Entry: Cinta Belacan Monday, November 29, 2010



Mana mau lari arrrr...

Achik masih lagi tekun menjahit bunting bercorak country. Sejak dari semalam dia sudah bagai lipas kudung menyiapkan beberapa kerja dengan begitu pantas. Seratus ekor burung Crane origami sudah siap diikat dengan tali. Kertas tisu pun sudah siap digubahnya menjadi bunga dahlia berbagai saiz dan warna. Pinyata Ayam Jantan pun sudah penuh dengan gula-gula segala bagai. Kini cuma tinggal menyusun meja hidang buffet dan meja makan sahaja lagi yang belum diusiknya.

Di ruang bawah kedengaran bunyi gitar Ucu menyakitkan telinga. Apalagi bila Ucu menarik chorus Here I Go Again dari White Snake band rockers yang menjadi idolanya.

An' I've made up my mind, I ain't wasting no more time.

Here I go again on my own
goin' down the only road I've ever known.
Like a drifter I was born to walk alone.
An' I've made up my mind, I ain't wasting no more time
but here I go again, here I go again,
here I go again, here I go,
here I go again.

An' I've made up my mind, I ain't wasting no more time.

Here I go again on my own
goin' down the only road I've ever known.
Like a drifter I was born to walk alone
'cos I know what it means to walk along the lonely street of dreams.

Dari ruang atas suara Achik bagai bunyi birik-birik yang menyakitkan telinga.

Di dapur Angah sibuk membuat sebuah kotej comel berwarna merah jambu di atas sebiji kek. Di dalam ketuhar, skon berlauk sedang naik mekar dengan cantik. Harumnya hingga sampai ke ruang Crafting di mana Achik sedang giat bekerja. Perut Achik tiba-tiba bernyanyi keroncong apabila hidungnya menghantar pesanan ke otaknya; keju parmesan sedang cair dan meleleh dengan mewahnya di atas skon. Achik terus mematikan mesin jahit SINGER itu dan bergeggas ke dapur. Padahal tadinya Achik sudah bertekad tidak akan terpedaya dengan godaan maut Angah. Dia akan tetap setia pada Jus Mate5 yang dikatakan boleh mengurangkan pinggang kumbang merah jadi pinggang kerengge.

"Angah kau ni betul-betul kijam ler" Achik  menepuk belakang Angah tanpa alarm. Tweezer di tangan Angah terpelanting. Sergahan Achik benar-benar buat jantung Angah melompat. Mau jantungan Angah dibuatnya.

"Achik! Kalau ya pun cakap lah elok-elok. Kau ni sengaja nak bagi aku cepat mampus. Jangan harap kau nak dapat harta peninggalan aku barang sesen pun  tau" Angah menyinsing tinggi hidungnya ke atas.
Buat muka penyek.

"Eleh.. kalau cuma punya besi karat dalam peti Doraemon Angah tu.. Haku pun tak berselera nak cekik. Lainlah kalau Angah punya estet seperti  Neverland Ranch MJ ke, harta luar negeri  Tuan Esmit ke, kotej danau Georgia O'keffe  ke, atau koman-koman pun kandang lembughini seluas ladang Teh Timor Dahlia.. Nak juga buat pakatan Osama Bin Ladin" Achik buat muka Ahmad Nisfu sedang menjual Abdul Wahub.

"Ces! kau memang layak jadi perempuan gila anak saudagar penipu" Angah balas muka Ms.Peggy.

"Kalau Achik anak saudagar penipu.. Angah pun anak saudagar penipu jugak, kan? Ngeeeeh.." Achik keluarkan pancar Sin Chan dan terus tunduk di balik kabinet ketuhar, pura-pura mengintip mahluk kegemarannya yang sedang aktif mekar dari pintu kaca ketuhar yang panas membahang itu tanpa memberi peluang Angah membalas tingkah nakalnya.

Ting tong ting tong, loceng pintu kedengaran ditekan.  Angah dan Achik berpandangan. Dari jauh nampak kalibat seorang wanita berbaju kebarung berlabuci mewah, menaiki tangga ruang atas.

"Mak Ngah" Angah dan Achik menjerit serentak dengan mata bulat. "Mati arrrrrr"

~Sekapur Sirih~

Sebetulnya aku ingin sekali menyiapkan projek DIYku. Tapi apakan daya. Sang mentua sedang sakit di rumah. Jadi aku kena mengutip golden token dahulu. Hingga ketemu lagi.

   1 comments

jid
December 22, 2010   08:50 AM PST
 
hahahahahahahaha... terima kakmon kerana membuatkan jid tersenyum sendiri pada pagi yang blues ini dengan gelagat angah dan achik... :-))

semoga mentua kakmon cepat sembuh dan sihat walafiat ya... ameen...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments