Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << November 2006 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04
    05 06 07 08 09 10 11
    12 13 14 15 16 17 18
    19 20 21 22 23 24 25
    26 27 28 29 30




    Wednesday, November 29, 2006
    Kakak diINFORAMA 2006

    Kaka bawa balik trofi INFORAMA bersama sijil dan wang tunai BND80.00

    Sejarah ringkas - Inforama adalah satu pertandingan komputer kebangsaan. Ianya dimulakan pada tahun 1996 diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam dan organisasi swasta seperti Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn. Bhd. demi memberi kesedaran betapa pentingnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat awam dan pelajar-pelajar. Dan sejak tahun itu pertandingan ini dijadikan projek tahunan Kementerian Pendidikan hingga kehari ini.

    Objektif - Memupuk minat dan kemahiran peserta dalam bidang ICT. Serta melahirkan penuntut-penuntut yang berpotensi menjadi ketua yang cekap, memiliki semangat juang yang tinggi, bekerja berpasukan dan mempunyai nilai sosial yang tinggi.

    "Kemudahan dan penggunaan ICT merupakan salah satu indikator dalam mengukur pencapaian dan kualiti pendidikan. Apa yang penting bagi sekolah-sekolah ialah supaya pengajaran dan pembelajaran ICT itu dintegrasikan merentas kurikulum dalam semua mata pelajaran dengan membuat lebih banyak aktiviti konstruktif untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman dan minda pelajar-pelajar." ~Dato Paduka Hj Sheikh Adnan Bin Shiekh Mohammad. SUT Kementerian Pendidikan~
     
    "BSP sentiasa berusaha dan meyokong projek atau akhitiviti yang dapat membantu prestasi pelajar dalam bidang akademik dan teknologi, dalam melahirkan warga negara yang berilmu dan berdaya saing diperingkat kebangsaan, serantau mahupun antarabangsa." ~ Hj Zainal Abidin Bin Hj Mohd Ali. Timbalan Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn. Bhd.~
     
    ~Sekapur Sireh~
    Tahniah untuk kakak dan pasangannya Melissa telah berjaya menumpaskan 33 buah sekolah menengah rendah dinegara Brunei Darussalam dalam kategori Level 2 - Internet Acitivity bertemakan Invention Cars. Walaupun mereka tidak berjaya membawa pulang trofi kemenangan secara berkumpulan untuk Chung Hwa Middle School tapi sudah cukup membahagiakan aku dan keluarga. Well done sayang..

    Posted at 07:09 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (3)  

    Saturday, November 25, 2006
    Itik oh Itik

    Roasted Duck with cranberry sauce

     

    A

    1 whole duck, neck and giblets removed (Kak Mon beli yang frozen jer, nak semelih??? urghhhhh)

    6 t.s  sea salt (kalau tak ade stok guna aje garam Pakcik Aziz tuh, kau campak 1ton pun tak ape)

    3 t.s black peppercorn.

    50gms ginger(minced).

    1 clove garlic(minced).

     

    B

    1 celery(chopped)

    1 spring onion(chopped)

    1 t.s teragoon(dried)

    1 lemon rind

     

    C

    225gm cranberry sauce(bottled)

    250gm frozen mix berries

     

    Rub the duck  inside and out with the ingredient (A). After an hour drain out the liquid from the duck and steam for 45minutes. Then take the duck out and discard all the liquid. Stuff with ingredient (B). Roast for 1 hour with 180 degrees celcius. Then turn the duck side up and pour the cranberry sauce. Lastly sprinkle the frozen mix berries and roast another 15minutes with 250degrees celcius.  You can add lemon juice and chopped chillies before serving.

    ~Sekapur Sireh~

    Ini lah pertamakali itik masok kekuali kakmOn. Rasa ingin tahu yang selama ini menghantui telah terjawab. Tak sangka juadah itik yang tak pernah masok dalam kamus keluarga kakmOn, kini sudah memecah rekod keluarga. Kira 'Hari Ini Dalam Sejarah' lah tu. Penat kakmOn tunggu 'orang tuh' nak menjamu dia menu teristemewa peti ais dua pintu. Tapi dia tak nongol-nongol. Akhirnya setelah kakmOn bentang tilam nak beradu, baru 'orang tuh' bersuara... huhuhuhu.. nasib kau itik...

    Pssstttt rupanya Si Itik quack ni sedap jugak yah! Isi dagingnya macam rasa daging mooooooo... Aku ingat daging itik nih liat.. Tak payahlah cik Kiah nak asah parang. Siapa-siapa nak santap itik quack ni, sila lah...

     


    Posted at 01:09 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (8)  

    Thursday, November 23, 2006
    Summer Fruit Pie topping with meringue

    Crust

    300gm self rising flour(sifted)

    60gm frozen president butter

    60gm shortening

    60gm water(cold)

    1 egg yolk(whisk lightly)

     

    Filling

    250gm Apple and cranberry pie filling(canned)

    250gm Mix Summer Fruits(frozen)

    300gm browning sugar(Light)

     

    Topping

    5 eggs white (room temp)

    350gm caster sugar

    2 t.s corn flour

    1 t.s vinegar

     

    1. Cut butter and shortening into chunks.

    2. Add in flour and rub with your finger tips until bread-like-crumbs form.

    2. Add in egg yolk and mix well by using knife.

    3. Pour water gradually and mix well. Once the mixture is combined and forms a ball, knead the dough by your hand until smooth and elastic a bit . You can add more flour if your dough still wet.

    4. Allow dough to rest in refrigerator 20 minutes before rolling.

    5. Roll the dough on a flat clean surface and transfer to the pie plate and prick with fork to prevent shrinkage. Bake the pie crust about 10minutes at 180 degrees C.

    6. Fill it with pie filling as shown in the picture.(Click here)

    7. Put it back into the oven and bake 20minutes at 180 degrees C.

    8. Top with the meringue(see my previus post on pavlova) and bake another 10minutes with 250 degress C.

     

    ~Sekapur Sireh~

    Alhamdulillah hari ini aku kembali duduk dikerusi ku semula. Setelah dua hari kami menjadi 'bai jaga' di persidangan ahsyemmmm... Berkerja disebalik tabir memanglah meresahkan. Yah resah! Memang aku resah. Walau aku hanya orang kecil. Tapi tanggung jawab yang amat besar diletakkan dibawah bahu kecil kami itu amat menakutkan. Resah takut ada kesilapan teknikal yang tidak dapat kami tangani. Maklum persidangan itu melibatkan orang-orang VVIP negara-negara ASEAN. Dan yang ngerinya lagi Si Pemerhati bermata biru yang selalu mencari kesilapan kita. Dan resah lagi.. kerna menanti sesuatu yang tak pasti.

     

    Ini janji ku; Pie Puteri Salju. Kenapa aku gelar begitu??? Sebab, dia ada ikan Tongue .Ingat pulak iklan vitamin nih. Ok kembali kepada sebab-musebabnya. Pertama kerana aku menggunakan buah-buahan yang tempat tinggalnya dinegara salji. Sebab kedua pulak, buih putih telor itu memang menyerupai salji. Sejuk jer tengok kepulan buih putih telor tuh.  Kalau nak terai pie ini memang sesuai untuk hujung minggu nih. Tapi kakmOn pesan janganlah 'modify' gula yang disarankan itu. Kang jadi pulak macam kakmOn. Makan pie yang manis diluar masyem didalam. Bak kata arwahR.Tompel dalam filem Ahmad Albab; "kopinya hitam, pekat, melekat.. tak de gula tak de ma'na".

     

    TIPtop Peti Ais Dua Pintu

    1. Kalau nak kulit pie anda ranggup gunalah tepung gandum biasa(all purpose flour)

    2. Kalau nak kulit pie macam tekstur roti, gunalah tepung berprotin tinggi.

    3. Kegunaan lemak dan cecair jugak dapat mempengaruhi kulit pie anda. Cuma satu pesan kakmOn guna kaedah 3-2-1 untuk kering-lemak-cecair.

    4. Pastikan anda menggunakan lemak dan cecair yang keluar dari peti ais dua pintu. Satu pintu pun memadai Big Smile.

    5. Terlalu lama mengadun doh juga menambah kekurangan perisa kulit pie anda.

    6. Pada yang novis tolong jangan pandai-pandai modify yang kita tidak arif.

    7. Untuk yang pro pulak, be adventurous sikit!. Seperti mentega misalnya, kita boleh guna minyak atau krim keju sebagai ganti. Dan bahan air tukar pada susu atau krim atau anda boleh cuba gantikan dengan jus minuman.. amacam??? 


    Posted at 12:10 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (2)  

    Tuesday, November 21, 2006
    Jari Dang Amai

    Membaca Blog NinaSuria cukup happening walaupun tulisannya agak selamba dan bersahaja tapi penuh dengan kesederhanaan tentang kehidupan seharian yang dipelopori oleh pengalaman dan senda gurau kehidupan. Mungkin saja minat NinaSuria terhadap Novelia membuatkan tulisan blognya banyak juga dipengaruhi oleh caragaya penulisan kreatif, dari fragmen kata seperti peti ais dua pintu dan mata belalang sehingga ke peristiwa mengurus kantin, ekspedisi Mulu, taman bunga nina dan sebagainya menjadi rempah ratus blog tersebut. Dengan membaca tekstual seperti artikel 'Mangkanan Brunei' yang baru ditulisnya membawa kita beralih ke memori silam dan buat warga Brunei yang berjauhan dengan budaya dan tradisi semulajadi tanah air tercinta, blog NinaSuria sering menjadi teman pelepas rindu dendam, apatahlagi blog tersebut juga dijadikan rujukan resipi yang cukup menyelerakan dan pelbagai. NinaSuria juga petah dengan pelbagai prosa kata Brunei seperti gantinama Dang Amai, Dang Kalas, Dang Ayang dan sebagainya mengindahkan lagi Bahasa Brunei di persada antarabangsa, itu sebagai khazanah kata prosa melayu nusantara. Terima kaseh Nina kerana bersahaja dan berkongsi cerita yang kekadang membuat kita semua sedih dan ketawa. Itulah sebenarnya evolusi IT yang memperkenalkan BLOG untuk pusat berkomunikasi. Keep it up.

    Kebelakangan ini banyak Blog yang dibaca dan setiap blog yang ditemukan cukup memberangsangkan dan dijadikan panduan untuk lebih mendalami penulisan blog ini. Misalnya saja Blog Ranoadidas, Maurina, Bandar360, Brunei Resources, Bibiran, Parking Idiot dan lainnya dijadikan sebagai Blog rujukan untuk mendapatkan informasi semsa disamping berkongsi pengalaman, pengetahuan dan memori penulisnya. Tulisan mereka berlainan antara satu blog dengan yang lain, caragaya penyampaian artikel juga berbeza, namun citarasa nya tetap sama, bersahaja, simple dan menarik. Well Done Guys! - Hopefully disatu masa nanti Brunei Bloggers akan dapat bersatu dalam sebuah kelab untuk sama berinteraksi.

    Penulis - Katak Kristal

    ~Sekapur Sireh~

    Susah-Susah Aje - Terimakasih KK. Inda pulang ku tecakap, telampau melambong kelangit nyinta.. takut ku melabok ketanah pulang.. Bah! Selamat memblog. 

    SIMAN - Setelah melihat silang pangkah isteri tuan Rozzan, hati ku pulak meletop-letop. Siman??? Yah aku memang siman. Aku nak siapkan, nak siapkan, nak siapkan…

    Dan selama dua hari itu aku cuba 'melasutkan'(menyusup) diri dicelah-celah kesibukan ku yang tak pernah surut. Cuma badan kak Mon aje yang tak mau susut. Nasib jari Dang Amai tetap terus 'beraut'(langsing). Kalau tak??? Entah lah Labuuuuuuu.

    Nah! tengoklah hasil Jari Dang Amai

    XPERIMEN keLABU... - Saudara sepusat sepusing ku buat majlis menjamu lagi petang jumaat lepas. Dia cuma nak aku buatkan mee hoon goreng pompuan lepas besalin . Shocked Alaaaaaah.. Yang tak guna 'face lifting' tu... Yang putih tu.. Yang pucat..  Haaaaaa.. kenal kan??? Tapi mee tu aku aku tak buat pon, aku suruh assistant kak Mon aje yang buat. Sebab kebelakangan nih, dia rajin sangat.

    Pssstttt kaorang nak tahu? Aidilfitri kali nih kak Mon dapat hadiah teristemewa dari saudara sepusat sepusing aku; my dear Sang Klavu. Beg yang dah lama  aku tempah kat dia tu lah...  Kaorang tengoklah sini. Tu lerrrr.. Hasil tangan dia. Tak percaya???. Tanya Birunila. Dia boleh keluarkan cop pengesahan. Dan hanya Birunila jua yang merasa apa yang ku rasa. Adek-adek yang lain. Tolong diam. Kita yang tua ooops bukan tua.. yang pangkat kakak dulu boleh dapat harta pusaka!  Alamak melalut lagi aku..

    Ok! Sebenarnya aku nak cerita pie gourmete yang manis berseri tuh, tetiba kak Mon pandai-pandai pulak ubah suai banyak bahan-bahannya. Maka.. jadilah pie kenyit mata. Ini semua idea kak Mon yang diayamon tu ler.. Korang tak percaya?? Betul.. Sumpah.. Wallah.. Angkat dua tangan. Kalau korang makan garenti main mata.

    Pie Kenyit Mata. Kalau nak resipi tunggu yah!. Rancangan tergendala sebentar. Kalau tak sabar jugak, tengok iklan dirumah sebelah kak Mon.


    Posted at 06:25 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (6)  

    Thursday, November 16, 2006
    Mangkanan Barunai

    Ada orang bertanya pada Nina. Kenapa aku tidak menulis entri kuih tradisi Barunai disini. Dengan jujur sejujurnya aku memang kurang arif dengan dunia kuih asli Barunai ini. Memang aku dibesarkan 'guring-limpang'(rebah-bangun) dengan mangkanan(kuih) melayu Brunei seperti kelupis, wajid, katilapam, tapai, puteri mandi, pulut panggang kasamak, jelurut, bungkol, pipes, jid manis dan banyak lagi. Kalau ku sebutkan satu persatu nama kuih tu.. pasti ada lidah yang kesilahau(terseliuh) bila menyebutnya. Maklum nama mangkanan(kuih) Barunai ini pelik-pelik. Bak kata Jalil Hamid dalam nyanyiannya; Makanan pelik-pelik.. tahi minyak tahi itik.. supir mandi badak berendam.. mata kucing mangga siam.. makan sayur pucuk paku.. masak rebus ibu kayu.. goreng ikan selah papan.. masak gulai ikan parang.. buah keras buat lauk.. pisang emas, pisang tanduk.. batang buruk cucor kodok.. Dah dah dah melarat pulak kak Mon merapik meraban.

    Berbalik pada cerita mangkanan tradisi Barunai ni, sejak aku sekolah rendah lagi aku dikerah arwah mak dan nenek bantu itu bantu ini didapor. Arwah atok saudara kita dulu seorang pemborong makanan kering dan basah untuk sekolah-sekolah di kawasan daerah Brunei-Muara. Untuk pengetahuan korang, disekolah kami rakyat Barunai diberi makan minum percuma. Memang bertuah saat dibawah payung Paduka Seri Begawan. Bas sekolah jugak disediakan dengan percuma. Asal kita rajin pergi sekolah aje. Alamak melalut lagi.. Gostan..gostan..

    Masih ingat lagi.. kalau nenek aku nak buat kuih rangin(semak n3 lepas), mak saudara aku tu lah yang selalu pinjam tangan aku untuk menggiling beras damal itu sampai menjadi dadak(tepong beras). Kadang dalam hati aku membebel jugak.. Bencinya.. nak gelek batu giling tu.. Duhhhh.. Batu tu bukannya ringan pun. Dengan kudrat aku yang baru umur 10-11tahun(dulu badan aku kecik daaah). Phewwwwww kuar muscle popeye dibuatnya. Lagi lah aku terdera bila terdengar suara kawan-kawan seronok bermain dibawah rumah.

    Beberapa tahun kemudian datang lah mesin kisar moulinex membuka era baru. Huhhhhhhhhhh punya lah lapang dada aku.. lepas balak. Taklah kita bertekak lagi nak buat kerja 'body builder' tu dengan kakak sulong yang teramat dimanja nenek. Ooopsss aku bukan jeles.. Tapi memang betul. Nenek aku jarang sangat menyuruh kakak sulong aku buat kerja Puteri Abu. Asyik-asyik nama aku jugak yang kena laung. Tapi hari nih kakak sulong aku lebih teror masak tau! Boleh masak untuk askar 5 platon.

    Kalau tiba jadual kuih kasamak pulak, lain lagi cerita. Arwah mak suruh kita goreng kacang hijau tu dalam kuali besar tanpa minyak. Kacang tu bukannya sedikit mak oiiii, berkati-kati(dulu tidak guna metrik). Itu baru bab 1. Yang sakitnya bila waktu nak kisar kacang hijau tu dengan pengisar kopi. Bayangkan.. mesin tu bukan pakai karan. Kita kena guna muscle popeye untuk mengingkol.. Duhhhhh sakitnyeeeeeeeeee.

    Sekarang kita cerita pasal 'kalapak' pulak. Seperti yang kita tahu makanan tradisi melayu banyak menggunakan bahan kelapa. Itu pun jadi satu hal jugak. Nak parut kelapa tu??? Memang kerja yang sangat aku liat membuatnya. Bukannya sebiji dua.. kadang sampai melebihi sepuloh biji.. mak aiiiiii.. Nasib baik ada mak saudar aku yang memang tangkas buat kerja memarut nih.. Kalau nak tunggu aku, mungkin matahari timbul baru boleh siap.

    Bila bapa kita invent satu mesin parut kelapa pada tahun 1980(kalau tidak silap) baru lah lega sikit. Bapak aku ni kreatif jugak tau!. Dia guna enjin gergaji kayu. Diubah suai serba sedikit.. maka terhasil lah ciptaan mesin pengukur kelapa buatan Wang Saudin Wink. Sejak itu banyak lah orang kampong turut mengupah memarut kelapa pada kita ketika itu. Ada cerita nostalgik dengan mesin buatan bapak aku tu tau!. Nasib baik menyebelahi, kalau tak? nyaris-nyaris kakak sulong aku kehilangan jari manis kirinya dimamah mesin parut itu. Tak merasalah dia menyarung cincin tunang. Kusss semangat.

    Itulah serba sedikit pengalaman jerih yang membuat aku liat nak buat mangkanan tradisi Barunai nih. Akhirnya secret recipe keluarga hilang begitu saja. Dimamah era mangkanan penjajah yang memang punya kuasa Nato. Dan hari ini aku menyedari kepupusan mangkanan Barunai ini akibat tabiat malas kak Mon yang suka buat kerja dengan satu jari(tekan punat aje). Kecik-kecik tak mau mampos.. sudah besar menyusahkan orang..

    ~Sekapur Sireh~

    Kadang aku geli jugak mengingatkan nama-nama kuih moderen kita hari ini. Sejak awal 80an lagi aku masih ingat arwah mak mencipta kuih-kuihnya dengan nama-nama disekelilingnya. Waktu tu RTB menerbitkan rancangan mari memasak yang diterbitkan oleh Dk Mariam(kalau tidak silap). Memang rancangan itu popular diakalang kami orang Barunai. Kerana rancangan tempatan dulu-dulu memang payah. Pihak RTB telah menjemput arwah mak untuk 'hosting' rancangan tersebut. Maka acap kali siri mari memasak itu tiba, aku lah yang turun padang menemani emak membuat eksperimen terlebih dahulu. Hinggalah sampai ke set pengambaran. Pemilihan nama-nama makanan tersebut pulak mengikut kepopularitian orang atau musim. Dan mungkin ada yang pernah mendengar kek Syaitan(ada orang mengubah jadi mata hantu), Siti Muslihat, Dayang Senandong(cerita P.Ramlee waktu tu meletop), Ayam Salji, Ayam Nestum dan banyak lagi juadah-juadah yang dihasilkan arwah mak menjadi ingatan penonton. Dan rancangan tersebut telah ditontonkan di TV Singapura sebagai pertukaran rancangan TV Brunei-Singapura. Hinggakan ada kakak-kakak dan makcik-makcik kat pasar Geylang menghulurkan salam mengenali dirinya. Waktu tu arwah mak ke Singapura menemani adiknya menerima rawatan disana pertengahan tahun 80an. Begitulah akibat nama kuih pelik-pelik, ingatan orang melekat. Memang efektif untuk cik Kiah buat bisnes.

    Dan dibawah ini kak Mon pula mencipta satu biskut bernama coklat kak Melah. Di Sinahbisc kak Mon letak namanya Coklat Lip-Lap(lebih komersial gitu..). Sebenarnya biskut ini terhasil by error. Pemotong biskut berbentuk double heartshape tu dilihat cantik. Tapi bila digunakan, hasil biskutnya nampak lebar dan menggelebah. Macam badan yang terlebih isi manis, bersayap kiri-kanan. Hodoh dan tak kemas. Kemudian bila disalut coklat maka terlebih-lebihlah lebar dan 'gumuk'. Lebih seminggu biskut itu ku biar begitu saja. Kerana aku masih mengejar masa yang makin suntuk. Faham-faham ajelah. Kita kena bertindak bijak. Waktu kecerderaan, tempahan pelanggan masih ada 40% belum lagi siap. Sedangkan waktu tu cuma tinggal beberapa hari saja untuk kita menyambut lebaran. Dalam kelam kabut untuk menyediakan 'Gift Box' yang makin melambong tempahannya, terbayanglah baju lip-lap kak Melah. Korang ingat tak Juara Lagu terbitan TV3 dimana Ramlah Ram memakai baju 'heart-shape' yang ade lampu lip-lap didadanya, ketika itu beliau membawakan lagu kau kunci cinta mu dalam hati ku.. betul ke judulnya nih.. tak ingat kak Mon.. mungkin Pink Jambu boleh bantu, sebab dia memang suka pakai baju kak Melah ni. Ampun...


    Posted at 06:32 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (3)  

    Monday, November 13, 2006
    Laksa Labok

    Inilah serba sedikit bahan penambah perisa laksa labok kakmOn yang 'malatop' itu. Kuahnya korang bayangkan lah sendiri yah. Jurukamera kakmOn tak sempat ambil. Mungkin Klavu boleh bantu.

     

    A

    1kg ikan (mengikut selera, jaws pun boleh, kakmOn guna tuna). Rebus dengan 3 liter air. Bubuh garam secukupnya. Setelah masak ikan, isinya diblend dengan air rebusan tadi. Ketepikan.

     

    B

    6 biji bawang merah

    5 ulas bawang putih

    1 biji bawang besar

    200gm cili merah

    4 inci halia muda

    1 inci lengkuas

     

    C

    10 lembar daun limau purut dimayang

    1 lembar daun kunyit dimayang

    10 biji cili api(jika suka pedas)

    5 batang serai dititik

    Asam keping secukupnya.

    ¼ cawan pati air ikan (Nampla – sos ikan Thailand)

    Garam dan serbuk perasa mengikut suka.

    Limau nipis secukupnya (disari dan ambil jusnya)

     

    D

    1 pokok daun saderi

    1 pokok daun bawang

    Bawang goreng secukupnya

    Tauhu yang siap digoreng dan dipotong dadu

    3 biji tomatoo merah dipotong bulat

    1 biji lobak merah dimayang panjang

    1 biji timun dimayang panjang(ambil bahagian kulit sahaja – lebih kurang 1cm tebal)

    1 ikat sawi keriting dipotong panjang

     

    500 gm jejari isi ketam (bukan jari ketam tau! Isi ketam tiruan yang berbentuk panjang dan berwarna merah diluar tu leee.. kalau tak tahu toksah masok.. buang kes!)

     

    Bahan-bahan B dikisar kasar semua . Rebus dengan 2 cawan air. Bila sudah mendidih masukan bahan A, masukkan lagi bahan C, rebus hingga bahan-bahan semua sebati dan mengeluarkan aroma yang wangi.

     

    1 paket laksa penang(ada dipasaran) direndam lebih kurang 2jam dulu sebelum merebuskannya. Kalau tidak kena makan gelang getah lah gamaknya.

     

    Sambal taucu:

    Segengam cili api

    15 biji cili merah

    2biji tomatoo

    3 biji bawang merah

    Udang kering secukupnya

    Belacan secukupnya

    Limau kasturi secukupnya

     

    Semua bahan diatas di kisar kasar.  kemudian masokan 5 sudu taucu, gula melaka secukupnya. Gaul rata. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Dah siap sambal malatop kita. Kalau rajin, bila sambal dah siap tumis dengan sedikit minyak hingga garing. Sambal tu akan lebih tahan lama disimpan.

     

    ~Sekapur sireh~

    Ada orang tuh mengidam laksa labok kakmOn. N3 ni dah lama dalam pocket PC . Baru hari nih dapat mengupdate n3. Lagi pula hantu blogdrive nih dah gila meroyan. Sekejap dapat, sekejap lepas. Inilah resipinya yang senang da babas. Semua bahan-bahannya kita labok jer. Tak payah guna lesung dan batu giling pun.

     

    Untuk pengetahuan korang, kakmOn guna semua bahan alami yang segar bugar belakang umah Tongue. Tolak kunyit jer.. sebab bang Mat bercerai talak tiga dengan spesis mambang kuning nih *jeling klavu*. Kalau ada orang yang tak suka kuah plain nih boleh campak 3cawan pati santan dan sedikit mambang kuning. Pasti terangkat.

     

    Wan Empok! lepas nih boleh lah hidang untuk hantu laksa kat rumah tu eik... Wink

     


     

    Selamat puja usia untuk saudara ku.. lain mak.. lain bapak..

     

    Along 12hb Nobember dan Achik 14hb Nobember.

     

     

    Walau mata tak bertentang mata

    Pun tangan tak bersalam mesra

    Namun hati tetap ingin menyapa 

    Selamat puja usia dinda

    Semoga dinda berdua

    Senantiasa sehat ceria


    Posted at 01:39 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (5)  

    Wednesday, November 01, 2006
    Suntuk...

    Memang aku dalam kesuntukan masa untuk menyambut tetamu beraya dirumah mahupun yang beraya disini. Seperti lazimnya aku akan meluangkan masa sehari suntuk untuk menjamu keluarga dan teman-teman di aidilfitri. Aku tidak suka menggunakan terma 'Rumah Terbuka'. Kerana pintu rumah ku sentiasa terbuka dihari raya. Dihari itu diselajurkanlah pesta hari lahir Leyinah. Dua dalam satu. Kata orang 'ecoNOmoney'(ekonomi).

     

    Sehari sebelum majlis menjamu itu aku cuma menempah kek istemewa anak patong Barbie kegilaan Leyinah khas untuk hari lahirnya yang ketiga tahun(sebenarnya telah berlalu pada 21.10). Persiapan lain??? Aku hanya mencatat apa yang terlintas dikepala dan meminta hubby kepasar membelinya.

     

    Seperti yang kita maklum, bila kita suruh suami kepasar faham-faham aje lah. Akhirnya aku yang dalam kelabu dengan masa yang suntuk untuk ku menunjuk memang mustahil dapat diuntuk. Dengan otak diyamon kak Mon dan jari ajaib Dang Amai terhasillah satu jenis lima rasa. Ayam Panggang blueberry, Ayam Rendang Kari Labok, Ayam Panggang Madu, Nasi Beryani Ayam Masala dan Nasi Ayam Kukus(kata Klavu; Nasi Dagang??? Lupa nak ambil gambar dua nasi yang diadok dalam mangkok tong deram kak Mon). Kemudian aku korek lagi peti doraemon kak Mon, dapatlah seketul daging(anggaran 6kg) anak sapi Australi dan tiga ekor ikan tuna pemberian mak saudara dibulan puasa.

     

    Demi masa yang suntuk aku hanya sempat memanggang daging anak sapi itu dengan sos lada hitam yang pasang siap. Sambil itu aku merebus ikan tuna untuk dijadikan kuah laksa bukan Penang pun bukan Kedah. Mungkin laksa labok(campak). Bayangkan bunga kantan digantikan daun limau purut, sambal petis digantikan sambal taucu. Begitulah adanya laksa ku yang kelabu. Tapi hasilnya bolehlah digalahkan(dibanggakan). Dan tidak lupa lemang yang cuma mampu ku ode dari 'BERAS'… Itu lah hidangan yang entah apa… Not forgetting my special chocolate biscuits..

     

    Belum pukol enam petang 'main dish' sudah habis.. Lima set 3-Tier yang penuh beraneka biskut coklat pun turut licin. Aku dengan pantas menukar plan B. Dengan mengorek peti Doraemon kak Mon lagi… Tetamu yang datang sebelah malam masih dapat mencicipi daging panggang anak sapi Australi bersama lemang dan Laksa Labok disamping hidangan 'bidan terjun'(steam boat). Alhamdulillah majlis menjamu menutup tirainya pukol 11malam. Terimakasih pada yang sudi bertandang, ampun dan maaf jika ada yang terkurang. Salam Aidilfitri dari Nina Sekeluarga di Rimba.

     

    ~Sekapur Sireh~

    Dalam kesibukan ku menyiapkan tempahan kuih raya dibulan ramadan, anak-anak ku pula berperang dengan pen dan kertas. Masa yang begitu suntuk terpaksa dengan bijak ku untuk. Balik kerja terus terperuk didapor. Nasib baik ada dua tangan ekstra, dapatlah aku bernafas ditengah ruang. Dan alhamdulillah bolehlah aku berterawih kemasjid sepanjang bulan ramadan bersama suami dan anak-anak. 

     

    Rezki yang diturunkan NYA datang mencurah-curah. Sehingga sepuloh hari terakhir telefon rumah.. telefon bimbit.. tak berhenti menerima tempahan, sampaikan tidak cukup tangan untuk memenuhi kehendak pelanggan. Berdetik jua rasa gundah dihati. Bolehkah aku siapkan semua ni??? Semakin dekat syawal mendekat, langkah ku makin singkat. Akhirnya aku karam dalam lautan coklat yang maha dalam. Sehingga di Aidilfitri yang ketiga aku masih tidur dengan tepung dan mentega(itu kata Klavu). Aduss…

     

    Inilah Rendang Kari Labok.. Kalau nak lagi.. Jom kita beraya rumah kak Mon disebelah....

     


     

    P/s

     

    Untuk saudara ku Siti Anggur Manis yang sedang berperang rasa sakit dihospital Utara; semoga operasi pagi tadi berjalan lancar dan kami disini turut merasakan keperitannya. Semoga anugerah yang diberikan NYA menyuci segala dosa. Sabarlah sayang... Kami tetap mendoakan kesejahteraan mu. Semoga cepat sembuh. 


    Posted at 10:30 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (3)  

    Monday, October 23, 2006
    Salam Aidilfitri

    Doa restu dan maaf dipinta

    Sesama insan dipagi raya

    Kekalkan persaudaraan yang ada

    Semoga sejahtera kita bersama

     

    Ingatan dari hati:

    Nina Suria dan Famili

    Di Brunei Darussalam

     

     

    Maaf Zahir Batin

    Selamat hari raya Aidilfitri

     


    Posted at 12:24 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (7)  

    Monday, October 09, 2006
    KEK ROLL BATU BUNGAN

    Aku dah janji nak kongsi roll Batu Bungan kak Mon ini disini. Resipi ini terhasil setelah lawatan kak Mon ke Mulu dulu. Lalu terciptalah roll ini untuk memperingati keindahan, kesujukan buah aiskerim yang hidup subor di kampong Batu Bungan didaerah Mulu Serawak itu.. Jom kita masok kelas peti ais dua pintu kak Mon.

     

    Kek Roll Batu Bungan

     

    15biji kuning telor(sejukan dalam peti ais dulu yah!)

    9biji putih telor

    200gm gula kastor

    80gm tepung hongkong

    80gm tepung superfine

    50gm tepung jagung

    4s.m susu segar

    1s.m ovellet

     

    Pukol semua bahan diatas dengan kuasa sepuloh kuda Tongue cake mixer sehingga gebu dan ringan. Kalau guna tangan! mahap lah cik Kiah. Adunan tuh pasti bantat. Kang tak pasal-pasal korang salahkan kak Mon kasi resipi buta. Lepas tu campak 250gm mentega cair. Kaup rata. Kemudian ambil adunan tadi bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibahgikan kepada tiga mangkok kecil berasingan dan bubuhlah pewarna hijau(+ pandan paste), merah(+strawberry paste), dan kuning(+vanilla).

     

    Ambil loyang khas kek gulong dan alas dengan kertas minyak dan sapukan mentega. Tuang dalam empat sendok adunan yang tidak bewarna dan ratakan. Kemudian adunan bewarna tadi masokan dalam plastic berasingan. Dan picitkan dengan garisan memanjang diatas permukaan adunan tadi, berselang seli atau mengikut suka. Kemudian ukirlah mengikut kehalusan seni korang. Tengok macam dibawah nih. Lepas tu bakar 8minit dengan 180-200celcius.

     

     

     

    Inti

     

    500gm butter cream(semak aje entri kak Mon yang lepas yah).

    Peanut butter secukupnya.

    Strawberry emulco.

    Buah prune secukupnya buang biji .

    Kek span warna merah atau hijau dipotong panjang setebal 1cm.

     

    Ambil semangkok kecil butter cream dan camporkan 4sudu makan peanut butter. Adun sebati. Ketepikan. Ambil lagi semangkok kecil butter cream dan bubuh satu sudu makan strawberry emulco. Adun sebati. Jugak ketepikan.

     

    Bila kek tadi dah sejuk bentangkan diatas plastic wrap. Sapukan peanut butter cream keatas kek tadi seperti kita sedang menyapu mentega keatas roti layaknya. Susun kek warna merah yang dipotong panjang dan silang dengan buah prune. Kemudian tutup buah prune tadi dengan strawberry cream. Gulonglah kemas-kemas seolah-olah kita sedang menggulong tilam(masih ade ke org buat macam datok-nenek kita dulu nih).

     

     

     

     

    Nah! kan dah siap…

     

    ~Sekapur Sireh~

    Sudah 16 hari kita berpuasa rupanya hari ini. Memang masa terebang laju seperti 'Alladin's flying carpet'. Balik kerja macam-macam kerja minta ditangani. Bayangkan waktu yang cuma tinggal tiga jam sebelum sungkai aku baru sampai kerumah. Kemas itu kemas ini dah masok pukol lima petang. Akhirnya aku cuma sempat campak itu campak ini kedalam kuali untuk menyediakan juadah berbuka. Lepas berbuka bekejar lagi hantar saham untuk ke'SANA'. Siap buat saham sudah pukol sembilan malam. Sampai dirumah sambung lagi buat saham untuk di'SINI'. Kadang aku terpikir jugak; apa sebenarnya yang aku kejar.. Adusss..

    Terlalu banyak janji yang belum habis ku lunaskan. Linda! sampai hari ini pun aku belum bisa menyusup dicelah kesibukan ku  di bulan Ramadan ini untuk meluangkan masa menatap wajah comel bayi mu. Ampunkan aku.

    ~Sekapak Kalapak~

    Kepada yang tinggal jejak kat tingkap tuh! kak Mon tak dapat balas, sebab pintu rumah dok kena mangga oleh TUAN TANAH. Kak Mon cuma dapat mengintai dari celah lobang kunci tu jer.. Ini pong buat N3 masok dari bumbung..Kejamnya...

    Pink Jambu yang sudah pupus telah dapat ku hasilkan sendiri. Berbaloi masa dua jam didalam makmal kak Mon yang hawanya panas macam bilik sauna itu.

    Birunila awak makin segak lah!.

     Birunila yang dulu...


    Birunila hari ini..

    Posted at 06:15 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (6)  

    Tuesday, September 26, 2006
    Cerita peti ais dua pintu kak Mon...

    Triple Chocolate Peanut Buter Cookies

    Bahan

    125 gm mentega tanpa garam
    ¾ cawan gula perang yg lembut (soft brown sugar)
    1 biji telur, dikocok sebentar
    ¾ cawan peanut butter
    1 cawan tpg gandum, diayak
    ½ sudu teh soda bicarbonate
    ¼ cawan serbuk koko
    175 gm white chocolate compound
    175 gm dark chocolate compound

    Cara
    Panaskan ketuhar 180 darjah C
    Pukul gula dan mentega sehingga ringan dan berkrim. Masukkan telur dan pukul sehingga rata. Masukkan peanut butter dan pukul lagi hingga sebati.

    Dengan menggunakan sudu logam (metal spoon), masukkan tpg, soda bicarbonate dan srbuk koko. Gaul sehingga menjadi doh yg lembut. Ambil satu sudu makan rata doh dan bentukkan seperti bebola. Letakkan diatas dulang biskut, kemudian leperkan menggunakan garpu, sambil dicorak menyilang (criss-cross pattern). Ulang sehingga doh habis. Bakar selama 20 minit. Setelah masak biarkan sejuk di dalam dulang pembakar selama 5 minit, kemudian barulah dialih ke redai. Biskut harus betul-betul sejuk sebelum dihias.

    Cairkan white chocolate compound dgn kaedah 'double boil' sehingga halus. Celup satu pertiga dari setiap biskut dgn coklat putih. Letak semula di redaisupaya cepat sejuk dan kukuh.

    Cairkan pula dark chocolate compound dgn cara yg sama dan celup bahagian bertentangan biskut dgn warna coklat pula. Bahagian tengah biskut kosong tidak bersalut. Sejukkan di redai.


     

    ~Sekapur Sireh~

    Biskut ini memang sedap. Rasanya ringan dan rangup. Kaya sungguh rasa coklatnya. Patutpun digelar tiga kali coklat. Sesuai lah tu. Boleh dibuat penyambut tetamu di pagi syawal. Pasti meriah. Terima kasih Rozzan. Semoga ilmu yang dikongsi bersama dibulan yang penuh berkah ini menambahkan kemeriah di syawal nanti.

    Cuti dua hari(ahad dan isnin) lepas memberi peluang kak Mon tangkas bersilat kung fu digelanggang sendiri. Campak mentega masok gula tuang tepong pecah telor(bukan Si Pacah Talor tau!) adun sebati. Papap pipop dah siap Tat Nenas Gulung, Hijau Zamrud, Chooclate Ice Cream, Almando dan Biarlah Rahsia penuh satu meja davincci kak Mon.. OOOOpppps jeling Wan Empok... *Cepat-cepat tutup tag made in Jawa*.

     

    Nota kak Mon

    Rozzan! bahan-bahan yang kak Mon suruh cari kat Phoon Huat tuh tak ade dalam stok. Huhuhuhuhu... cuma yang kat atas tu jer yang saudara sepusat sepusing dapat borong. Sedehnye nak cari Pink Jambu.. Pink Jambuuuuuuuuuuuuuuu dimana dikau...

    Kalu tak nampak foto-foto tersebut.. jom masuk kerumah lama kak Mon.


    Posted at 06:56 am by ninasuria
    Sekacip Pinang (11)  

    Next Page


    Blogdrive