose loop is formed, then stitch back down at D. Note: To prevent ribbon from twisting when it's drawn through fabric after pulling out at C, arrange it around needle so it's flat. Gently hold in place with thumb while sliding needle and ribbon through.

     


    French knots

    1. Bring up at A, pull through. Holding ribbon or thread, lay needle on top.

    2. Wrap ribbon or thread around needle two to three times. Insert needle at B a thread or two from A. Gently slide wrapped ribbon/thread down needle to rest against fabric, and pull through.

     


    Stem stitch

    Use this stitch for flower stems and outlining.

    1. Bring up at A, pull through.

    2. Insert needle at B on stem line. Holding thread below line, pull out at C directly in line with last stitch (not above or below) and 1/8 in. from B, pull through. Continue to end of line, making sure thread is always held below line of stitching.

    Five stitches to add to your repertoire

     

    Woven rose

    This makes a beautiful ribbon flower and is very easy to do. An example of the stitch can be seen on the black silk scarf. To make this rose, stitch a foundation of five straight stitches, like the spokes of a wheel, in sewing thread that matches the color of your silk ribbon (see drawing at lower left). Thread the needle with the silk ribbon and, working from the center out, bring the needle up at A, and pull through. Weave the ribbon around the spokes by sliding the needle over B, then under C, alternating spokes all around the wheel, without piercing the fabric. Continue weaving until the spokes are full. Pull the ribbon loosely, allowing twists in the ribbon here and there. Bring the needle down at D, pull through, and knot off.

    Feather stitch

    This is the basic stitch used for crazy-quilt embroidery (as seen in this crazy-quilt tote bag).
    1. Bring the needle up at A, pull through, loop the thread to the right. Bring the needle down at B; up at C, leaving the loop under the needle, and pull through.
    2. Loop the thread to the left. Bring the needle down at D, up at E, leaving the loop under the needle, and pull through.
    3. Repeat.

    Fly stitch

    This is a good stitch to use for leaves on each side of a flower bud. Examples of the fly stitch can be seen on the Christmas ornaments: on the stocking in ribbon, and on the fan in thread. To work, bring the needle up at A, pull through. Loop the ribbon to the right, bring needle down at B, and up at C, with the loop under the needle. Bring the needle down at D and pull through.

     

    Fly stitch fern

    This stitch is ideal for filling in floral designs, the same way a florist would fill in an arrangement with ferns (if stitched in perle cotton) or sprigs of leaves (if stitched in ribbon). The crazy-quilt bag features this stitch among others. To make this stitch, work from the top of the fern leaf to the bottom. Start with a straight stitch, and bring the needle up at A, and down at B. Bring the needle up at C, loop the thread or ribbon to the right, bring the needle down at D and up at E, leaving the loop under the needle and pull through. Bring the needle down at F and up at G to start the next stitch.

     

    Split stitch

    This stitch can be worked in a straight line or a curve, as in the pumpkins on the burlap vest. To work, bring the needle up at A, pull through. Loosely lay the ribbon flat on the fabric. Bring the needle down at B (about 3/8 in. from A) splitting the ribbon. Bring the needle up, split ribbon at C, pull through. Repeat for desired length.

    ~Sekapur Sirih~

     

    KakmOn rampok basic stitch ni kat web TAUTON(for people who love to stitch). Pada cik Kiah, cik Bedah, cik Gayah dan soma lah yang terpikat ngan peysen riben kakmOn ari tuh, korang bolihlah mencuba skill masing-masing.. Bila dah siap nanti, habaq noo.. Wink 

    Skang  nak masok makmal, nak wat eksperimen RISOTTO ngan Mario Bross Big Smile.. 

    Buon appetito always! ~kakmn~


    Posted at 06:02 am by ninasuria
    Sekacip pinang  

    Tuesday, June 05, 2007
    Subalah dinding..

    Satu malam di bulan Mei di ruang tamu. Aku duduk dimeja makan sambil melayan magazine House & Garden. Sebuah almari antik cina menghadang pemandangan ku dari tempat adik buat kerja sekolahnya bersendirian. Tiba-tiba adik memecah hayal ku.

    Adik: Babuuuu... 234 X 5 = 1170?

    Babu: ehmmmm... Awu. Setelah berapa minit menghitung, guna mental arithmetic.

    Adik: Babuuu.... 1535 / 5 = 307?

    Babu: Mengaru kepala lagi.. Very good! Pandai adik!

    Adik: Babuuu... 1107 kali 307 jawabnya 339849?

    Babu: Duh!...  Adik! Pinjam pen n kertas kajap. Babu kira dulu.

    Adik: Menghulurkan pen n kertas sambil tersungging senyum.

    Babu: Corat coret atas kertas. Dapat figure 339849 Shocked

    Babu: Excellent! Bergeliga gak kapala hotak adik nih. Dalam hati ku berkata.

    Adik: Babuuuu... 82 X 120 / 9 = 1093.33

    Babu: Hurmph Berdiri meninggalkan magazine yang ku baca lalu mendapatkan adik..

    Adik: Menekan punat calculator di dalam tangan Shades

    Babu: Adiiiiiiiiiiiik Angry

    The moral of da stori, buanglah calculator Big Smile Cikgu Soraya releven kah ini?

    Semalam adik membawa pulang exam papernya yang penuh gemilang; A+ kesemua papernya, cuma bahasa cina II sahaja dia dapat bunga raya. Bang Mat sampai cium si gebu adik hingga lemas...

    ~Sekapur sirih~

    Semalam entah angin apa bang Mat bawa kakmOn beli guling tangan kat HK. Aku yang memang dah di rasuk Dang Amai ni terus saja melompat kegirangan. Mengalahkan Leynah dapat coklat Patchi sebalang.

    Nasib menyebelahi aku lagi. Bang Mat yang terbiasa tutup lampu awal kini terpaksa menungkat mata menyiapkan laporan kerja 2minggu di Kota Belud. Lalu apa lagi yang paling membahagiakan aku... Sehelai napkin pencen ku dah bertukar menjadi tutup balang kaca yang cantik bersifat 24.. Tengkiew banggggggg..

    Nak tengok lagi jari amai ku.. Jom masuk rumah sebelah.


    Posted at 06:18 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (4)  

    Saturday, June 02, 2007
    Jari amai ku

    Teruja dengan ribbon embroidery Martha Stewart Living, lalu semalam aku bakakas(menyelongkar) kembali crafting materials and tools dalam peti Doraemon ku. Ini lah hasilnya.

    Aku masih belum puas sebenarnya. Dengan waktu bang Mat ada dirumah membuatkan jari amai ku terbatas. Dalam kepala penuh sarat dengan idea diyamon kakmOn... Sabarlah sayang... Dua pekan lagi...

    ~Sekapur Sirih~

    Sudah lama aku meninggalkan hobi ku yang satu ini. Sepetang bersama Klavu scrapping dibungalownya sehingga terleka sudah pukul 9:30 malam. Sampai dirumah pembantu seksokkan si abang ngan si kakak buka padang hoki dirumah.  Sehinggakan si kakak dapat pingat Mayor tiga paku di bibir. Aduh!


    Posted at 07:12 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (3)  

    Wednesday, May 30, 2007
    Taim Pasang Badan


     

     

     

     

     

     

     

    Taim pasang badan. Itu kata Wan Empok. Huuuuuuh *big sigh*. Rasanya macam aku baru saja sedar dari pengsan kena hempap pengetok besi bang Mat. Belek diri dalam cemerin. Huuuuuuuuuuh *big sigh* lagi. Terkenang daku n3 kak Meen ari tuh. Untungnya isteri orang tuh dapat sebuah motoCAAAR bila turun badan 20kg. Bertuahnya badan..

    Selongkar balik timangan kakmOn dalam stor. Naik. Jarum laju berpusing. Rosak lagi timangan nih!. Lompat turun. Duh!. Malas arghhhh. Belek lagi diri depan cemerin. Arrrrgh!. Baik ikut kata Klavu; JANGAN PANDANG CERMIN. Nak tido arrr..

     


    Posted at 07:41 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (4)  

    Monday, May 28, 2007
    Takdir

    Oleh - Norisah A.Bakar

    Pemenang anugerah novel Singapura anjuran PERSADA

    SAYEMBARA NOVEL WATAN 2

    Terbitan Pustaka Nasional Pte Ltd - 2004

     

    Sebuah nobel yang menarik merupakan teka-teki buat para pembaca berliku dalam suspense dari awal hingga akhirnya. Kerana cemburukan Rauf Jamilah, Ambri langsung meninggalkan isterinya yang menyebabkan Jamilah meninggal dunia setelah melahirkan Hanani. Hanani kemudian diserahkan kepada Rauf untuk dibela dan dipiliharanya, padahal kehadiran Hanani dalam rumah tangga Rauf tidak pernah disenangi oleh isterinya Enon. Sebab itu Hanani hidup tersisih tanpa mengetahui akan perkara yang sebenar mengenai dirinya.

     

    ~Teks di belakang kulit nobel~

     

     


     

    TAKDIR memaparkan kisah hidup sebuah keluarga yang renggang akibat tragedi yang mengaibkan. Dengan berlatar balakangkan kehidupan di Segamat, Malaysia dan kehidupan di Namly Avenue, Singapura. Dua saudara kandung; Haji Ismail hidup tenang bersama keluarganya dikampong dalam kesempitan dan kekurangan dibawah kesyukuran dan nikmat yang diberi oleh NYA, manakala Rauf hidup teggang di kota metropolitan yang mewah dengan materi dunia bersama seorang isteri yang sombong berlagak dan tiga orang anak kandungnya yang sifar ilmu agamanya.

     

    Dengan membangunkan watak-watak yang kukuh ini; Hanani, Enon, Rauf, Danial, Anuar dan Khalid, penulis berjaya mengupas kehidupan orang elite yang tipis iman dan bebas bergaul tanpa sempadan. Jurang kehidupan kota dan desa begitu ketara sekali ditulis.

     

    Takdir membawa aku hanyut dalam dunia Hanani yang penuh misteri. Perasaan sedih, sakit hati, marah dan geram berbaur menjadi satu. Aku sedih bila mengingatkan nasib Hanani yang di tinggalkan tak berayah dan beribu. Aku sakit hati pada sikap Ambri yang gelojoh. Aku marah pada Rauf yang tunduk dibawah telunjuk isteri. Aku benci pada Enon yang materi. Aku geram pada Danial yang rakus.

     

    Kerna takdir Hanani terbuang dari ayah kandung. Kerna takdir Hanani ditunangkan dalam usia yang tak mengerti apa. Kerna takdir Hanani tersisih dari keluarga. Kerna takdir Hanani bertemu ayah kandung. Dan kerna takdir Hanani dapat menebus maruah ibunya kembali.

     

    Dengan gaya bahasa yang rengkas dan penggunaaan ayat-ayat yang tepat membuatkan  ceritanya menyusur laju untuk di baca.

     

    Penulis cekap mengembangkan sebuah cerita biasa menjadi sebuah cerita yang luar biasa. Persoalan demi persoalan dianyam begitu teliti. Tali-temali persoalan yang kusut itu di leraikan satu persatu dengan penuh debaran. Disinilah aku selalu menilai kejayaan seorang penulis. Dan aku suka cara penulis ini menutup tirai TAKDIR nya dengan meninggalkan tanda tanya. Dan sekalung tahniah ingin ku ucapkan kepada Norisah A.Bakar berjaya membuat ku membaca hingga ke titik akhir tulisan beliau.

     

    ~Sekapur Sirih~

    Buku-buku dari PBAKL 2007 masih semak di ruang makan menanti ku. Malah buku yang ku beli pada PBAKL 2005 pun masih ada lagi yang berbungkus belum ku buka. Esok adalah hari terakhir untuk ku bermalas-malas. Lusa bang Mat dah balik semula kerumah. Aku terpaksa menanti dua pekan lagi untuk menyambung semula mood membaca ku yang terpaksa di tinggalkan malam ini. Adusss...


    Posted at 07:55 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (4)  

    Saturday, May 26, 2007
    Nasi Briyani Keluarga KakmOn

    Untuk menyambut seruan Makcik Raja, kakmOn pun dengan hati walang menayangkan resipi Northern India yang hentah apa ini. Nanti ada pulak yang merajuk, kakmOn pilih kasih Tongue . Dok go Italy aja. Kalau ada yang silap, Mak Cik Raja tolun kakmOn yah!.

    Jadi pagi tadi kakmOn pon siapkan juadah Briyani Shan dengan Ayam Madu versi labok kakmOn. Klavu tolun jangan kompey ngan Briyani Ayam Madu IINSAF yah!. Dan satu lagi, kakmOn gelabah taruk garam sampai dua ton *semunyikan muka merona celak 50sen*.

    Nak salin resipi, pi rumah kakmOnyang disubalah. Kesian dah lama kakmOn tak membersihkan sarang labah-labah kat situ.

    ~Sekapur Sirih~

    Hari ini tahap kerajinan ku meningkat. Lalu aku pun buat lawatan YB kat rumah kengkawan. Luar biasa kan??? Dah lama kakmOn tak blogrolling.. Entah mungkin kerana *tuuut*. Dah lah dah. Tak nak merapu panjang-panjang.

    Jom kita makan.. kalau ade LASI, lagi ler sedap kan Mak Cik Raja kan!


    Posted at 12:45 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (9)  

    Friday, May 25, 2007
    Kenangan yang terindah

    Foto ini hanya hiasan sementara menanti bang Mat kembalikan kamera kakmOn.

    Seminggu ini aku sibuk dengan  tempahan catering makan untuk 15orang. Yang menempah memberi kuasa vetto untukn aku memilih hidangan yang sesuai. Lalu dengan hidangan Italy versi Imaen ini lah ku jamu mereka. Inilah bahana membaca tulisan beliau; Vendetta. Kalau dia buat iklan untuk biskut coklat kakmOn, mungkin kakmOn tak payah palu kompang kat kaki lima.

    Saat aku membuat Kupang Hijau Panggang bersama Keju Parmesan terbayang kek keju mangga. Aduhaiiiii dimana kau keju, dah sepurnama aku mencari namun tak ketemu...

    Jom kita masak sama-sama Baked mussel wif parmesan..

    1 kg kupang hijau dibersihkan

    6 biji ubi kentang direbus empok dan dilecek

    7 biji bawang putih dicencang

    cawan susu segar

    cawan mentega

    cawan keju parmesan diparut

    1 pokok parsley dicencang

    1 camca makan pizza topper herbs

     

    • Bersihkan kupang hijau dan keluarkan isinya. Kemudian cencang kasar
    • Keringkan kulit kupang hijau dan ketepikan.
    • Sambil itu tumis bawang putih dengan sedikit mentega hingga naik bau.
    • Masukkan ubi kentang dan susu. Masak lagi.
    • Aduk hingga sebati. Pastikan ubi kentang licin dan tidak berketul.
    • Masukkan isi kupang hijau dan daun parsley, kacau sebati dan masak lagi 1 minit.
    • Ambil kulit kupang hijau isikan dengan adunan ubi kentang tadi.
    • Taburkan parmesan keatasnya dan bakar dengan suhu 200 celcius 10 minit.
    • Hidangkan sementara panas.

    Maaf fotonya belum sempat di pukol(di ambil). Kamera kakmOn kena sembar bang Mat. Lain kali aje yah!.

    ~Sekapur Sirih~

    Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sudah lama berlalu namun pengalaman manis dan suasana yang riuh ceria masih terbayang-bayang di ruang mata ku. Masih terngiang-ngiang suara Birunila yang manja.

    Bukan Birunila saja, malah Si Wan Empok dan kaum kerabat Mak Cik Raja jugak.

    Jid yang kecil mulus. Kenapa yah! nama Majidah ni orangnya comel lot aje. Librarian kita bernama Majidah pun juga begitu. 

    Notie yang malatop, teruja kakmOn tengok daaaah... jeles huhuhu jeles.. cukup jeles. Insya Allah kakmOn akan cuba khatamkan dan doakan kakmOn seperti isteri yang terpatri di kitab ijau itu. 

    KnOOr yang gempaq. Nawwir yang manis. Anim yang cun, psst apa rahsia??? Wan yang ayu. Nacha yang vougue. MamaEra yang comel.  Alamak tak bolih stop lak kakmOn memoja. Kejap yah! Aku nak sambung sikit jer lagi.

    Pink yang jambu. KakmOn berkenan betul ngan promoter Mak Cik Raja yang satu ini. Pssstt taim balik Utara.. Ada tak Alang Mido tertido atas bahu??? Lupa pulak kakmOn pinjamkan engko kitab tebal ijau Notie tuh...

    Redsport Car! terpegun kakmOn tengok engkau yang sopan, Wa caya Lo. Engko memang bukan cinta biasa kakmOn. Sayang engko sesangat.  Tahniah atas kelahiran nobel yang terbaru. Akan ku seru nama mu bila bulan penuh mengembang...

    Infa! kau masih bertahan dicarta pelangi. Dalam diam mu hanya mata kita aje yang berbicara. Ouch.. jiwangnya ayat kakmOn nih.. Arcacacacaaaaa...

    Nurdia! terimakasih atas sebuah ukhuwah yang manis. Walau penat mu belum usai, ko redah jugak PWTC, ATAS NAMA RINDU.

    Sarah tengkiew honey bunny, Leynah suka sangat kaki Si Ellie Fun yang bergoyang-goyang itu. Comel sangat.

    Achik! walau kita sempat bermesra sedetik cuma namun sudah cukup membuat kakmOn senyum tak cukup mulut. Terimakasih berjuta-juta lemon mengharungi  gelap malam balik ke Utara hanya ingin bersama da7crownies, walau hati terkilan tak dapat bersama Cik Siti Angun Manis dan Si Ucu yang nakal. Ucuuuuuuuuuuuuuuuu diamana dikau...

    Anis Ayuni dan Meen Zulaikha; terimakasih kak.. sudi bertandang ke booth 3155. Rasa terharu sesangat.

    Carrie tak sangka kakmOn jumpa pengulas yang cantik lawa ni. Terpegun kakmOn dibuatnya. Terimakasih jua menyokong BTBA. Tahniah sudah berhasil membuat sebuah nobel. Semoga tulisan Carrie dapat mendidik pembaca-pembaca diluar sana.

    Rnysa bertemu dengan mu.. KakmOn terbayang Syah memakai kimino dengan terompah sedang mengutip sakura yang jatuh. Terimakasih pada karangan mutiara pink jambu itu. So sweet...

    Ruby terimakasih jua. Masa begitu pantas merampas kemesraan dan gurau senda di gerai Mak Cik Raja. Yang tinggal hanya kenangan yang terindah..

    Dang Wangi dan Dang Kalas, maaf kali ini pertemuan kita terlalu singkat padahal rindu belum lagi usai, jika DIA mengizinkan akan ku hentikan waktu berdetik... Sedih menyusup jua bila mengingatkan Dang Lapan bersaudara tak dapat bersama. Dang Inoi dan Dang Sari mungkin satu waktu kita akan berkumpul bersama mengenyam kenangan yang terindah. Dimana yah!


    Posted at 09:40 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (10)  

    Thursday, May 17, 2007
    Gayah Enterprise

    Ini drama Gayah Enterprise yang tertunda. Tapi aku nak tayangkan jugak. Bolih kannn???

    Dua hari sebelum berlepas ke PBAKL aku sudah rasa tak cukup oxygen. Biskut coklat belum habis siap semuanya. Kotak yang ditaja Klavu pun belum lagi ku ambil dari tuannya. Dalam kepala masih berkira-kira untuk mengemaskan coklat-coklat itu masuk kedalam kotak comel Klavu. Bukan apa, takut bila sampai KL nanti coklat itu cair macam makeup amoi $1.80 cik Kiah. Akhirnya aku membuat keputusan tidak mengemaskannya. Aku cuma kemaskan coklat itu macam cik Gayah jual baulu dibulan puasa.

    Pagi jumaat bersamaan 4hb Mei 2007 aku berangkat dari rumah pukul 9:00 pagi menuju Lapangan Atarabangsa B.S.B. Sejam sebelum berangkat itu aku masih kelabu dengan containeryang penuh beraneka kuih, belum lagi kemas ku masukkan kedalam travelling bag. Melihat keadaan ku yang serabai macam perempuan baru beranak sulung itu... Bang Mat sudah mula memberi motivasi SEVEN HABBITS percumanya. Aduuuuuh rasa nak sumbat aje mulut bang Mat yang potpetpotpet itu ngan scone yang ada ditangan.. Hati setan ku mula bernyanyi riang. Astaghafirullah... Ya Tuhan, jauhi aku dari syaitan yang di rejam. Padan muka aku yang tak pernah mengambil iktibar dari kesilapan lalu. Alaaaaa Kassim.

    Tak sampai sumbat mulut bang Mat, kakmOn sumbat sekilo coklat gelap, sepaket coklat putih, sepaket coklat urai, sepaket badam cenceng dan tiga keping acuan candy kedalam beg sandang bang Mat tanpa pengetahuannya. Dah tak bolih diselamatkan dah. Saat-saat kecederaan. Kalau masa menyebelahi aku nak buat coklat kat dapor Legend muahahaha.

    Nasib tak menyebelahi aku. Rupanya kami kena turun kapal belon semasa mendarat di Singapura. Ingat kapal tu cuma menurunkan penumpang yang ke Singapura. Allahu Akhbar.

    Maka sekali lagi bang Mat menjadi mangsa untuk mengendong beg yang penuh berisi kaum kerabat Mak Cik Raja; Birunila, Pink Jambu, Pinky Ball dan bermacam-macam lagi sepupu sepapat Cik Idah. Kalau nak ditinggalkan dalam kapal belon, takut vacum cleaner kapal belon itu pulak yang balun. Merana cik Gayah tak tidur dua hari dua malam siapkan semua tuh.

    Dipendekkan cerita. Sampai di hotel dah pukul 5:00 petang. Badan lelah, lekit dan kebulo. Terus turun kebawah mengisi perut. Dalam sebok mengunyah tu ingat pulak janji ngan Puan Pengarah dan cik Idah. Jadi aku buat shortcut lagi. Invite cik Idah minum dan dalam kepala akal diyamon kakmOn pun mula merancang apa yang perlu dibuat. Ngeh.. Ngeh.. Ngeh.. tiru gaya evil Klavu.

    Sampai aje cik Idah depan mata, apa lagi drama sebabak pun bermula. Laga pipi kiri-kanan. Sowi kakmOn WANGI!. KakmOn kidnap cik Idah terus naik ke hotel. KakmOn pun mula lah projek Gayah Enterprise kat bilik hotel tuh. Kesiannya Puan Pengarah kena kerah buat kotak Klavu dan Mak Cik Raja pulak kena susun Si Pink Jambu dan sepupu sepapatnya masuk dalam kotak Klavu... Ampon kan kakmOn cry


    Posted at 06:09 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (11)  

    Wednesday, May 16, 2007
    Menggilap Permata

    PROGRAM MENGGILAP PERMATA (MP) SEMPENA CUTI SEKOLAH 27 - 29 MEI 2007 DI MTI DERANG, KEDAH

    (Daftar MAIK 1/85 - diasaskan oleh Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff pada 1981)

    Manfaatkan cuti sekolah Anak-anak kita. Mereka adalah Permata yang Wajib digilap. Terbuka untuk pelajar putra dan putri berusia 10 - 15 tahun.

    Tumpuan utama: a- Praktikal solat, b- Bacaan Al-Quran, c- Asas Tulisan
    Jawi dan d- Motivasi Islami.

    Sila hubungi Sekretariat MP di talian 04-7141620, HP- 019-4754768
    (Ustaz Zaky 24 jam) website atau emel: ppmmtid@gmail.com


    Posted at 02:55 pm by ninasuria
    Sekacip pinang  

    Sunday, May 13, 2007
    Selamat Hari Ibu

    Rindu menggamit lagi

    Jejak-jejak yang ku tinggalkan semalam

    Ku datangi kembali

    Pada harum kemboja

    Pada pusara yang menanti setia

    Ku basahi dahaga kasih mu

    Dengan secangkir doa kudus

    Untuk mu bonda..


    Ibu..

    Ibu..

    Ibu..

    Engkaulah..

    Ratu hati ku..

    Selamat Hari Ibu semua...

    Alhamdulillah. Syukur kehadratNya telah melicinkan urusan penerbitan buku resepi Bagas Tangan Bu Apsah.  Bertepatan sekali kedatangan buku resepi ini di bulan  kita menyambut Hari Ibu sedunia. Rasanya inilah hadiah yang paling besar yang dapat ku hadiahkan kepada ibunda tercinta, walau kami sudah terpisah di dua alam yang berbeza. Semoga dia aman disana. Al - Fatihah.


    Posted at 07:35 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (3)  

    Next Page


    Blogdrive