Hikayat jari Dang Amai

Sumbangsih untuk Bonda Almarhumah Dayang Hjh Halimah Hj Yussof




Malaysia:
  • VANILLA PASTRY BANDAR BARU BANGI.


  • Brunei Darussalam
  • BEST EASTERN BOOK STORE BRUNEI DARUSSALAM
  • LE APPLE BAKERY
  • PUSTAKA REMAJA


  • On-Line Sale:
  • JEMARI SENI
  • E-KEDAI














    PURIH BANGSA

    Brunei tanah air kita
    Warisan berkurun lamanya
    Budaya Melayu teras bangsa
    Islam cara hidup kita

    Kita purih pancir mulia
    Tabah gagah berhemah tinggi
    Bermaruah dan berperibadi
    Bersopan sedar harga diri

    Masa depan penuh cabaran
    Kita ungkayahkan dengan iman
    Dengan ilmu bakti setia
    Ikhlas amanah kerana Allah

    Bangunkan kemakmuran
    pelihara keamanan
    Teguhkan kedaulatan
    Tegakkan keadilan
    Junjunglah kebenaran
    Hidupkan kerohanian
    Ajaran Allah kita turutkan

    Tegak bersatu mendukung negara
    Brunei sejahtera bumi tercinta
    Taat setia rakyat bahagia
    Di bawah naungan Sultan kita





    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Anak pemagat dibawa lari,
    Dibawa oleh anak Benggali;
    Mari tuan duduk kemari,
    Makan sirih bersama kami
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • << December 2018 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01
    02 03 04 05 06 07 08
    09 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31




    Friday, December 03, 2010
    Cinta Belacan

    Bila rindu mengenyam rajuk, gebar biru menyimpan pujuk



    Cuti sekolah hujung tahun sudah tiga hari bermula. Dan tiga hari juga anak-anak Jefri  bergubang di rumah tahap bosan yang tidak dapat diselamatkan. Hujan masih turun tapi tidak selebat tadi.
    Di ruang belakang Wana masih bermain dengan pensel kaler dan crayon. Melukis sesuatu objek berpusar-pusar dengan warna merah, biru dan ungu. Wana sedang melukis angin ribut yang baru saja di lihatnya menerbangkan pasu-pasu bunga di  taman belakang. Syasya dan Aqil sudah siap dengan but getah dan kut hujan bermain di luar. Mendengar  suara riuh di luar, Wana terhenti melukis, lalu berdiri dan mengintip di jendela kaca.

    Kelihatan  Syasya sedang mengejar Aqil dengan payung Dora warna merah jambu di tangannya. Aqil tiba-tiba ter jatuh betul-betul di dada lopak kecil yang penuh dengan air hujan. Syasya sudah terkekih-kekih ketawa dan menguhulurkan tangannya kepada Aqil untuk membantu Aqil berdiri. Dengan secepat kilat Aqil menarik tangan Syasya sekuat tenaga.  Syasya Terus jatuh dan tersembam kedalam lopak, di sisinya, payung Doranya jua turut terebang.

    "Fair and square" Aqil mengenyetkan matanya pada Syasya, lalu membuka dua tapak tangannya pada Syasya  "Low five"

    Syasya terus menyambut dan menepuk tangan Aqil  dan menyambung "Hi five"

    Kemudian mereka berdiri dan bersinggulan sambil bernyanyi serentak "Too slow"  

    Aqil dan Syasya menghentakkan kaki mereka kuat-kuat seperti kadet askar sedang berlatih kawat.  Air lopak bertebaran memercik ke muka mereka. Mereka sungguh-sungguh berseronok di  dalam lopak kecil itu tanpa menghiraukan ada mahluk lain lagi sedang memerhatikan mereka dekat-dekat situ juga.

    Wana tiba-tiba teringin menyertai mereka dan berlari keluar mendapatkan Aqil dan Syasya.  Aqil buka lagi kedua tangannya buat Wana. Wana sudah siap menepuk tangan Aqil dengan mata bercahaya. Mereka berhi-5 lagi, kegirangan.

    Wana mula bernyanyi hujan turun. Aqil an Syasya terus jadi backup singer di belakang.  Taman belakang sudah riuh dengan suara gempar mereka bertiga. Katak pun tak berani lagi bernyanyi. Burung murai yang kesejukkan di atas pokok cuma memerhati tingkah anak-anak riang ribena yang sedang bersuka ria.

    Hujan turun
    Hujan turun
    Di sini
    Di sini
    Mari kita mandi
    Mari kita mandi
    Pik pik pik
    Pik pik pik

    Di belakang mereka, Jefri sudah siap dengan kayu panjang . Pik pik pik, kayu panjang sudah singgah di punggung Aqil. Syasya terkejut. Wana sudah mahu pengsan saat itu juga. Syasya tidak mati akal terus menarik tangan Wana lari bagai pelari pecut seratus meter ke dalam rumah. Menyelamat diri dari habuan kayu panjang Jefri.

     "Tok Umi tolong..  Tolong. Abah nak pukul Wana"  Wana sudah mula menangis dan cuba mencari bantuan perlindungan pada tok Umi yang selalu berpihak apa jua kesalahan yang dilakukannya. Lantai ruang famili sudah basah  oleh mereka berdua. Wana berlari terus kedapur mencari tok Umi. Syasya naik ke ruang atas lalu bersembunyi di bawah katil di dalam biliknya.

    Tok Umi tiada di dapur. Lalu Wana berlari lagi ke dalam kamar tidur tok Umi. Tanpa mengetuk pintu, Wana terus masuk ke dalam. Kaki Wana tiba-tiba terpaku, matanya terhenti pada selimut biru air laut yang menelan seluruh badan tok Umi. Ada satu perasaan ganjil menyelinap masuk ke dalam hatinya. Kenapa tok Umi tidur dengan membungkus kepala? Tak pernah pun tok Umi buat begini. Kata hati Wana. Perlahan-lahan Wana merapati tok Umi dan meletakkan tangannya pada hujung kaki tok Umi. Terasa ada bahang panas meresapi tangannya.

    Wana panggil tok Umi perlahan seakan berbisik "Tok Umi. Tok Umi demam ek?" Tiada jawaban. Wana tarik selimut biru perlahan. Mata tok Umi merah dan sembab.

    "Tok Umi menangis ek?" Jari Wana cepat meramas pundak tok Umi. Panas.

    ~Sekapur Sirih~

    Tak tahu kenapa hati tetiba gusar. Kaki mentua makin bengkak kedua-duanya. Langsung tidak dapat diangkat. Di bawa ke doktor, semuanya baik. Tekanan darah normal. Ujian darah bersih. Gambar X-Ray, tiada tulang yang terseliuh ataupun retak. Hati tiba-tiba berperasangka..

    Dua hari lepas aku cuba jadi bomoh tak bertauliah. Kuliah Mufti jadi panduan ku. Aku tumbuk segenggam jintan hitam dan tiga camca madu dan sedikit minyak kelapa. Lalu kaki mentua yang bengkak itu kubalut bersama jintan yang ku buat tadi dengan bacaan fatihah tiga kali. Harap-harap sakit kakinya sembuh. Subuhnya aku bermimpi buruk. Mentua lalu ku jenguk di kamar tidurnya. Alhamdulillah bengkaknya berkurangan sedikit. Tapi masih tidak boleh berjalan.

    Dan malamnya aku ajak lagi bang Mat berjumpa ustaz dari Darul Syifa itu. Setelah siap dijampi dengan ayat-ayat Al-Quraan dan dibekalkan dua botol besar air jampi, kami pulang dengan harapan Allah akan menyembuhkan penyakit mentua. Sampai ke rumah sudah lewat 10:30 malam.

    Paginya sang mentua mengadu lagi, dia bermimpi kakinya dikelilingi dengan anak-anak patung yang banyak. Dan anak-anak patung itu tanpa tangan dan kaki. Subhanallah. Ya Allah lindungilah kami daripada kejahatan manusia, jin dan syaitan.


    Posted at 11:29 am by ninasuria
    Sekacip pinang  

    Monday, November 29, 2010
    Cinta Belacan

    Mana mau lari arrrr...

    Achik masih lagi tekun menjahit bunting bercorak country. Sejak dari semalam dia sudah bagai lipas kudung menyiapkan beberapa kerja dengan begitu pantas. Seratus ekor burung Crane origami sudah siap diikat dengan tali. Kertas tisu pun sudah siap digubahnya menjadi bunga dahlia berbagai saiz dan warna. Pinyata Ayam Jantan pun sudah penuh dengan gula-gula segala bagai. Kini cuma tinggal menyusun meja hidang buffet dan meja makan sahaja lagi yang belum diusiknya.

    Di ruang bawah kedengaran bunyi gitar Ucu menyakitkan telinga. Apalagi bila Ucu menarik chorus Here I Go Again dari White Snake band rockers yang menjadi idolanya.

    An' I've made up my mind, I ain't wasting no more time.

    Here I go again on my own
    goin' down the only road I've ever known.
    Like a drifter I was born to walk alone.
    An' I've made up my mind, I ain't wasting no more time
    but here I go again, here I go again,
    here I go again, here I go,
    here I go again.

    An' I've made up my mind, I ain't wasting no more time.

    Here I go again on my own
    goin' down the only road I've ever known.
    Like a drifter I was born to walk alone
    'cos I know what it means to walk along the lonely street of dreams.

    Dari ruang atas suara Achik bagai bunyi birik-birik yang menyakitkan telinga.

    Di dapur Angah sibuk membuat sebuah kotej comel berwarna merah jambu di atas sebiji kek. Di dalam ketuhar, skon berlauk sedang naik mekar dengan cantik. Harumnya hingga sampai ke ruang Crafting di mana Achik sedang giat bekerja. Perut Achik tiba-tiba bernyanyi keroncong apabila hidungnya menghantar pesanan ke otaknya; keju parmesan sedang cair dan meleleh dengan mewahnya di atas skon. Achik terus mematikan mesin jahit SINGER itu dan bergeggas ke dapur. Padahal tadinya Achik sudah bertekad tidak akan terpedaya dengan godaan maut Angah. Dia akan tetap setia pada Jus Mate5 yang dikatakan boleh mengurangkan pinggang kumbang merah jadi pinggang kerengge.

    "Angah kau ni betul-betul kijam ler" Achik  menepuk belakang Angah tanpa alarm. Tweezer di tangan Angah terpelanting. Sergahan Achik benar-benar buat jantung Angah melompat. Mau jantungan Angah dibuatnya.

    "Achik! Kalau ya pun cakap lah elok-elok. Kau ni sengaja nak bagi aku cepat mampus. Jangan harap kau nak dapat harta peninggalan aku barang sesen pun  tau" Angah menyinsing tinggi hidungnya ke atas.
    Buat muka penyek.

    "Eleh.. kalau cuma punya besi karat dalam peti Doraemon Angah tu.. Haku pun tak berselera nak cekik. Lainlah kalau Angah punya estet seperti  Neverland Ranch MJ ke, harta luar negeri  Tuan Esmit ke, kotej danau Georgia O'keffe  ke, atau koman-koman pun kandang lembughini seluas ladang Teh Timor Dahlia.. Nak juga buat pakatan Osama Bin Ladin" Achik buat muka Ahmad Nisfu sedang menjual Abdul Wahub.

    "Ces! kau memang layak jadi perempuan gila anak saudagar penipu" Angah balas muka Ms.Peggy.

    "Kalau Achik anak saudagar penipu.. Angah pun anak saudagar penipu jugak, kan? Ngeeeeh.." Achik keluarkan pancar Sin Chan dan terus tunduk di balik kabinet ketuhar, pura-pura mengintip mahluk kegemarannya yang sedang aktif mekar dari pintu kaca ketuhar yang panas membahang itu tanpa memberi peluang Angah membalas tingkah nakalnya.

    Ting tong ting tong, loceng pintu kedengaran ditekan.  Angah dan Achik berpandangan. Dari jauh nampak kalibat seorang wanita berbaju kebarung berlabuci mewah, menaiki tangga ruang atas.

    "Mak Ngah" Angah dan Achik menjerit serentak dengan mata bulat. "Mati arrrrrr"

    ~Sekapur Sirih~

    Sebetulnya aku ingin sekali menyiapkan projek DIYku. Tapi apakan daya. Sang mentua sedang sakit di rumah. Jadi aku kena mengutip golden token dahulu. Hingga ketemu lagi.


    Posted at 04:48 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (1)  

    Saturday, November 20, 2010
    Alam merepek(?)

    Salam petang sabtu. Cuti sekolah tidak lama lagi akan bermula. Pasti anda sudah siap dengan rancangan liburan yang mengasyikkan. Anak-anak jua ribut bertanyakan benda yang sama. Tapi dalam kepalaku penuh dengan 'agenda rahsia' yang bersusun rapat.

    Di ruang depan, Lutfan, Leynah dan Mairah sibuk dengan 'alam merepek' mereka. Kedai buku yang dibena mereka itu benar-benar membuat ruang depan itu sudah terbalik 180 darjah ke bawah dan sekali gus membuat kepalaku weng semacam.

    Aku terus masuk ke makmal kecil ku, mengeluarkan peralatan fondant yang seperti mainan play-dough itu.

    Minggu ini ilhamku benar-benar cemerlang. Dan dua biji kek kahwin tiga tingkat siap ku replikakan. Dan sebiji lagi akan menyusul untuk ku tangani hasil dari inspirasi gaun pengantin dari renda Peranchis yang di pakai oleh model Martha's Wedding. Doakan keberhasilan ku yah! Hingga ketemu lagi..



    ~Sekapur Sirih~

    Seminggu ini aku hidup dalam 'alam merepekku'. Idea merapuku datang mencurah-curah. Hingga satu saat aku sudah terlupa di mana aku berada.

    "Babu ani angan-angan saja. Dari tadi Leynah panggil-panggil inda menjawab. Babu angan-angan kan jadi princess katak kah?" Si-Jentayuku yang memang petah berkata-kata bagai nenek-nenek itu membuat jantungku melompat. Adeeeeeh...

    Posted at 02:55 pm by ninasuria
    Sekacip pinang  

    Wednesday, November 17, 2010
    Salam Aidiladha

    Alut dan adik sudah pergi ke masjid. Bang Mat out-station, maka hari raya haji kali ni kami sambut tanpa babah. Semalam daging rendang dan kek lobak merah sudah siap ku sediakan. Pagi ini aku cuma tinggal membuat nasi briyani dan salad buah kaleng aja. Skon lebih petang semalam aku panaskan. Kakak yang disuruh buat apple pie crumble pun belum turun-turun, susahnya punya anak dara yang satu nih.  Kalau bang Mat ada, semua jadi mulus, adeeeeh..

    Sebentar lagi pasti Alut ngan adik pulang usai solat sunat raya haji.. Dan kami akan terus menyambut raya haji ni di rumah bapak di kampung. Dan kemudiannya akan ke rumah mak saudara di Kiarong pulak. Dan hari ini pesta makan-makan pun bermula hingga ke penghujung hari tasyrik. Dan bagaimana pulak anda di luar sana?

    Akhir kalam, selamat menyambut raya haji moga ibadah korban meningkatkan keimanan kita kepada-NYA. Sayang semua.

    From haji2008

    Posted at 07:08 am by ninasuria
    Sekacip pinang  

    Saturday, November 13, 2010
    Bidadari Hujan

    Bidadari-web

    Kasihan itu salah satu cabang cinta!

    I

    Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran untuk pertama kali.
    Dia Bidadari Hujan yang memayungi aku dengan payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya.
    "Harap-harap esok pagi hujan lagi!" kataku sambil menghadiahinya senyum.
    Matanya memanah hatiku dengan busur arjuna.  Lalu hari-hari selepas itu, aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.

    II

    Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung.
    "Macam mana saya nak pulangkan?"
    Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku.
    Oh, dia bukannya Bidadari Hujan aku yang dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti.
    "Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya."

    Apa jawab hati aku pada saat ini?

    * * *

    Tulisan NOOR AZZAHRA buat yang mahu mentafsir cinta dari sudut yang lain. Benarkah lelaki tidak halus hatinya dalam menzahirkan cinta? Bolehkah cinta datang buat kali keduanya? Tanyalah kepada Bidadari Hujan, biarkan dia yang menjawab semua persoalan anda itu!

               Cinta itu aneh. Dia datang begitu perlahan hingga hati tak sempat mengesan...



    ~Sekapur Sirih~

    Bidadari Hujan ku belek sekali imbas di rumah Ryn, dua muka pertama hati sudah melekat. Kemudian ku simpan kembali di dalam tas tangan. Sabar yah! Kita ada pesta makan-makan dulu.

    Sampai di rumah mata pulak tak mahu lelap. Aku keluarkan Bidadari Hujan kembali. Mula membaca sejam lagi tengah malam. Beberapa bab berjalan laju, bibir tak mau berhenti tersungging senyum.


    Detik tengah malam, guruh meletup kedengaran menggerunkan. Pasti ada syaitan yang sedang mencuri dengar bicara rahsia para malaikat. Hati ku berbisik. Aku sambung baca lagi. Susu yang di bawa isteri Rain tetiba tumpah. Rain naik 'hantu'. Di luar kamarku hujan kedengaran mula merintik. Kemudian menderap menuruni atap. Lebat. Di dalam, aku pun turut hujan bersama Bidadari Hujan hingga kesepertiga malam.
    .
    Paginya aku bangun dengan mata bengkak. Nasib baik enche roommate out-station. Kalau tidak, habis aku mendapat kuliah subuh percuma.

    Posted at 07:47 pm by ninasuria
    Sekacip pinang  

    Cinta Belacan

    1~ MUNCUNG

    "Why cant we make something different, something new, something not bored, after all.. it's my wedding.." Ucu menarik muncung panjang hingga selesa sebatang pensel diletakkan ke atas muncungnya.

    "Masalahnya ucu.. keinginanmu itu melebihi had laju.." Achik cuba memujuk ucu yang sudah mula merah telinga.

    Angah yang sudah meruap terus memotong achik. "Kalau nak entertain pun, lihatlah siapa tetamu tu. Yang datang tu bukannya orang muda pun." Angah menjuihkan muncungnya bagai mak Dara sedang menyumbat sirih di hujung bibirnya. Tangannya memotong kain kapas dengan patchwork roller cutter di atas crafting board dengan rasa geram.

    Achik  berdehem kecil. Jarum ditariknya keluar dari kain kapas patchworknya, kemudian benang dimatikan dengan kaedah french knot. Diambilnya lagi kain kapas lain dan terus disambung lagi dengan kain patchworknya yang sudah menampakkan rupa itu.

    "Daripada kau buang duit berpuluh ribu-ribu lemon tu.. baik kau bawak duit tu buat honeymoon ke.. beli kereta ke.. Bukan nak dapat pujian pun, jadi kejian ada la" Angah buang muka, muncungnya bertambah panjang berganda-ganda."Kalau kau bagi duit kau tu pakai angah buka cottage cafe lagi la baik" Angah menambah lagi dalam hati. Dah lama angah mengidam nak buka cafe ala-ala kotej yang santai tu. Tapi modal belum cukup memenuhi syarat.

    "Di mana nak letak muka?"
    Hisy tak kuasa aku. "Dalam gaun baju bini kau tu ke.."  Angah menyumpah lagi dalam hati. Meluat sangat. Rasa-rasanya kalau dapat angah ketuk kepala ucu itu dengan crafting board itu lagi baik. Biar dia sedar sikit. BEBAL. Budaya karut tu pula nak diikut.  Hati angah membebel lagi.

    "It's bored doing all the same thing you know. Orang datang, duduk. Makan. Lepas tu balik". Muka ucu sudah merah bagai udang kena bakar, mengeluarkan apa yang terbuku. Ucu menyandarkan badannya kedinding. Kaki kirinyanya diangkat dan dilipat kemudian disangkutkanya jua ke dinding. Jarinya terketar-ketar, digenggamnya kuat.

    "Tahu tak! Orang tua muak tau! " Angah sudah tak dapat menahan kejengkilannya.

    "Kita pun muak tau"  Angah lepaskan lagi dalam hati. Hisy buang karan betul bercakap dengan 'mentega celup' ni. Karang aku toreh mulut tu karang, padan muka. Angah berbisik lagi. Kain kapas di tangannya sudah hancur terpotong kecil tanpa disedarinya.

    "Kenapa semua orang tak mahu faham. Dah lah dah. Penat." Ucu mendengus.

    "Mak ngah dah awal-awal sound, kalau ucu nak teruskan juga aturcara majlis kafir mala'un tu... mak ngah suruh turunkan nama dia yang ada kat kartu jemputan tu, dan mak ngah pesan dia tak akan datang bila kau kawin nanti. Ucu faham tak?" Angah cuba menakut-nakutkan ucu. Manalah tahu kalau-kalau ucu dengar nama mak ngah, ucu akan lembut hati. Mak ngah lah saja yang ada tempat 'bermanja' semenjak emak meninggal dunia lima tahun lalu.

    Muka ucu sudah hangus terbakar, merah hingga ke mata. Ucu angkat dua tangannya tanda protes dan terus berlari keluar.

    Angah pandang achik dengan rasa sebal yang tertinggal. Achik memuncungkan mulutnya dan meneruskan kembali tumpuannya pada jahitan patchworknya yang bertema Kotej Cinta Merah Jambu  yang sudah tersalah cantum. Cessss. Mentega celup betul. Makan, nak sambal belacan, majlis kahwin, nak ikut macam orang mabuk nak mampus.

    ~Sekapur Sirih~

    Salam semua. Tangan rasanya semakin gatal nak mencatat sesuatu di sini. Tapi TOLONG jangan percaya yah, ini cuma mimpi kakmOn sahaja. Tidak ada kena mengena dengan orang hidup mahu pun yang mati. Selamat berhujung minggu semua.


    Posted at 07:34 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (2)  

    Tuesday, November 09, 2010
    WARNA - Jemari Seni

     

    COVER-Warna-web

    Tiga buah ceritera dalam sebuah

    WARNA

    Warna I – Nazurah Aishah

    Bukan Dipaksa

    kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh

    Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.

     

    Warna II – Rnysa

    Hikari Ainori

    the love ride of hikari

    Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan.

    Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram.

    Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.

     

    Warna III – Nasz

    Karamel

    karamel itu benda hangus yang sedap

    Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.

    “Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.

    “Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut.

    Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?


    Bukan Dipaksa aku meneropong hati Affan yang keras menyintai Ayu itu. Kendatipun kerasnya hati sang ibu, cair jua berwarna-warni  bila melihat si-comel buah cinta Ayu-Affan. Pelangi WARNA terus menggerbangi kebahgiaan. Di pertengahan jalan, Hikari Ainori sudah menungguku. Aku naik ke gerabaknya, meneropong lagi para penumpang-penumpangnya yang berbagai ragam. Sibuk. Gelap. Kusut. Dan bila sampai dihujung gerabak aku menemui cahaya. WARNA yang kemilau. Aku terus turun gerabak.  Teropong ku letakkan. Ku hilangkan lelahku dengan membalun sebiji karamel.  Sejuk masuk ke dalam mulut. Cair di lidah. Licin meluncur turun ke kerongkong. Belum habis ku hadam... Karamelku sudah ghaib.

    ~Sekapur Sirih~

    WARNA memang bak pelangi. MERAH. UNGU. JINGGA. HIJAU. KUNING. BIRU. INDIGO.

    Naz, ade ka lelaki zaman iTouch ni serupa Affan tu, kalau ada stok simpan buat leyn satu ek. Suka pada makcik Hjh Normahmu. kalau 'garang' macam mak Dara lagi la kakmOn suka banyak :p

    Rnysa, perubahan yg drastik. KakmOn suka tulisan kamu kali ini, 'SIBUK' sesangat. Nyanyian Love Story mu memang jd petikan gitar anak dara b.mat yang seorang itu :(  

    Nasz, karamel mu mmg MANIS BANYAK sebab kau masak gula hangusmu tak hangus betul. 


    Posted at 01:54 pm by ninasuria
    Sekacip pinang  

    Monday, October 18, 2010
    Qada dan Qadar III

    "Allahuakbar. Hanya pada-MU aku bermohon. Tolonglah aku. Jangan ambil anakku. Aku inda izin" 

    Suara perempuan tua dari katil 13 kedengaran lagi berteriak. Sudah beberapa kali aku mendengar ayat itu keluar dari mulutnya. Tapi ku lihat matanya berkejam rapat. Tidur.

    Si-anak terus memarahi mamanya, "Ma… udah tah.. mana ada orang di sini ani, tidur tah bah. Barapa hari sudah kita camani ani. Mengantuk ku eh..."

    Aku terkedu. Subhanallah. Memang anak itu kurang ilmu. Hati ku cepat bersuara, bacalah ayat Al-Bakarah... Tapi lidahku kelu. Mulutku terkunci. Allah...

    Belum berapa lama, orang tua itu menjerit lagi, "Jangan kau ambil,. Inda ku izin,. Jangan. Jangan. Jangannn..."

    Si-anak menarik selimut menudungi penuh kepalanya, bagai hantu bungkus. Rasa nak ketuk aja kepala anak itu. Masya Allah.

    Dan aku teringat kuliah Mufti satu waktu dahulu. Memang sungguh benar apa yang dikatakan. Katanya lebih kurang begini;

    "Si-ibu akan senantiasa mendoakan kesejahteraan anaknya sampai bila-bila. Si-anak akan mendoakan ibunya cepat mati. Apalagi bila si-ibu sudah tua, sakit dan menyusahkannya".

    Na'uzubillah. Qada dan qadar Tuhan itu tidak siapa dapat menghalang. Moga Allah memeliharaku dan keluargaku dari hasutan syaitan yang direjam.

    ~Sekapur Sirih~

    Mungkin si-anak itu tidak pernah mendengar cerita panggilan malaikat maut,  Hatiku tiba-tiba pilu bila telingaku sempat menyambar ocehan anak itu. Dia lebih rela menyumbat mulut ibunya dengan ubat tidur  dari mendengar ibunya meracau-racau berselawat  dan memohon ampun kepada Allah itu. Subhanallah.

    Mungkin juga dia tidak peka, yang ibunya itu sudah nazak. Aku masih teringat beberapa peristiwa yang menghantui pada mereka-mereka yang ingin dijemput-NYA pulang.

    Masih terngiang-ngiang bapa mentuaku menyuruh kami mengeluarkan dua orang kanak-kanak yang selalu mengikutinya kemana saja dia pergi.(sebulan sebelum dia menghembuskan nafasnya).Tapi kami tidak pernah nampak budak yang dikatakannya itu. Dan beberapa orang terdekat juga punya pengalaman sebgitu, didatangi oleh hamba Allah yang sungguh asing.

    Mungkin iitulah yang dikatakan tanda-tanda kita sudah dihampiri malaikat maut. Wallahuwa'lam.


    Posted at 02:46 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (3)  

    Wednesday, September 22, 2010
    Qada dan Qadar II

    "Lai.. Lai.. Lai.. tulung ku". Seorang pesakit selang sebuah katil dari katilku melambai-lambai ke arah kakak. Kakak dengan malas berdiri dan mendekati pesakit itu. "Cua kau adjustkan kepala katilku ani. Kan duduk ku"  Kakak menarik keluar alat mengengkol di hujung katil pesakit itu tanpa kata. Kemudian pesakit itu mengarahkan lagi kakak menarik bantalnya keatas sedikit. Kakak betulkan lagi bantalnya. Kemudian pesakit itu minta lagi air teh di atas mejan disebelahya itu. Kakak hulurkan cawan tehnya, jua tanpa kata dan terus berlalu.

     

    Aku memerhatikan tingkah pesakit itu, dan juga kakak. PELIK. Aku terus mengamati raut wajah pesakit itu. Airmukanya dalam lingkungan akhir 30an. Rambutnya separuh bahu, diikat dua seperti anak-anak tadika. Di sisinya ada seekor teddy bear lusuh, kemas didakapnya ke dada. Di hujung katilnya ada dua kantung beg penuh cecair kuning tergantung. Di atas kepala katilnya bertanda lebel merah. Otak kananku sudah mula merumuskan. Pasti perempuan ini sakit buah pinggang dan mempunyai pelbagai penyakit kronik.

     

    Belum habis aku menelaah pesakit itu, dia melambai lagi ke arah kakak. "Lai.. Lai.. Lai.. Kan balimpangku. Turunkan katilku". 

     

    Adik yang menunggu ibunya di seberang katil ku memandangku dengan seribu cerita. Kakak masih duduk membaca di hujung katil ku. Langsung kakak tidak menghiraukan pesakit yang melambainya itu. Aku terus menguis punggung kakak dengan hujung jari kakiku. Kakak mula merengek malas. Aku membeliakkan mata. "Basar pahala menolong orang ani.." Aku memerahi kakak.

     

    Kakak terus berdiri menuju katil pesakit itu dan megeluarkan alat pengengkol itu lagi. Bunyi katil berkeriut bising bersama bunyi alat engkol yang seperti kekurangan minyak. Kakak cepat-cepat berlalu setelah kepala katil pesakit itu kembali rata.

     

    Aku mengeluarkan HP di bawah bantalku, melihat waktu. Rupanya masih awal pagi, belum pukul 9 pun. Cik misi tidak kelihatan. Kemana mereka? Aku terus memerhati lagi kelilingku. Semuanya berlabel merah di atas kepala katil. Kecuali aku berlabel hijau. Rupanya aku di masukkan dalam ruang pesakit Buah Pinggang dan Kencing Manis.

     

    Belum sampai dua minit, pesakit itu memanggil kakak lagi. Dia minta naikkan semula kepala katil yang baru saja diturunkan kakak tadi.

     

    "Now you see.."  Kakak membulatkan matanya. Adik yang di seberangku  terus bersuara "Panggilkan saja nurse bah.. Ia ani andangnya ni menyusahkan orang saja. Adang tia dilayan. Majal…."  Aku terkedu.

     

    Tiba-tiba datang seorang perempuan muda berambut panjang hitam lurus berkilat bagai iklan Syampo Pantene menghampiri pesakit itu. "Hello.. Minum sudah?" Perempuan muda itu dengan manisnya mengusap kepala pesakit itu. "Balum. Aku mau minum milo, tapi kana bagi teh.." Pesakit itu merengek dengan manjanya bagai kanak-kanak enam tahun.

     

    Perempuan muda itu terus mengambil sebiji cangkir dari dalam laci kabinet kecil dan terus ke pantry.  Kemudian dia datang dengan aroma milo yang pekat dan menghulurkan pada pesakit itu. Bakul yang dibawa dipungahnya dengan cermat.. Dua biji tupperware diletakkan di atas meja hidang. Aku terus memerhatikan perempuan itu menyuapkan makanan ke mulut pesakit itu dengan penuh kasih saying.

     

    Selesai mereka makan, perempuan itu terus naik ke katil pesakit itu dan baring disebelahnya. Sayup-sayup terdengar perempuan muda itu menyanyikan pesakit itu sebuah lagu little rhyme. Aku terkaku. Beberapa minit kemudian nyanyian itu makin lemah dan terus hilang. Pesakit dan perempuan muda itu terlena.

    bersambung....

    ~Sekapur Sirih~

    Tak tahu nak kata apa dah. Kerja menambun tapi aku tak tahu nak buat dari mana. Ini yang gatal tangan sambung cerita yang masih terbayang-bayang di mata. Apa khabar dia?


    Posted at 03:37 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (2)  

    Thursday, September 16, 2010
    Qada dan Qadar

    Salam 7Syawal semua. Lamanya aku tak berkesempatan masuk ke blog ini dan mengemaskinikan entri Indahnya Ramadhan. Padahal banyak yang ingin ku kongsikan di sini.

    Pertengahan Ramadhan aku sudah kurang sehat. Di sebabkan tahap hemoglobin ku yang meredum jatuh hingga ke tahap 7 dan sel darah putih pula meningkat, akhirnya antibodiku tidak dapat melawan serangan-serangan cacing yang menyerang akibat keracunan makanan itu.

    Tujuan untuk mendapatkan MC pagi itu, langsung bertukar cerita. Panas ku hampir mencecah kurang 1 mata 40 degree celcius. Lalu aku terpaksa melalui proses-proses yang menggerikan demi menurunkan panasku yang naik mencanak-canak itu.

    Setelah lima kali membuat percubaan mencari urat yang tenggelam timbul, akhirnya  baru dapat menusukkan tube ke urat nadiku setelah dua jam bergelut.

    Baru sejam air ubat masuk ke urat sarafku, tiba-tiba laluannya tersekat pula. Tanganku semakin bengkak dan hijau. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu.

    Jadi, cik misi itu terpaksa lagi menggali urat yang baru. Setelah beberapakali menjunamkan jarumnya tak dapat-dapat, last hope dia cuba pulak di bahagian lipatan tengah tangan lalu berkata;

    "sekali ani kalau inda mau, di lehir kita saja ku menyucuk... "

    Aku hampir nak pengsan mendengar leterannya itu. Rupanya dia cuma bergurau aja, huwaaaaaa...

    6 jam dalam perhatian cik misi, panasku tak kebah-kebah jua, walau sudah dua botol air masuk ke dalam urat saraf. Akhirnya petang itu aku diposkan ke wad 20.

    Hari kedua panasku masih jua seperti hari sebelumnya, turun cuma sejam-dua kemudian naik balik. Perut terus meraggam. Aku jadi pemburu tandas dibuatnya. Kepala weng semacam. Kalau tidak ada kakak jadi tukang pimpin, pasti aku sudah tumbang.

    Hari ketiga, Alhamdulillah aku sudah mula sedar dunia. Cik misi menukar botol air dengan antibiotik untuk disalurkan keurat sarafku. Entah sudah dos yang keberapa, aku tidak tahu. Badan terasa melekit. Hidangan sarapan pagi sudah tersedia. Sepotong kuih lapis GEO(waktu aku di tingkatan satu, cikgu geografiku menggunakan kuih lapis kukus berwarna pink dan hijau berselang-seli itu sebagai model lapisan bumi :p), sebiji epal dan secawan teh sudah tersedia. 

    Air teh ku minum terasa payau. Kuih lapis kukus itu tawar, liat bagai getah. Di hujung katilku ada seorang pesakit muda. Dari hujung mata aku memerhatikan dia. Dia baring mengiring ke kanan. Di sebelah kiri badannya ada tuala yang bersangkut dari bahu hingga ke pinggang belakang.  Tapi mukanya aku tidak dapat melihat dengan jelas kerna ditutupnya dengan tuala muka. Di atas kabinet kecilnya penuh berselerak dengan kantung-kantung yang aku tidak tahu isinya apa.Di tepi kabinet itu pula tersangkut dua kantung pelastik, satu berisi makanan ringan dan satu lagi seperti tempat pembuangan sampah.

    Dalam aku tekun memerhatikannya datang dua orang pembantu hospital dengan sebuah katil kosong menuju kearah katil pesakit itu. Seorang misi laju membuntuti mereka dari belakang.

    Cik misi terus pet-pot-pet-pot memarahi pesakit muda itu kerna belum lagi bersedia. "kalau kamu masih terlentang macamani ani, camanakan baik? Bawa duduk, kamu pandaikan operate katil automatic ani?Nah! ubat pun alum lagi dimakan" .

    Dia terus pet-pot-pet-pot bagai bertih goreng. Aku terkedu. Kesiannya orang tidak berdaya dilayan sebegitu rupa. Rupanya perempuan itu mengidap penyakit buah pinggang dan bahagian badannya yang ditutup dengan tuala itu luka berair, infection. Dia tidak dapat bangun sendiri tanpa ehsan orang. Lalu tuala yang dibuat tutup muka itu ditarik cik misi dengan kasar. Ubat dan segelas air dihulurkan kepadanya. Aku sempat melihat mukanya sekali imbas. Jantung ku berdetak. Wajah itu. Dimana yah! Aku cuba mengingati. Tapi tak ingat. Perempuan itu lalu dibawa ke bilik bedah.

    ...bersambung

    ~Sekapur Sirih~

    Banyak yang ku pelajari di wad 20 itu. Rasanya akulah yang paling beruntung sangat-sangat.

    Maaf zahir dan batin.


    Posted at 02:11 pm by ninasuria
    Sekacip Pinang (2)  

    Previous Page Next Page


    Blogdrive