Alhamdulillah syukur di atas limpah kasih sayang-NYA yang telah menganugerahkan keajaiban kudrat untukku memikul tanggung jawab yang teramat berat itu.. Ucapan setinggi terima kasihku pada Penghulu Mukim Kilanas, Ketua Kampung Bunut dan AJK Muslimah yang telah memberi kepercayaan penuh padaku untuk merealisasikan impian-impian melangit itu.. Jua terima kasih pada suami dan anak-anak yang bertungkus lumus bergabung tenaga menjayakan projek mega itu, di balik tabir.. Jua ucapan terima kasih seluas laut biru buat adindaku Rahimah yang menjadi tulang belakangku.. Tanpamu pasti panji-panji itu tidak akan berseri sebegitu rupa.. Jua terima kasih setinggi langit ke tujuh buat Yang Mulia Dayang Hajah Zaleha Awang Haji Momin, yang bertungkus lumus, bekerja dan membantuku, ke hulu ke hilir untuk menghasilkan yang TERBAIK, juga pada pasukan Muslimah Masjid Kampong Bunut, yang berganding bahu menghias kek cawan dari petang ke malam dan sambung lagi hingga ke esokan paginya. Moga penat lelah abiskita mendapat ganjaran berlipat ganda dari-NYA jua. Amin Ya Rabbalallamin. Dan pada semua sahabat-sahabat dan warga mukim Kilanas yang sama-sama hadzir serta menyokong padu dan menyerikan majlis Amal itu. ![]() Dan tidak lupa juga terima kasih pada mereka-mereka yang telah berbelanja sekali gus menderma ke tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan Brunei. Alhamdulillah, projek itu telah berjaya mengutip lebih BND$2000.00 dengan hasil jualan 1500+ kek cawan. Barakahu fiikum.. ~ sekapur sirih ~
Akhirnya enche roommate memberiku kad hijau itu jua setelah berapa tahun memohon dan memujuknya.. dengan 'bersyarat'. Dan aku dengan bahagianya terus menghantar 'surat cinta' kepada Tuan Esmit sehari selepas dia melayangkan kad hijau itu. Alhamdulillah.. Leynah menganggukan kepalanya beberapa kali seperti burung tekukur dengan wajah yang sayu.. Leyn: "Babu! Teacher want a box of your cupcake tomorrow". Dengan girangnya Leynah memelukku dari belakang. |
Leave a Comment: |